Pasta La Pasta & Teazer Food Truck @ Jalan Genting Kelang
9:16 amAssalamualaikum...
Kali ni aku nak share tempat makan yang agak berbeza dari kedai-kedai makan yang lain. Kalau korang perasan, sekarang food truck dah jadi semacam satu trend dah kan. Dekat mana-mana pon dah banyak orang meniaga mengunakan mini truck. Kebanyakan nya masakan Western, Mexican dan Italian.
Tapi sebenarnya meniaga guna truck ni memang dah lama dah. Dari dulu pon kita dah makan dari peniaga-peniaga truck ni. Tak kan lupaaaa... dah sah-sah selalu makan cendol, rojak, pasembuq, laksa dan macam-macam lagi lah kan. Hahaha. Cuma sekarang je, trend macam ni tapi diolah lain sikit dan tumbuh bak cendawan butang. Hahaha.
Aku banyak kali dah lalu di beberapa kawasan, dan nampak orang meniaga guna truck ni. Banyak kali la aku beria-ria nak cuba jugak. Tapi samada setiap kali aku lalu time tuh aku dah kenyang, or aku memang tak cukup duit nak makan 2-3 kali. Putus harapan tangguh sahaja lah.
One day, aku ajak Mudme makan dekat satu tempat ni. Tempat ni memang selalu lah laluan Mudme pegi balik office. Jadi aku pon selalu la nampak truck ni tersadai tepi jalan sambil orang macam mengila beratur panjang nak makan. Jadi aku pon sebok lah atur waktu date dengan Mudme makan dekat situ. Itulah dalam sejarah pertama kali try food truck gaya western. Tapi bukan dekat situ yang aku nak share ngan korang. Sebab tempat makan dekat situ dah la tak sedap, sangat hampeh. Memang first and last lah aku makan dekat situ.
Arini yang aku nak share dengan korang food truck lain. Lepas main badminton hari Khamis tu, kitorang semua plan nak try makan dekat food truck tu. Lepas je habis main bandminton terus ramai-ramai serbu ke sana. Food truck ni diorang selalu ada dekat area Jalan Genting Kelang. Betul-betul dekat tepi open futsal yang berhadapan dengan stesyen minyak petronas. Ataupun seberang jalan Setapak Driving Range tu. Memang dah lama nak try makan dekat situ, tapi sebab jarang lalu dekat situ berbanding yang dekat laluan office Mudme tuh, sebab tuh lambat nak try dekat tempat ni. Jom aku share sikit info pasal food truck yang aku dah try ni.
Pasta La Pasta Food Truck |
Chef Pasta La Pasta yang sangat pemurah dengan senyuman dan juga friendly |
Menu Spaghetti dari Pasta La Pasta |
Omelette pon ada. Boleh pilih samada nak Beef or Chicken |
Drinks. Sila buat pilihan |
Disebabkan aku ada pengalaman pahit makan spaghetti dekat tempat yang aku ceritakan di atas tadi tuh, aku ingat nak try spaghetti diorang tuh kemudian. Tapi geng-geng lain ada order spaghetti dari Pasta La Pasta ni.
Fadly & Mudme. Geng bergu nih |
Afiqah, Wife Fadhli, Fadhli, Zamer |
Ntah apa bende yang dia nak chong si piqah tuh. Lawak tak berhenti kalau jumpa dengan si Fadhli ni |
Dengan piqah rebonding bukan rebound ok! Marah dia nanti |
Badminton - Team Malam Keliwon. Walaupon penat main badminton, tetap nak lepak bersama walaupon sekejap. Jarang dah nak jumpa sebab ada yang dah jadi Ex-Cert |
Izzul Haq. Omey angattt... malu-malu bila aunty Isma nak suruh dia buat peace. Hahaha. Gerammm! |
Whattt? Hahaha. |
Once Upon A Time. Partner in crime ni. Skang Fadly dah benti takde geng dah nak main COC sebelah menyebelah. Hahaha |
Mr Emcee. Zamer. |
Spaghetti Carbonara from Pasta La Pasta. (RM5) |
Dari segi portion, aku rasa dengan RM5 tuh memang sedang elok lah. Kalau rasa tak cukup just tambah je satu mangkuk lagi. Sama je portion dia akan jadi sama banyak dengan restoran yang dekat luar sana tuh. Tapi harga still jauh lebih murah. Jadi bagi aku tak salah je kalau nak try dekat tempat ni. Sebab rasa dia memang acceptable ok.
Spaghetti Bolognese from Pasta La Pasta. (RM5) |
Spaghetti Bolognese Meatball from Pasta La Pasta. (RM8) |
Chef & Sous Chef Teazer Truck. Tengah busy diorang time ni. Tapi still happy layan music |
View dari kitchen Teazer Food Truck |
Menu yang tersedia dari Teazer Food Truck |
Beverages menu Teazer Food Truck |
Chicken Burger Set from Teazer Food Truck. (RM9) |
Beef Nachos from Teazer Food Truck. (RM9) |
Excited sangat dapat makan Beef Nachos. |
Afeeqah ada order Peppermint Choc Chip Frappe (RM8). Rasa dia boleh tahan. Memang sesuai sangat minum time peluh-peluh lepas main badminton tuh kan. Fadhli order Kiwi Fruit Juice (RM3). Masam katanya. Hahaha. Bergaduh dengan afeeqah pasal air kiwi masam tuh. Hahaha. And wife Fadhli order Double Choc Chip Frappe (RM6).
So kepada korang yang teringin nak makan dekat sini, yang setakat lalu je tengok dari jauh truck Pasta La Pasta dengan Teazer ni, pegi lah try sekali dan aku rasa korang tak kan hampa. Sebab tempat dia open, dan kategori selamat. Walaupon tepi jalan, tapi takde lah tepi jalan besar. Dia ke dalam sikit. View pon ok, boleh tengok orang main futsal. Angin pon bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dan yang paling penting harga dia bagi aku tidak lah over budget sangat. Untuk seorang makan bersama dengan air boleh dapat bawah daripada RM10. Korang just mix and match je food dari Pasta La Pasta dengan Teazer tu. Ok lah. Waktu dah time. Byeee!
Nah aku share kan info lokasi Pasta La Pasta & Teazer Food Truck
Address:
Jalan 1/23A,
Off Jalan Genting Kelang, Setapak
Kuala Lumpur, Malaysia
(Across Setapak Driving Range)
Operation Hours:
7.30pm - 12am
Sunday: Off
Contact Number:
+6013.237.2412 (Pasta La Pasta)
+6016.212.7361 (Teazer Truck)
p/s: Eh tetiba teringin nak makan burger bakar pulak dah. Aummm!
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..