Pagi yang gelap. Kini sudah terang

9:14 am

Assalamualaikum...

Pagi ni bangun rasa penat sangat. Weekend get away sempena cuti raya cina pon dah berakhir. Secara tak langsung tamat lah buat sementara waktu cuti-cuti panjang dalam malaysia. Dua bulan lagi baru ada cuti yang agak panjang kan. Cuti raya cina baru ni, aku buat keputusan pergi ke Johor. Takde aktiviti lain selain daripada jalan-jalan carik  makan sahaja. Nanti kalau ada masa lapang sikit aku akan share kan pada korang tempat-tempat yang aku pegi makan dekat area Johor tuh ye.


Jammed! Tak payah cakap lah. Tapi nasib baik kami keluar agak lewat dari Johor. Sebab bahagian kami hanyalah heavy traffic sahaja. Takde yang standstill kena beratur panjang atas highway tuh. Kalau tidak bernanah jugak lah mata mengadap jam tuh.Ni bangun pagi pon dah siap kemas sikit-sikit rumah. Kalau ikutkan nak terus tidor je. Tapi kalau sambung tidor ni mau tak makan orang dalam rumah ni nanti. Huhuhu. Tapi mata ni meronta-ronta nak suruh tidor jugak. Tolongggg!

Baik aku pegi keluarkan lauk sekarang. Nanti kalau tertidor pon lauk dah lembut. Boleh terus ke dapur masak lauk express. Ok lah. Nak sambung baring-baring sambil dengar lagu "cat music relaxation". Hahaha. Lagu untuk Chika relex-relex ni memang boleh membantu aku sama relax yang berpanjangan. Sama-sama tertido. Korang kalau tak caya sila cuba dengar lagu cat music. Ok tataaaaa.

Nah aku share sekeping gambar jalan-jalan carik makan sekeping untuk tatapan korang pagi ini.



P/s: Sakit perut sebab makan banyak sangat sepanjang percutian ke Johor.

You Might Also Like

4 comments

  1. hahahahaa aku mengambil keputrusan pergi ke client site sebab ponek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah. aku pon hampir nak buat kepututsan tak masak ni butet.

      Delete
  2. Replies
    1. takpe nanti akak singgah rumah dekat JB. mana tau pegi sana lagi dalam tahun ni. huhuhu :D

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook