Akar Lima @ Kulim, Kedah

9:12 am

Assalamualaikum...

Oleh kerana aku ni suka sangat mencuba pelbagai jenis tempat makan dan tak tahan bila tengok orang share makanan yang best-best, jadi sekali lagi marilah aku share dengan korang satu lagi tempat yang sangat menarik pada pandangan aku yang gemarkan kedai-kedai dan cafe-cafe yang unik. Lagi satu sebab dia terletak di salah satu kawasan di dalam Kulim, Kedah. Lagi la rasa macam wahhh... hebat kulim laa ni nooo. Hahaha.
AKAR LIMA
space.stay.dine
Akar Lima. Sedap nama dia kan. Nama ala herba gitu. Masa bulan lepas aku discover tempat ni (actually Mudme yang discover), aku dah tak sabar dah nak pegi try. Sebab ada kelainan pada tempat ni yang aku rasa memanggil-mangil aku untuk pergi dan explore apa yang ada dekat situ. Tapi sebab kan time tuh baru je sampai KL, kena tunggu next month nye la which is last weekend masa cuti Thaipusam arituh.

Akar Lima ni dalam category Eco Stay tau. Cute sangat. Berada di kawasan perumahan. So kalau yang nak pegi ke tempat ni haruslah masuk ke dalam kawasan kampung. Kalau dah sampai tempat ni dari luar pagar dah nampak keluasan tanah lot. Akar lima ni dia rumah sebiji. Laman dia luas sangat dan siapa yang datang sini ada disediakan tempat parking di dalam laman rumah.


Kalau yang datang luar dari Kulim, nak merasai sendiri seronok nya tinggal di kampung dan menghirup udara segar, sini lah tempat yang sangat aku rekemen untuk korang. Sebab dekat Akar Lima ni bila korang stay dekat sini korang akan rasa seperti di rumah. Next time kalau aku sempat explore lagi pasal Akar Lima yang berkonsepkan bed & breakfast ni, akan aku share dengan korang ok.

Sebenarnya yang buat aku teruja sangat dengan tempat ni sebab beside diaorang punya penginapan bed & breakfast tuh, aku terpanggil untuk mencuba dekat site cafe yang diorang gelar sebagai "The Giggling Ducks". Nasib lah sebelum balik KL aku sempat singgah ke Akar Lima Cafe ni dan rasa sendiri food yang diorang sediakan.
Menu by Akar Lima. 
Aku pegi ke Akar Lima Cafe ni waktu malam. So tak dapat lah aku nak share dengan korang view dari laman Akar Lima ni. Tapi takpe still boleh share gambar yang lain jugak untuk tatapan korang. Yang dekat atas ni semua list menu yang available time aku datang ke situ. Ada lebih kurang 10 pilihan makanan yang diorang sediakan. Kalau sampai je dekat sini korang boleh refer pada whiteboard ni tengok apa yang diorang hidangkan waktu tu. Kalau yang gemarkan makanan berasaskan daging dan ayam boleh tengok pada bahagian Meat & Poultry.  Dan yang suka sangat makan pasta tuh boleh lah tengok bahagian yang tuh pulak ok. Food choice setiap kategori tak banyak, tapi semua nya aku nampak sedap belaka je walaupon tak tau macam mana lagi rupa food tuh. Hahaha.
Press for service
Kalau datang makan dekat sini, sampai je terus carik meja mana yang korang berkenan ye. Then just tengok je list menu yang aku tunjuk dekat atas tadi. Kalau tak nampak waiter yang ambik order berdekatan dengan korang, boleh la terus tekan je loceng tuh. Macam masa time aku pegi makan dekat situ, kebetulan adik yang ambik order tuh ada dekat meja sebelah. So terus lah order apa yang berkenan di hati. Since pilihan menu tak berapa banyak untuk dipilih, harus lah laju je kami buat pesanan. Sementara tunggu makanan sampai, aku pon menyebok lah tengok sekitar tempat makan.
Shoebox. Sila jangan sepahkan kasut anda
Ini shoebox untuk siapa yang datang menginap dekat Akar Lima sahaja. Dia letak betul-betul sebelah pintu masuk utama rumah penginapan tuh. Kalau yang datang nak makan tu tak perlu lah bukak kasut since semua tempat makan adalah di luar kawasan rumah sahaja.
Preloved section by Akar Lima. Kalau yang gemarkan aksesori tuh boleh la mencuci mata korang dekat sini sementara menunggu makanan yang diorder tuh sampai ye
Family dinner. Penuh meja.
Dengar cerita meja ni menjadi tempat favorite orang kalau datang, mesti nak duduk sini. Ye lah meja dengan kerusi ni dibina mengunakan lantai dan dinding lama rumah peninggalan arwah atok. Bagus idea ni tak membazir. Kitar semula.
Favorite space
Dalam banyak-banyak section, bahagian ni yang aku paling berkenan sekali. Cute je nampak dengan penimbang lama nye, tampi padi yang disusun sebelah menyebelah. Dan ada jugak kata-kata manis yang tertulis di dada-dada frame. Bahagian atas tu tempat letak tisu, air suam, dan sos cili. Kalau nak, pergi je ambil dekat atas tu ye. Jangan malas-malas. Even magazine pon ada disediakan untuk korang baca manalah tau orang ramai boleh la belek-belek magazine sementara tunggu food sampai.
Sabaq naaa.. skit lagi makanan sampai la tuuu
Table No. 5. Pasu cute ni menjadi hiasan di setiap meja. Dan dikepilkan bersama nombor meja
My amour
Table for two
Left: Homade Honey, Lemon & Ginger (RM4)
Right: Blackcurrant (RM3)
Finally, sampai jugak air yang aku order nih haaa. Biasanya aku kalau dalam mana menu-menu yang dekat bahagian drinks dia ada je tulis halia memang aku akan avoid habis-habisan. Kira nya memang last choice lah. Tapi hari tuh, masa waiter nak ambil order, aku tanya dekat dia, apa yang special dekat Akar Lima Cafe ni, dan mintak dia rekemen untuk aku air yang sedap. Tetiba dia rekemen Homade Honey, Lemon & Ginger tuh. Sentap terus aku. Sebab aku dah sah-sah tak suka minum air halia. Jarang sekali hokey. Tapi sebab dalam banyak-banyak pilihan drinks dekat menu, itu je yang aku rasa nampak lain daripada yang lain. So aku pon setuju lah dengan cadangan adik yang ambik order tuh.

Terus terang cakap, air ni memang superb. Masa sampai je terus rasa manalah tau tak kena dengan tekak aku ke kan. Tapi memang adik tuh bagi cadangan yang tepat. Sebab air tuh rasa dia sedap sangat. Terus aku teruja dan terus-terusan minum air tuh. Tak boleh berhenti dari nak minum je. Mixture yang sangat sekata lah yang boleh aku cakap. Takde yang terkurang dan takde yang terlebih. Just nice je. Kalau korang nak datang sini lebih baik lah order air Honey, Lemon & Ginger ni ye. Sangat lah aku rekemen dekat korang. Untuk air Blackcurrant tuh just the same Blackcurrant. Cukup rasa dan sedap.
Dekat dengan favorite seat tadi tuh pon korang boleh tengok menu yang ada disediakan dekat dinding. Nampak tak betapa oldskool nye menu tuh. Memang aku suka datang tempat ni. 
View dari luar tempat parking. Dekat area sini la disediakan tempat parking. Hanya beberapa langkah je dari meja makan.
Favorite section yang aku suka. View dari pintu masuk Akar Lima Cafe
Kalau siapa yang suka duduk di meja dan kerusi style bar, dekat sini ada disediakan section tu. Boleh muat untuk 3 orang kalau sekali duduk. Dekat belah belakang kiri tuh la area laman. Dekat situ pon ada space untuk orang yang sukakan suasana santai. Boleh makan di area laman. Sejuk je berangin.
Akhirnya penantian pon berakhir. Our dinner for that night
Pasta - Beef Carbonara (RM12.50)
Pasta ni Mudme yang order. Nampak tak? Inilah kelainan yang aku tunggu-tunggu selama beberapa minit masa berada dekat situ. Unik sangat ok. Pasta Beef Carbonara bersama dengan ulam raja. Kalau korang rasa pelik tengok ada ulam raja atas Carbonara tuh, jangan risau, aku pon turut merasakan nya. Inilah sebab yang memanggil-manggil sangat aku sampai ke Akar Lima Cafe ni. Semata-mata nak rasa makanan barat diorang yang diberikan sentuhan unik dengan mengunakan ulam yang segar tempatan kita ok.

Memang ternyata lah korang, inilah pasta yang paling unik yang aku pernah rasa dan surprisingly sangatlah sedap tanpa ada rasa pelik atau terseksa untuk dimakan. Yang ni aku bukan nak bodek atau apa ye, sebab kalau siapa yang kawan dengan aku dengan Mudme, sure tau yang Mudme bukan lah seorang pemakan ulam-ulaman ye. Ulam adalah perkara terakhir yang dia akan makan kalau terpaksa. Selama makan di mana-mana gerai makanan tak pernah dia ambil ulam dalam pinggan dia. Tapi pasta Beef Carbonara ni dia boleh makan licin semua sekali dengan daun-daun tanpa seurat pon yang tertinggal. Bravo lalinggggg!
Full of juicy beef
Cuma, Mudme ada taste dia sendiri. Dia cakap, pasta ni tak cukup creamy. Which is selalu dia akan muak kalau makan pasta carbonara ni. Bagi dia tak carbonara lah kalau tak creamy and dia tak muak. Hahaha. Pening aku dengan dia tuh lah. Kalau dah creamy sangat asik mengadu muak. Yang ni dia cakap tak carbonara pulak kalau tak creamy. Ok. What ever lah B. Lantak situ. Janji kau makan habisss! Hahaha.

Slices beef dia sangat lah fresh dan juicy. Aku rasa puas makan beef carbonara ni sebab diorang tak kedekut beef ye. Besar-besar dan debab-debab beef dia. Walaupon tak berapa creamy yang macam Mudme komplen kan, but still sedap rasa dia. Memang dapat rasa kerangupan ulam yang dicampur dengan pasta dan beef dalam mulut. Dia macam sebati rasa tu. Dan aku rasa sebab itulah Mudme boleh makan sebab ada ulam yang membantu dia dari rasa muak. Fresh ulam dan bau dia bercampur dengan carbonara tuh memang tak boleh nak gambar dengan kata-kata. Korang kena datang sendiri dan rasakan kenikmatan nye. Sumpah tak tipu. Aku teringin nak ajak #gengvantomyam datang sini dan rasa sendiri. Mesti chill je lepak-lepak dekat sini.

Grilled Lamb with Mash Potato and Ulam Salad (RM22-RM26)
Yang ini aku lah order kan. Semestinya aku yang gemar makan lamb ni tak nak lepaskan peluang merasa masakan grilled lamb diorang tu. Nampak tak? Still ada ulam dekat atas lamb tuh jugak. Daging lamb ni sangat tebal ye. Sesuai lah dengan harga dia. Yang ni memang bagi AAA lah. First time aku makan daging yang bukan well done. Aku tak tau memang cara masakan dia macam itu atau tak masak habis. Dan aku pon lupa nak cakap yang aku nak lamb tuh dimasak secara well done. But still, sangat sedap. Aku memang teruja nak try lamb dia lepas dah rasa pasta carbonara yang sangat awesome tuh.

Daging dia lembut, dan senang makan. Very juicy i tell you guys. Bau dia pon wangi. Sebab ada ulam raja yang di letakkan di atas lamb sebagai penyeri tuh membuatkan lagi sedap lamb tuh. Dekat bawah lamb tuh ada diletakkan mash potato. Mash potato dia banyak jugak. Korang kena makan semua sekali masuk dalam mulut. Dapat rasa kelainan yang Akar Lima Cafe ni cuba tonjolkan yang sememang nye lain dari yang lain dan dapat lah memikat hati aku ni. Dengan adanya ulam raja tuh korang dapat rasa twist dia dalam mulut.
Mash Potato yang sedap dapat membangkit kan selera aku
Oh sedap. Nak lagi please!
Semangat aku makan grilled lamb ni. Tak puas makan guna pisau dan garfu, dengan tangan sekali aku guna. Hahaha. Tak tahan tengok daging-daging pada tulang tuh. Adoiii sedapnye. Bila teringat balik rasa macam tak sabar nak tunggu bulan depan nak balik kulim dan pegi lagi ke Akar Lima ni. Next time kena try Beef Tenderloin dia pulak. Arituh masa aku sampai time tuh tenderloin dah habis dia cakap. Oh takpe. Next chance lah ye.

Kalau ada antara korang yang duduk dekat area Penang ke atau sekitar Kedah, patutlah datang cuba makan dekat sini walaupon sekali. Dan korang rasai lah sendiri kelainan yang Akar Lima cuba tonjolkan dalam setiap hidangan menu diaorang tuh. Memang tak rugi mencuba dekat sini. Kalau tak tau dekat mana tempat ni, aku boleh share dengan korang info pasal Akar Lima ni.

Akar Lima @ Kulim, Kedah
Adress:
1116-C, Lorong Laksamana,
Jalan Tunku Bendahara,
09000, Kulim Kedah

Operation Hours:
Tuesday to Friday
12:00pm to 3:00pm, then 5:00pm to 10:00pm

Saturday & Sunday
5:00pm to 10:00pm

Closed: Mondays

Contact Number:
+6012.424.9850

p/s: Tak sabar nak jalan-jalan carik makan lagi.

You Might Also Like

4 comments

  1. Bestnya baca tulisan ni. Macam tu rupanya suasana malam di Akar Lima.
    So far kami p Akar Lima 4-5 kali semuanya waktu petang. Hehe. Yes, sangat unik dan sedap suasana dan makanannya! Terliur pulak baca entri ni.
    Lastly, caption "Oh sedap. Nak lagi please!", Tapi muka mcm frustrated. Ok gurau je. Haha. ^_^
    Kawan2 jgn lupa baca entri Akar Lima kami di ummukhadijah.com ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah lagi pegi waktu siang, next time memang nak pegi waktu siang pulak. InsyaAllah nak cuba B&B dia satu hari nanti.

      Hahaha... gambar candid memang macam tuh. Menikmati sangat sampai tak perasan melayan kambing. :D

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook