Assalamualaikum
16 May 2020
Hai korang. Tengah garu kepala tak tau nak masak menu sedap untuk family? Haaa... jangan risau, sebab harini aku nak share satu lagi menu resepi yang confirm kalau korang buat, seisi keluarga akan puji betapa sedapnya masakan korang harini.
Resepi kita harini adalah Ikan Siakap Kerabu Mangga. Terus terang cakap, nak buat dia senang sangat ye. Tak perlukan waktu untuk korang bersilat lama-lama dekat dapur, lagi-lagi kalau yang dah start kena masuk kerja, balik kerja pon dalam pukul 4.30ptg kan. Nak bergegas balik ke rumah lagi. Mesti ada sikit kelam kabut nak kena masak untuk berbuka kan? Jadi inilah masanya untuk korang cuba resepi ini.
Bahan paling utama yang kena ada haruslah ikan siakap. Kalau takde ikan siakap katanya menu ni tak jadi. betul ke? Kah!
Memandangkan tajuk nye adalah ikan siakap, jadi kalau buat sure lah jadi kan? Ye tak? Kalau rasa nak tukar ikan lain pon boleh. Janji kau happy, anak suami, mak, adik gembira kannn.
Ok. Bahan pon tak banyak sangat pakai, total bahan utama dalam 5 jenis je gitu. Senang kan. cepat lah kerja korang dekat dapur nanti.
Senang tak setakat ni? Ok marilah aku share kan menu pemuhnya di bawah supaya lebih paham step by step cara nak buat menu simple, senang dan sedap ini.
Eh Goreng ranggup kena guna minyak panas ke minyak tak panas? Halah halah halah... Minyak, macam mana pon mula-mula tak berapa panas, tiba waktu dia mengelegak kepanasan lah. Kalau tak caya try je letak tangan kau dalam kuali masa ikan tengah mengoreng tu. Tengok ranggup tak tanggan kau nanti. Kah!
Ok lah. tak nak buang masa korang panjang-panjang, jom lah aku share kan resepi sedap, lazat, dan terangkat ini. Boleh la dapat pujian dari anak dan suami nanti. Jom kita mula sekarang juga.
Resepi kita harini adalah Ikan Siakap Kerabu Mangga. Terus terang cakap, nak buat dia senang sangat ye. Tak perlukan waktu untuk korang bersilat lama-lama dekat dapur, lagi-lagi kalau yang dah start kena masuk kerja, balik kerja pon dalam pukul 4.30ptg kan. Nak bergegas balik ke rumah lagi. Mesti ada sikit kelam kabut nak kena masak untuk berbuka kan? Jadi inilah masanya untuk korang cuba resepi ini.
Ikan Siakap |
Memandangkan tajuk nye adalah ikan siakap, jadi kalau buat sure lah jadi kan? Ye tak? Kalau rasa nak tukar ikan lain pon boleh. Janji kau happy, anak suami, mak, adik gembira kannn.
Antara bahan sampingan yang diperlukan untuk menu ini |
Mangga disagat. Yang lain hiris halus sahaja |
Haaa... nampak tu ikan yang dah siap digoreng ranggup. |
Ok lah. tak nak buang masa korang panjang-panjang, jom lah aku share kan resepi sedap, lazat, dan terangkat ini. Boleh la dapat pujian dari anak dan suami nanti. Jom kita mula sekarang juga.
Bahan-bahan:
1 Ekor Ikan Siakap
1 Biji Mangga Muda
5 Biji Bawang Kecil
2 Pokok Kecil Daun ketumbar
5 Biji Cili Padi
Sedikit Garam
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Tepung Jagung
Cara-caranya:
1. Siang ikan siakap dan kemudian bersihkan ikan dengan air mengalir. Pastikan semua darah ikan dicuci sehingga bersih
2. Buangkan sisik disetiap bahagian kulit ikan siakap
3. Cucikan ikan dengan limau kasturi di bahagian dalam dan luar ikan siakap supaya hilang bau hanyir ikan. Kelarkan badan ikan supaya masak lebih sekata
4. Sagatkan buah mangga muda menggunakan penyagat yang sedikit kasar dan sagat secara memanjang
5. Hiris bawang merah, cili padi dan juga daun ketumbar
6. Ratakan garam dan lada sulah di keseluruhan badan ikan siakap
7. Kemudian lumurkan tepung jagung di kedua bahagian luar ikan. Cara ini adalah supaya ikan tidak melekat ketika digoreng nanti
8. Gorengkan ikan sehingga garing di bahagian luar dan dalam ikan siakap
9. Taburkan di atas ikan yang telah siap digoreng tadi dengan mangga muda yang telah disagat bersama bawang merah, cili padi dan daun ketumbar yang telah dihiris tadi
10. Akhir sekali tuangkan sos ke atas ikan
11. Sedia dihidangkan
Ikan Siakap Kerabu Mangga |
Tadaaa... dah siap. penerangan nampak macam panjang kan? Tapi sebenarnya kalau buat, sekejap je dah siap. Tak sampai satu jam. Buat lah resepi ni. Dah la sedap, senang pulak tu. Apa kata orang tu, takde alasan lah untuk tak buat.
Ala kuali besar takde lah nak goreng ikan sekoq. Deyyy! kalau takde tu, be creative, potong je ikan tu dua bahagian ke, empat bahagian ke. Takde sapa nak marah aih. Haha. Kita yang nak makan pon. Masuk tekak sendiri juga kan?
Ala... ala... Adui banyak sangat ala nye pon... hahaha jangan gitu ok. Satu dua bahan takde takpe. Janji mangga muda kena ada. Kalau tak nama dia Ikan siakap goreng ranggup bersama bawang merah. Hehe.
Tapi takpe. Biasa, kita dah terangkan panjang lebauuuuu pon masih ada soalan jugak dia macam tak berapa paham. Ada yang mintak lukis la katanya panjang sangat. Marilah aku kasi video sahaja untuk korang tengok. Senang wei tak tipu resepi ni. Selamat mencuba.
- 4:41 am
- 0 Comments