Weekend Getaway: Jalan Johor Cari Makan (JJCM) Part 1

4:49 pm

Assalamualaikum...

Cuti CNY baru ni aku pergi ke Johor. Sebab utama nak pergi ke Johor dirahsiakan. Tapi selebihnya memang tertumpu kepada Jalan Johor Cari Makan. Yang boleh membuatkan aku pergi jugak ke Johor adalah sebab Butet nak pegi melawat wife dia Fareh dekat UTM Skudai. So masa balik kampung ke Kulim sama-sama time cuti Thaipusam arituh ada janji dengan Butet, kalau dia nak pegi jumpa Fareh boleh la pegi sama-sama ke Johor. Sebab atas urusan yang aku nak buat tuh lah. Tapi since dia pon sorang-sorang je dari KL, so kami pakat-pakat naik satu kereta je kalau jadi nanti waktu nak pegi tuh.

So, hari yang dinantikan pon tiba, bergerak lah aku dengan Mudme dari Wangsa Maju menuju ke rumah Butet. Kami keluar rumah pukul 7.45am. Memang trip kali ni just nak releks je. Takde nak rushing. Sampai rumah Butet dekat Sg. Ramal Dalam dalam pukul 8.30am. Jalan pon agak lengang. Tak jammed. Sampai je terus transfer barang masuk dalam kereta Buttet. Kereta kami parking dekat rumah dia je. Asal kami memang plan nak sarapan dekat satu tempat ni. Nak makan roti canai sedap katanya, tapi masa aku dengan Mudme ontheway ke rumah Butet, nampak orang ramai giler dekat gerai atas bukit tuh. Terus aku reject kedai tuh. Biarlah sedap mana pon, tapi kalau ramai orang nanti buang masa aje.

Bila dah tak nak makan dekat situ, terus Butet suggest makan nasi lemak. Dia cakap dia selalu makan dekat situ kalau dia pegi kayuh basikal. Aku pon mula-mula takde apa perasaan bila dia cakap dia nak ajak makan dekat situ. Sebab nasi lemak je pon. Bukan apa yang menarik sangat selalu pon kalau makan nasi lemak. Paling hebat pon mesti ada lauk berderet-deret terhindang atas meja. Butet dok cakap rendang kerang dia sedap. Ok lah. Takpe lah sedap pon. Nanti kita pegi try kejap lagi.


Masa sampai lebih kurang pukul 9am. Orang tak ramai. Dia gerai biasa je. Kedai lot. Nama kedai pon takde yang proper signboard nye.  Aku perati je kiri kanan semua orang India yang meniaga. Takpe lah marilah masuk tengok apa yang terhidang lauk-lauk nye. Sampai je dekat depan lauk pauk tu, terhidu lah aku aroma nasi lemak yang sedang dibungkus oleh pekerja-pekerja or family mungkin. Amboiii sedap betul bau nasik lemak dia. Aku pon mintak lah nasik tengok-tengok lauk terus ambik sambal sotong. Butet pesan amik sambal nasi lemak dia lebih sebab sedap katanya. Aku pon ambik lah. Terus carik tempat kosong.

Bila makan tuh terus terdiam. Ya ampunnnn! sedapnye nasik lemak lauk sotong dia wehhh!. Serius tak tipu. Aku rasa inilah nasi lemak yang tersedap sekali yang pernah aku makan sepanjang hidup aku ini (buat masa ni lah). Serius sedap wey!. Terus bangun tambah sambal nasi lemak. Dekat sini layan diri. Nak makan apa lauk nya sila cedok sendiri. Syahdu aku makan nasi lemak dia. Terasa macam makan masakan dekat rumah. Yang bukan style meniaga nak naik haji cepat tuh. Pastu Butet suruh try lauk paru yang dia ambik. Memang sedap jugak.Termasuk lauk yang Butet cakap sedap-sedap dari on the way nak pegi nasi lemak ni. Lauk apa? Lauk rendang kerang. Nak cakap macam mana tahap sedap dia tetap korang tak tau jugak. Tapi kalau meniaga macam ni memang tahan lama la 7 keturunan still bukan kedai ni. Itu perumpamaan aku lah. Disebabkan sedap sangat, sampai terlupa nak amik gambar makanan. Menyesal pulak tak ambik gambar makanan. Kalau tak boleh share.

Owner kedai ni nama dia Kak Maznah. Aku dengar ada adik tuh panggil dia nama dia. Nak panggil makcik pon aku rasa macam still muda je lagi. Masa sampai aku perasan ada satu customer order nasi lemak 15 bungkus. Oh! aku fikir maybe anak beranak balik cuti lah tuh kan. Sekali elok dah ambik lauk semua then dah ready nak makan ada India lelaki order 50 bungkus. Eh. Pahal order sampai 50 bungkus nih kan. Bila aku dah makan, baru lah aku tau kenapa orang ramai beli berbungkus-bungkus dekat kedai dia. Lauk dia memang sedap-sedap belaka. Kedai ni pon ada sediakan catering kalau tak silap aku. Sebab dekat side kedai ramai kakitangan sebok tengah membungkus nasi lemak. Sambal memang tak lokek. Style letak banyak. Nasi pon tak ciput. Memang kenyang kalau makan satu portion. Harga makan pon tak mahal. Bagi aku harga bukan problem kalau makanan dekat kedai tuh memang sedap sangat. So tak terasa keluar duit tuh. Sebab happy perut kenyang dan makan sedap. Tapi agak frust sebab tak dapat nak share gambar food dekat sini. Memang kena pegi sekali lagi lah nampaknye.

Gambar hampir tertelan biji limau kasturi je ada. Tapi korang boleh tengok dekat belakang tuh, dekat situ lah tempat lauk pauk terhidang.
Kedai Nasi Lemak Kak Maznah
Nampak tak sebelah kiri tuh bertingkat-tingkat nasi lemak yang dah siap bungkus? Dekat situ lah brader kedai tuh bungkus nasi lemak yang orang tempah. Buat kerja laju. Tak berhenti-henti dia bungkus nasi lemak.

Kalau teringin nak rasa sendiri kesedapan Nasi Lemak Kak Maznah ni, korang boleh refer dekat alamat dekat bawah ni ye. InsyaAllah aku akan pegi lagi dekat sini untuk share dengan korang rupa bentuk lauk pauk yang disediakan oleh kedai Kak Maznah nih.

Address:
No. 112, Jalan 5, Section 5, Taman West Country Jalan Reko, Kajang

GPS Coordinates : 2.964027, 101.790132

Berhenti sini dulu lah ye. Panjang berjela cerita tak sampai-sampai lagi ke Johor. Baru di Kajang. Hahaha.

p/s: Johor terkenal dengan makanan sedap-sedap. Betul ke?

You Might Also Like

5 comments

  1. Replies
    1. akak nasi lemak dekat sini memang sedap. kena ajak abg pegi try dekat sini bila free.

      Delete
  2. Ismaaaa.... rasa teringin lak nk mkn ns lemak ptg2 ni.

    ReplyDelete
  3. Assalam isma,
    kedai macam besa ja kan3
    tapi don't judge the book by its' cover kekdahnya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tuh. signboard kedai pon takde. selalu orang ingat kedai macam ni macam tak best food dia kan. padahal.. mmmm lazaaatttt

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook