Wondermama @ Bangsar Village, Kuala Lumpur
9:51 pmAssalamualaikum...
Dah puas cuti panjang? Mesti semua tak berhenti-henti makan time cuti beberapa hari ni kan? Tapi yang pasti memang aku tak berhenti-henti jalan-jalan cari makan. Time cuti ni saja nak reward diri sendiri makan makanan yang memang sejak dari dulu aku favorite habis.
Untuk pengetahuan korang semua, dah masuk hari ini, Rabu (14 Dec 2016) adalah hari ke 122 untuk aku dan Mudme mengamalkan cara hidup yang sihat. Maksudnya, kawal food intake dan bersenam sekali sekala. Cerita pasal ni akan aku ceritakan di lain hari memandangkan harini aku nak share satu restoran yang menjadi salah satu tempat favorite aku untuk menikmati nikmat makanan. Dekat mana? Jom aku share gambar. Selamat tertelan ailior kepada yang sedang berdiet dan sewaktu dengannya. Hahaha.
Semalam, Selasa, memandang kan cuti lagi, aku dengan berbesar hati mengrewardkan diri aku sendiri dan belanja Mudme makan di Wondermama @ Bangsar Village, Kuala Lumpur. Punyalah teringin lama nak makan sedap-sedap, jadi aku pon pejamkan mata aku selama 3-4 hari untuk makanan-makanan sihat. Kasik can lah! Hahaha.
Masa sampai malam tadi rasa macam dah lewat sangat, pkl 10pm. Dok tertelan-telan ailior dok mengenangkan makanan di Wondermama tu. Tapi hati ada skit cemas, takut-takut sampai je dia bagi tau, "sorry we're closed". Memang aku meratap tepi signboard menu tu terus nanti. Tapi nasib lah ada rezeki nak makan dekat Wondermama ni. Dengan kaki Mudme yang sakit-sakit jalan penuh slow, aku rasa macam nak heret je dia cecepat ke restoran tu supaya aku tak perlu dengar ayat "sorry we're closed" tu. Biasa lah. orang tengah lapar, memang emosi tak terkawal. Mudme pon tau perangai aku, nafsu besar, sebesar diriku yang sasa ini. Hahaha.
Masa tengok menu, rasa macam nak order semua. Tapi bila teringat esok nya (harini lah) nak kena naik penimbang, aku terus acah-acah sedar semula. Hahaha. Dasar. Apalah yang aku order untuk mengrewardkan diri sendiri tu kan. Jom cuci mata ngan lap ailior cuolss!
View dari entrance depan Wondermama, 1 Utama (tak sempat nak shoot yang dekat bangsar semalam) Photo credit: FB Wondermama |
Sekali semua ni sampai serentak |
Crispy Cala-Mari (RM16.90) |
Terpaling ditunggu-tunggu |
Black Spider Fried Rice (RM25.90) |
Famous Mee Siam (RM18.90) |
Penuh mangkuk! |
Left: Iced Cham with Kopi Jelly (RM8.50) Right: Iced Cham (RM7.50) |
Famous Cendol (RM6.90) |
Terpaling unik Cendol yang pernah aku rasa |
Bahan-bahan memang tak kedekut ok. kau kalau pegi the most famous cendol in town pon belum tentu dapat tengok cendol cantik macam ni hias nya. Nampak tak tu dekat gambar selambak bahan-bahan cendol dia dekat atas tu. Yang terpaling win sekali adalah sago tuh. Haaa. itulah yang membuatkan cendol dia unik. Lepas tu, gula dia asingkan. So terpulang pada kita lah nak tahap manis macam mana. So,bila gula dah bercampur, kacau-kacau, aku try je, terus dapat rasa cendol tu macam ada sesuatu yang lain. Aku pikir punya pikir last-last baru aku dapat tangkap yang rasa dia ada sama macam sago gula melaka. lagi satu nak habaq mai, gula dia tuh, macam di masak di atas dapur arang. Kalau kau pernah makan bubur pulut hitam yang dimasak di atas dapur arang, kau akan paham apa yang aku maksudkan disini rasa gula melaka dia ni. Kalau tak paham sudah. Hahaha.
Famous Cendol ni guna ais sagat halus sangat. Senang je nak makan. Tak cair sangat. Aku rasa tak dan nak melimpah kot, sebab terlalu sedap, aku pon asik hirup je air dia kan. Pastu dia gunakan fresh pati kelapa tu. Punya lah berlemak, makan sampai tak sedar diri yang lemak dah banyak dekat badan. Hahaha. Arghhh lantak. Janji dapat makan kali ni. Cendol, Jagung dengan Sago tak kedekut ye. Puas mata aku tengok masa sampai tu. Rasa macam, baru lah berbaloi aku makan cendol yang cantik aptah lagi rasa sedap ni compare dengan cendol famous di luar sana. Jangan terasa ye tokey cendol di luar sana. Hahaha.
Last but not least, kepada yang nak try, disarankan seperti selalu, haruslah datang waktu perut kosong, sebab portion dia besar-besar dan banyak jugak. Ini hanya valid yang datang nak try makan pelbagai jenis makanan ok. Sebab takut tersandar di bucu meja sebab kekenyangan macam ular sawa.
Nak pegi Wondermama tapi tak tau dekat mana?
Bangsar Village, G6, Ground Floor, 1,
No Satu, 1, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
Phone: +603 - 2284 9821
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..