Avangers @ Beanie, TGV One Utama

3:35 pm

Assalamualaikum...

Siapa belom habis ganti puasa? Sila angkat tangan. Boleh geng ngan aku. Isk.. isk.. isk.. tapi sekarang ni tengah proses ganti puasa.

Semalam Khamis, 30 April 2015 aku berkesempatan untuk try TGV cinema Beanie. Kami tengok cerita AVANGERS. Harga tiket RM50 untuk sepasang. Pastu Mudme tambah snacks RM19.90. Seronok jugak fefiling baring-baring dekat dalam cinema. Semalam walaupon puasa, nak jugak pegi tengok wayang. Dah beli awal-awal tiket sebab Beanie ni selalu memang sold out selalu.

Tapi semalam keluar pon betul-betul lepas maghrib, lepas buka puasa dengan air sejuk, then solat. Terus bergegas ke One Utama. Disebabkan esoknya 1 May, memang jam lah atas jalan. So kami terkandas lah kejap dalam jam. Tapi tak lama. dalam 5 minit je macam tuh.  Nasib lah parking tak payah tunggu lama nak dapat.

Sampai je dekat TGV punyalah ramai umat manusia. Dah terus terasa frust. Nak beratur ambil tiket pon dah satu hal, nanti nak beratur ambil snacks lagi. Masa beli online Mudme dah order siap-siap sekali dengan snacks. Sebab ada miniature Iron Man, Hulk, Captain America and lain-lain.

Disebabkan orang yang ramai sangat, aku terus pegi beratur dekat counter snacks, Mudme pegi ambil tiket yang dah booking online. Oleh kerana aku kena beratur lama dekat snack tuh, aku tambah order set Cheesy Hot Dog. Dah la tak makan lagi waktu berbuka kan, sedang elok lah sangat. Hahaha. Tapi Mudme sempat tambah satu lagi minuature patung AVANGERS. Semangat bawak balik Iron Man & Captain America. Disebabkan orang yang teramat ramai, masuk je dalam dah start, tak tau apa cite mula-mula. Mudme terus sentap sebab tak dapat tengok first part. Hahaha.

Beanie Cinema @ TGV, One Utama
Seat Beanie kami yang paling belakang
Seat Beanie yang sebelah dinding. Kalau dapat seat merah lagi best. Hahaha
Movie date
View dari seat paling atas. Seat pon tak banyak sangat. very limited. Dalam 20 couple seats
Seat agak privacy jugak. Masa masuk dah lambat, mostly semua seat dah ada orang. Terkejut I tengok semua orang berpelukan. Amboi romantik sungguh
Siapa yang penat 1 minggu kerja tak berhenti-henti sesuai datang sini. Sampai je terus tidor. Zzzzz
Semalam masa tengok AVANGERS sempat terlelap 2-3 kali. Selesa sangat lah katakan
Happy dapat tengok wayang  dalam cinema Beanie nih kan. Kusyukkk
Tapi I pon excited jugak dapat tengok wayang dekat sini. Huhuhu
Inilah dia hasilnya. Cute sangat. Semangat Mudme letak dekat meja kerja dia
Tetiba terasa kalau nak tengok wayang lepas ni, nak tengok dekat Beanie je. Itupon nak tengok cerita-cerita yang box office je lah. Yang lain download sudah lah. Hahaha.

p/s: Kena beli satu kerusi Beanie ni letak dalam bilik. Sambil buat kerja sambil baring-baring.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook