Tempat Makan Yang Best Di Johor Yang Wajib Di Singgah & Santai Di Johor. Part1
12:13 pmAssalamualaikum...
Punya lah lama nak update pasal tempat makan yang best dekat Johor ni. Bukan apa, sebab mood tuh tak datang. Sama macam nak update travel ke Hong Kong pon mood tak mari lagi. So, dari mana nak cerita ye? Ok. Recall semula. Pegi Johor ni bulan Febuari yang lepas. Kita mulakan perjalanan awal pagi dari Kajang ke Johor terus lah ye. Disebabkan aku memang dah plan nak join Butet pegi jumpa Fareh, so haruslah aku plan nak pegi tempat makan yang best-best sikit kan.
On the road again |
Disebabkan Fareh tinggal dekat UTM Skudai, so kami plan singgah dulu di Johor Premium Outlet (JPO). Wahhh.. alahai bukan nak beli apa-apa2 pon. Saja nak jalan-jalan je katanya. Butet pon dah cakap, aku setakat jalan-jalan je boleh la. Hahaha. Marilah kita jalan-jalan di JPO. Cuci mata sana sini. Dah sampai dekat JPO bukan main lagi payah nak carik parking. Payah nye nak carik yang dekat2 je. Yang jauh memang la banyak sangat. Dah dapat parking marilah kita tawaf JPO sebelum meneruskan perjalanan ke Skudai. Tapi tuh la. tahap panas merelit dekat JPO memang tak boleh nak dinafikan. Rasa macam nak nangis keluar dari kereta yang berekon ke tempat parking yang agak panas tuh. Bertabah je la demi nak jalan-jalan cuci mata di JPO.
Johor Premium Outlet (JPO)
Mari beli chocolate. Sangat tak boleh tahan |
Oh pepero. How are you? Hahaha |
Butet pon tetiba dah tak keruan |
Upin ipin pon pandai tarik peminat chocolate macam hakak ni ke dalam chocolate factory ni ye |
Salvatore Ferragamo - Incanto Shine |
Kalau pegi JPO memang tak sah kalau aku tak singgah kedai perfume |
Jalan-jalan memang sakit mata bila sampai hanya boleh cuci mata sahaja. Lagi pulak bila nak masuk satu-satu butik tuh kau kena beratur. Adoi. Biasanya kalau sampai sini aku memang malas nak masuk dekat butik yang paksa aku beratur panjang-panjang ni. Tapi sebab haritu mood aku sangat baik, Terus ajak Butet dengan Mudme jalan masuk jugak butik yang kena beratur ni. Tapi pilih yang tak panjang sangat je lah. Saja nak tengok-tengok.
Kate Spade. First kedai yang kena beratur dan aku pon salah satu daripadanya. Pot pet pot pet mulut Mudme & Butet sebab kena beratur. Hahaha |
Walaupon mulut pot pet pot pet kena beratur, tapi tetap happy. Hahaha |
Perasaan berbelah bahagi. Jiwa meronta -ronta cakap nak. Siap suruh Mudme ambil gambar beg ni nak beli dekat KL kalau tak dapat beli dekat JPO. |
Tawa dalam tangisan |
Wajah penuh kepuasan |
Marilah kita pulang. Puas hati apa yang nak dah dapat. Terus ajak balik |
Sampai je hotel, terus baring - baring rehatkan badan sekejap. Mandi solat. Sebelah malam memang ada plan nak pegi makan dekat satu tempat yang menjadi kegilaan aku masa first time sampai dulu dekat restoran tuh. Kat mana? Jom tengok.
Restoran ZZ Sup Tulang - Johor Bahru
Siapa suka makan sup tulang? Mesti ramai suka makan sup tulang kan. Macam aku, kalau dapat sup tulang ni, memang tak ingat pada laki dah. Hahaha. Tapi tuh la, benda-benda macam ni sekali sekala je. Bukan selalu nak travel ke sini kan. Jadi bila dah dapat tuh baiklah pekena betul-betul.
Tempat ni sentiasa penuh dengan orang. Tak kira waktu. Kebetulan masa kami pegi ni pon hari minggu. Memang masak lah nak menunggu makan dekat sini kan. Dah la masa sampai lepas parking ada satu keluarga tuh cakap dekat kami, takde tempat kosong dik, lama dah tunggu. Dekat sejam. Adoiii terus rasa frust sangat. Tapi pegi jugak lah masuk ke dalam nak try naasib lah konon kan.
Nasib la masa sampai tuh terus atur strategi. Cari customer yang duduk tak ramai dalam 2-3 orang dan dah ready nak balik dah. Nasib memang baik malam tuh sebab dapat jugak makan dekat situ. Elok je tunggu dalam 2-3 minit ada satu couple tuh pon bangun. Kami terus duduk tanpa menoleh lagi. Hahaha.
Yeay! Berjaya dapat tempat duduk pon happy sangat. Tak sabar nak makan sup tulang |
Jenuh menunggu. Orang ramai gila. Nasib dapat seat masa sampai |
Butet pon turut gembira dapat merasa sup tulang untuk pertama kali |
Orang ramai sangat, boleh nampak dekat belakang tu orang still beratur menunggu seat. Kalau yang datang sekapal memang masak nak menunggu seat kosong |
Walaupon kena siapkan kerja bagai nak gila, tapi abang Butet mari Johor sengih sampai ke telinga. Hahaha |
Melaporkan aktiviti terus ke bilik berita. Ada je kerja ambik video lah, ape lah |
Tetap macam tuh, Peneman sejati. Makan rasa apa ada aku kesah. Hahaha |
Menunggu makanan order lama sangat. Marilah bantai main game |
Terasa bila datang dekat tempat makan ni, macam hadiri kenduri pulak. Orang punya lah ramai. Satu keluarga tuh ada yang sampai 20 orang satu pondok diaorang duduk |
Seronok tengok kemeriahan kaum keluarga yang berkumpul dekat sini. Yang tak seronok bila datang takde tempat nak duduk. Itu je. Hahaha |
Sampai jugak sup tulang dan nasi goreng kampung ni ha |
Perghhh.. mengoda sangat sup tulang dia ni. Tapi geram tetiba bagi straw kecik, mana puas |
So kepada korang yang nak datang Johor dan tak tau nak makan dekat mana, baik lah pegi cuba dekat ZZ Sup Tulang ni. Sebab segala masakan tulang dia memang lah sedap. Atleast mesti sekali cuba ye korang. Terus terang cakap, dekat sini makanan memang sedap-sedap belaka. Ada Sup Tulang, Sup Torpedo, Laksa Johor, Mee Rebus Tulang, Roti Jala, Lontong Kering, Briyani Kambing Manid. Segala jenis masakan Johor lah ada dekat sini. Jadi jangan tak cuba ye.
Tak tau kat mana ZZ Sup Tulang? Mari aku share alamat restoran ni ye:
ZZ Sup Tulang, Johor Bahru
Alamat:
Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru
80100 Johor Bahru
Contact No:
012-722 7209
p/s: Teringat Mee Rebus Tulang terus tak keruan. Rasa nak pegi JB sekarang jugak.
4 comments
salam. hee sedap sup tulang johor ;p
ReplyDeletea'a memang sedap. saya pon suka sangat
DeleteHi Kaka, salam kenal...
ReplyDeleteMakasih postingannya jadi tau nak makan apa di Johor ni 😁
Hai Desy,
DeleteSalam kenal. pastikan enjoy di johor. :D
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..