Nasi Lemak Sedap?
10:34 amAssalamualaikum...
Selamat tahun baru 2017 dan selamat pagi. Pagi ni aku bangun awal seperti biasa, lepas subuh terus masak air dan sambung golek-golek lagi atas katil. Pastu suddenly Mudme tanya nak sarapan kat luar ke kita pagi ni? Aku sebenarnya baru lepas timbang berat badan, dan tiada perubahan pagi ni.
Kecewa berat badan tak turun? Tidak jugak. Kalau ikutkan, termasuk hari ni, dah 5 hari berat badan tak turun. Tapi tak cemas sangat, sebabnyaaaa.. selama 5 hari ni memang makan sedap je. Senang cerita makan out of portion lah. Yang paling aku seram kalau makan-makan dan terus makan bila timbang esok nya berat badan naik. Fuhhh time tu rasa menyesal aku makan banyak-banyak semalam. Hahaha.
Ok. Berbalik dengan nak sarapan di mana tadi. Aku biasak lah kan. Asal cerita pasal sarapan pagi je, bab makan je mesti nak yang paling sedap. Pastu kalau boleh mesti nak nasi lemak pagi-pagi. Tapi bila cerita paling sedap memang la takde dekat area Wangsa Maju. Yang ada memang la luar dari area sini. Paling dekat pon Kg Baru sana nun. Stress tau. lagi pon mana boleh pegi jauh-jauh. Mudme nak masuk ofis oi.
So kami siap-siap nak pegi sarapan. Aku siapkan sarapan untuk Mak dulu, then baru aku siapkan diri aku pulak. Asalnya nak pegi dekat-dekat rumah je, tapi sebab pagi-pagi i dah mandi wangi-wangi, terus cakap dekat Mudme, takpe lah Ma ikut je pegi ofis lepas sarapan. Jadi ajak sarapan dekat Roti Canai Garing dekat food court lama Melawati tu. Dekat sikit nak masuk office kan.
Tapi tuh la kan, manusia berubah-ubah. Atas motor pon boleh berdiskusi lagi nak makan dekat mana. Hahaha. Mudme pulak ajak makan dekat TAQWA dekat Melawati tu. Aku macam, isk mamak pulak dah. Tapi bila pikir-pikir balik, dekat roti canai garing tu pon bukan nya kedai tu jual nasi lemak sedap sangat pon.
Pastu ok lah setuju ke TAQWA. Dalam masuk simpang kat area KWSP tu pon boleh ternampak gerai nasi lemak dekat traffic light tu pon rasa nak ubah makan dekat situ. Hahaha. matiklah nakkk... teruk betul pendirian berubah-ubah ni. Mudme selalu tension dengan masalah berubah-ubah pikiran ni.
Ke depan sikit ada jugak gerai nasi lemak orang meniaga. Sekali aku dengan selamba cakap dengan Mudme jom kita pegi sarapan dekat situ. Hahaha. Mudme pon terpaksa la u-turn. Hahaha. Akhirnya bincang nak makan ke mana, duduk gerai nya ntah di mana. Bertabahlah hatimu Mudme. Kikiki.
Tapi biasa lah kan. Dah duduk, order-order makan memang tak berapa sedap masakan nasi lemak orang tu meniaga. Tak berapa frust sangat. Sebab kita kena cuba banyak tempat lah kan untuk tau sedap ke tidak makanan sekitar kawasan rumah kita ni. Cuma yang boleh aku bagitau. Ini last aku makan dekat situ. Hahaha. Tak memenuhi citarasa tekak aku. Tapi atleast dah cuba lah kan.
Patut lah orang sanggup pegi sejauh-jauh dari kawasan rumah untuk makan nasi lemak sedap-sedap, sebab mungkin masalah dia sama dengan aku di mana kawasan rumah dia nasik lemak tak sedap. Hahaha. Semenjak nak turunkan berat badan ni, aku dah jarang carik nasi lemak pagi-pagi. Tapi bila datang mood nak makan nasi lemak, jangan ditegur-tegur. Abis semua telur mata kerbau, sotong aku bedal mintak masuk dalam pinggan. Kihkihkih. Dah kenyang menangis sendiri SEPI. Hahaha.
Alhamdulillah, pagi ni kenyang dengan nasi lemak tepi jalan yang first time kami makan dekat situ tadi. Cuma satu pesanan aku pada adik buat air suam tu. Dik kenapa air ni panas sangat? Melecuq bibiaq hoiih. Hahaha.
Ini pon dengan selamba guna computer Mudme dekat ofis, sebab diorang tengah meeting. So i pon menulis cerita pagi ini dengan laju sekali. Kau nak suruh aku update guna henpon? Jawabnya ibarat Chika lah menekan keypand tanpa sengaja. Sebab jari timun ni nak taip laju-laju tak sesuai. Hahaha. Ok. Byeee...
Good morning from nasi lemak look alike - Chika - |
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..