Nasi Bamboo Sungai Klah @ Sungkai, Perak
4:43 pmAssalamualaikum...
Suasana di dalam kedai makan Nasi Bamboo Sungai Klah @ Sungkai, Perak |
Penuh meja dengan hidangan lauk-pauk yang sedap gilerrrr |
The most famous Nasi Bamboo didatangkan khas bersama ulam-ulaman |
Nasi bamboo yang diisi di dalam daun lirik dan dikukus (RM2.50 / per set) |
Isnin bersamaan dengan 11 Disember 2017, memandangkan adalah cuti untuk kawasan Selangor, Mudme ajak aku pergi makan dekat Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni. Bukan senang uiii, kalau Mudme dah cakap jom tu, jangan fikit 6-7 kali, cakap jommmm saja. Tttthehehe.
Aku, ajak kakak-kakak aku pergi sekali. Sebab dah satu jalan kan. Tapi disebabkan siapa lambat tinggal, so aku tinggal Kak Lin aku sebab tepon tak berangkat. Ha Ha Ha. Nasib ler Cik Lin uiii. Sapa suruh tak angkat tepon. I terus babai jeee. Dari Wangsa Maju terus ke Kundang Jaya pickup Cik Syima dan anak-anak lalu berangkat terus kami ke kedai makan ni.
Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni takde lah jauh sangat dari KL pon. Lebih kurang satu jam setengah, bawak chill-chill dah boleh sampai dah dekat sini. Cara nak pergi pon tak susah. Naik je highway utara selatan tu, exit Sungkai terus. After tol, belok ke kanan dah boleh nampak kedai makan ni di tepi jalan jambatan. Senang kan?
Sampai je kedai makan ni, mak aih... penuh gila umat yang nak makan dekat sini. Almaklumlah, kami sampai pon ngam-ngam pukul 12 tengahari camtu. Tapi nasib memang menyebelahi kami lah. Sampai je dalam kedai, adalah dalam 2-3 tempat kosong. So ambil yang tak berapa jauh sangat dari kaunter order makanan.
Sup Tulang Lembu (RM10++ / mangkuk) |
Paru Cili (RM3++ / mangkuk) |
Kerabu Mangga & Kerabu Perut (RM4++ / mangkuk) |
Antara makanan yang wajib makan dekat sini aku rasa sudah tentulah nasi dalam bamboo tu kan. Dia ada tiga jenis. Nasi bamboo kukus, nasi panggang dan nasi biasa. Tapi hari tu nasi panggang takde. So most of the customer memang akan order nasi bamboo ni lah. Satu set RM2.5. Setiap set dah sedia siap dengan sambal belacan, pucuk ubi rebus, timun dan serabut kelapa. Sedap sangat. I lioookeee.
Korang kalau pencinta sup segala mak nenek. Sini pon syurga juga untuk makan segala sup. Ada sup tulang kambing. Yang ni terpaling laris sekali orang order. Tapi disebabkan aku dah order kambing versi lain, jadi aku ambil juga sup sebab tamak kan, kikiki... Sup aku ambil sup tulang lembu. Rasa tak payah cakap lah. Kena datang sendiri rasa. Memang tak mengecewakan.
Aku pilih kerabu mangga dengan kerabu perut. Kerabu mangga memang win lah, Cuma kerabu perut tu dia agak lembik sikit. Tak boleh nak telan semua. Sama juga dengan paru cili tu. Mungkin sebab kurang garing yang membuatkan aku kurang gemar akan texture dia lalu aku memandang sepi je paru itu. Hahaha. Alasannn banyak je kann.
Untuk air pulak, senang citer order je satu jug terus. Aku order satu jug air teh o ais dan satu jug air kosong (RM7). Siap order ABC lagi. Secawan RM4.50. Rasa macam ABC zaman budak-budak dulu. Standard dan aku suka macam tu daripada campur macam-macam segala perwarna dan perasa pelik-pelik.
Daging Kambing Salai (RM10++ / pinggan) |
Another famous menu dekat sini, tak lain dan tak bukan adalah Ayam kampung bunian (RM11++ / pcs) |
Lala masak cili (RM12++ / pinggan) |
Ikan Merah Bakar kuah banjir RM15++ / pinggan) |
Penuh mejaaa... |
Muka kembang kami tak peduli. Janji kenyang perut senang hati |
Kalau korang jenis yang suka makan ayam tu, jangan risaulah, Ayam kampung bunian memang pasti menepati citarasa korang. Sedap weyyy. Rasa dia lain dari yang lain. Dia takde kuah atau apa-apa pon. Sos dia dah disalut siap-siap pada ayam waktu panggang tu. Makan berlemuih semua tolak tepi lah kan. Janji sedap nikmat makan ayam tu sampai terngangga. Hahaha.
Lala oh lala. Yang ni terpaling feveret sekali. Rasa dia nak sama dengan kamheong yang chinese style tu. Harga pon boleh tahan juga dengan portion yang banyak. Dan terpaling win, lala dia besar-besar ok. Memang tak merungut. Ni lala yang semua ada isinya. Bukan cengkerang semata-mata. Puas makan sambil pejam-pejam mata. Nyummm.
Ikan merah bakar ni je memula aku tak teringin sangat nak makan. Mana tak nye, dengan sup tulang lembu nye, lala nye dan lain-lain lagi. Yang ni aku makan masa last-last sekali. Aku ratah je. Pon sedap jugak. Cuma dia ikan sungai kan. Ada bau sikit lah. Tapi sikittttt sangat bau hanyir ikan tu. No big deal.
Dah puas makan dekat sini, siap sambung lagi makan minum petang dekat tempat lain. Dasarrrrr sangat ni. Hehehe. Next time kalau sempat aku sambung lagi cerita pasal JJCM aku ni (Jalan Jauh Cari Makan).
Jadi kepada yang teringin nak makan dekat sini, dan malas nak carik- carik dekat google dekat mana alamat dan tempat makan ni. Meh sini aku tolong sikit bagi korang senang.
Address:
Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak
Hours:
Isnin - Ahad - 10:30AM–6PM
Jumaat - Tutup
Phone:
017-516 7592
Jom Shopping di Lazada >>> WEBSITE LAZADA
Ok lah. Masa dah time. Babaiii...
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..