Resepi Simple Dan Mesti Jadi #9: Slow Cooker Baked Potatoes in Foil with Hard Boiled Egg Toppings

11:58 pm

Assalamualaikum...

29 December 2017

Bersiaran sekali lagi kita dengan siri Resepi Simple Mesti Jadi yeeee. Kali ni aku share resepi yang ke 9 pulak. Untuk yang suka makan ubi kentang tu, sesuai sangat lah dengan resepi kali ni iaitu, baked potatoes. Resepi ni simple giler sampaikan korang boleh rileks sambil layan drama korea tanpa henti. Hahaha. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab resepi ni kita pakai slow cooker je. So just campak je dalam periuk tu dan terus berehat. So apa tunggu lagi marilah kita tengok resepinya.


Slow Cooker Baked Potatoes with toppings

Slow Cooker Baked Potatoes with toppings
Kentang yang sudah disteam di dalam slow cooker

Bahan-bahan:
 6 Biji Kentang (saiz sederhana)
2 Sudu Besar Olive Oil
2 Sudu Besar Garam
Aluminium Foil (untuk balut kentang)
2 Biji Telur Rebus (siap di potong dadu dan digaul dengan bawang besar, mayonis dan lada hitam)

Cara-caranya:
1. Basuh kentang dengan bersih, kemudian lap dengan kain bersih atau pakai tisu dapur sahaja supaya kentang betul-betul kering

2. Potong aluminium foil mengikut saiz yang sesuai dengan kentang anda, dan letak kan sebiji di atas foil tadi dan sapukan dengan olive oil sehingga rata, taburkan sedikit garam ke atas kentang yang sudah disapu minyak tadi. Ulang langkah ini kepada semua kentang yang lain

3. Cucuk setiap kentang yang sudah siap disapu minyak dan garam, supaya wap dapat steam kan semua kentang, dan masak sekata

4. Balut setiap kentang yang sudap siap dengan langkah-langkad di atas dengan foil. Balut kemas-kemas supaya kentang tidak terkeluar dari foil nanti

5. Masukkan setiap kentang yang sudah dibalut dengan foil tadi ke dalam slow cooker anda. Set kan slow cooker anda kepada "high" dan biarkan masak selama 5 jam

6. Selepas 5 jam, alihkan kentang yang siap dimasak dari periuk slow cooker. Jangan setkan kepada "keep warm" nanti kentang akan overcooked dan lembik

7. Akhir sekali, bukan balutan foil tadi dan belah di bahagian tengah kentang dan sumbatkan dengat topping telur rebus tadi yang suda siap digaul dengan bawang besar dan mayonis tadi. Boleh juga digantikan dengan toppings yang lain

Haaa... senang je kan resepi kentang dengan slow cooker ni. So kepada yang ada majlis atau gathering sempena hujung tahun ni, boleh la jadikan resepi ni sebagai menu potluck korang. Sebab resepi ni boleh dikatakan sebagai resepi simple kan. Oklah. Jumpa lagi di resepi yang lain.

Happy New Year 2018!

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook