Keras.Sedap.Puas
11:10 amAssalamualaikum...
KERAS - Dah beberapa minggu ni aku dengan Mudme bekerja KERAS untuk menguruskan 4 Kaler. Selain dari tu, kena uruskan juga Kad Kahwin Malaysia. Banyak tempahan nak kena buat dan banyak juka kerja-kerja design nak kena siapkan untuk diupload untuk pengiklanan.
SEDAP - Bila kerja banyak sangat, memang tak sempat nak makan. Dah lama tak lalui perkara macam ni. Tak teratur makan sebab banyak sangat kerja yang perlu disiapkan. Last sekali benda macam ni berlaku time masa belajar 13 tahun yang lalu. Masa tu memang rasa makan tu tak perlu. Kerja lagi perlu. Tapi sekarang, bila kerja yang banyak-banyak tuh dah siap, terus terasa nak makan makanan yang SEDAP-sedap.
PUAS - Alhamdulillah syukur, aku rasa PUAS sebab tahun ni banya benda yang aku dan Mudme usahakan menjadi. Dan sekarang kami hanya perlu mantain sahaja apa yang kami dah mulakan.
Dalam dunia ni, kita perlu banyak bersyukur dengan apa yang kita dah perolehi. Allah tahu apa yang perlu dan tidak untuk hambanya. Aku sekarang lebih bermuhasabah diri dalam segala hal. Banyak benda yang kita tak perlu nak fikirkan sangat, kalau perkara tu bukan mendatangkan keuntungan pada diri sendiri dan lebih kepada perkara negatif, lebih baik elakkan dari awal.
Bila dah kerja berterusan, kadang-kadang kita takde masak nak buat aktiviti harian kan. So dalam kelam kabut kerja beberapa minggu yang lepas kembali reda, dapatlah aku rileks-rileks sikit dengan Mudme.
Semalam 14/04/2015 genap 13 tahun aku berkawan dengan Mudme. Teringat seronok zaman belajar dekat AIM-IPOH. Macam-macam hal dan perkara masa belajar dengan kawan-kawan kembali mengimbau. Tapi kalau ditanya nak ke belajar semula ke waktu itu, penat ler. Ahahah. Takmau. Sekali dah lalui kira ok lah.
So semalam, hari yang agak special bagi aku, jadi aku buat keputusan nak masak lunch yang sedap sikit. Aku rasa sedap dekat tekak aku je lah. Hahaha. Mudme tiada pilihan, dia kena makan je lah. Aku masak Nasi Bukhara Ayam + Cicah Asam Kerisik + Agar-agar Santan. OH! Heaven only know. Aku selalu makan ni dekat kampung Mudme, diam-diam aku study cara orang utara masak. Hahaha. Boleh lah. Kira jadik aje. Mudme makan bertambah-tambah 2 pinggan penuh okeyy. Aku rasa happy dapat masak untuk orang yang tersayang. Mak aku pon semalam makan sedap. Mak aku lagi puji aku masak sedap. Untuk dapat bonus extra tambah nasik lah tuh. Hahahaha. Thank B bawak balik hadiah dari famous amos. Romantik sangat. Kih kih kih. Siap wrapping bagai. Aku nampak resit dalam wallet dia. Siap bayar untuk wrapping. So sweet. Bahahaha.
Lepas lunch & solat, terus je siap-siap nak pegi bayar saman dekat sri gombak. Sehari sebelum tuh terkena saman daaaa. Masa jumpa client dekat ayam penyet ap. Bergegas nak bayar befor 4pm.Sekali sampai 4.01pm nasib lah akak kaunter tuh baik. Dia cakap takpe. Banje anniversary lah tuh.
Dah pkl 4pm terus plan nak minum coffee. Nak santai-santai. Almaklumlah, mana pernah office hour kami boleh berileks-rileks minum kopi kalau tak lain dan tak bukan Mudme kerja Half day. Hahaha. Thank you boss bagi husband saya kerja separuh hari. Baikkkk nyeee bosssss. (senseng lengan jubah).
Aku pilih minum di CoffeeSociété - Solaris Dutamas. Aku sengaja pilih dekat sini sebab, Mudme suka sangat makan Red Velvet dekat situ. Kalau dia teringin nak makan kek red velvet, mesti dia akan ajak pegi situ untuk cake dan coffee. Jom tengok apa kami order semalam.
Mochatella (coffee cubes + nutella + milk) & Cappucino & Red Velvet Cake |
I wish us the best. To reach our fondest goals. Enough time to rest. Harmony and fulfillment. Sweet 13 years my dearest best friends |
How I missed those days |
6 comments
Dlm byk2 gambaq.. Tak gambaq lain ka nak bubuh.. Ahahahaa..
ReplyDeletegambaq ni ja yang paling win! hahaha.
Deletehye bos syg boss....hhehe
ReplyDeleteahahah.. awak sayang boss kita jugak ke. hihihi
Deleteini untuk bos kepada bos awk hahahahha
Deleteahahahaha... tuh la. tq bos kepada bos i...
DeleteSalam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..