Gerai Uniten, Sunset Di Putrajaya, IOI City Mall Putrajaya & Big Bad Wolf (BBW)

9:40 am

Assalamualaikum...

Awal bulan harituh,  aku ajak Mudme pegi Big Bad Wolf (BBW). At the same time pon Butet ajak pegi shoot sunset petang tu. Jadi disebabkan nak shoot sunset dekat Putrajaya, marilah kita pegi ke BBW malam hari aje. Aku suka sangat pegi BBW sebab dapat belek-belek buku murah dekat sana. Biasa nye kalau aku pegi, aku suka time tengah-tengah malam. Walaupon orang tetap ramai dan walaupon dah nak dekat masuk subuh hari, tapi aku lebih selesa time tu. Sebab fefiling dalam bilik bacaan sendiri je. Hahaha. Tapi time tu BBW bukak sampai pukul 6am.

Hari Sabtu tu, lepas je siap makan tengahari, dalam pukul 2.30pm aku keluar dari rumah. Jalan semua jammed. Elok nak patah balik lalu dekat semarak, tengok dekat group whatsapp Wan cakap dia da dekat Tat Nasi Ayam. So call dia ajak naik kereta sekali. Dari Wangsa Maju terus pegi ke rumah Butet pulak. Senang naik satu kereta je.


Sampai rumah Butet kitorang terus je Solat Asar dulu. Senang nanti kalau nak shoot sunset dekat Putrajaya dekat taman tu tak payah dah nak kelam kabut carik tempat solat kan. Settle solat semua kitorang terus gerak ke Putrajaya. Tapi tuh la, tekak rasa nak menelan makanan. Jadi Butet suggest pegi ke UNITEN. Situ kan ada banyak gerai-gerai orang jual makanan time petang. Dekat situ macam-macam benda ada jual. Dari kuih-muih, ke murtabak, cendol, rojak. Aiii... macam-macam lah. Air kaler-maler tok sah cakap la. Korang tinggal tunjuk je dekat situ amenda yang korang nak makan then sila lah bayar ye.

Butet & Wan dah start membeli
Aku pon semangat jugak nak membeli. Dekat sini beli pisang goreng. Sebab Mudme suka makan pisang mesti beli lebih untuk dia sorang je makan. Tak leh share ye. Hahaha
Bermacam kuih muih yang ada dekat sini. Korang tinggal pilih je yang mana berkenan di hati
Ini yang dekat gerai lain pulak. Majoriti semua gerai pon ada jual kuih muih yang hampir sama.
Wan pon dah siap-siap beli air
Dekat gerai ni aku beli cekodok pisang. Tapi frust sangat sebab tak sedap. Entah apa-apa rasa. Takde rasa cekodok pisang langsung. Sanggup skip gerai-gerai lain semata-mata nak beli dekat kedai ni sebab nampak menarik. Sekali hampeh. Kak, sila improve kan cekodok akak. Cuba sekali sekala akak rasa kuih tuh rasa dia macam mana.
Beria bebenor aku mengelek makanan. Nampak sangat tahap pelahap nye semua nak dimakan. Tapi percaya lah orang yang tak bawak makanan itu, makanan dia aku yang bawak. Hahaha
Macam-macam dibeli. Murtabak, raja, goreng pisang, cekodok pisang, cendawan goreng, keropok lekor dan air. Tak sabar nak makan masa shoot sunset dekat Putrajaya nanti. Aku seperti biasa kalau dapat makanan senyum memang manis sekali.
Mudme bising dia cakap setiap kali pegi mana-mana mesti gambar dia takde. Nak buat macam mana. Dia photographer yang dimiliki penuh oleh aku. Dia cakap dekat Butet suruh amik jugak gambar dia. Hahaha
Lepas dah puas ambik bau dekat gerai uniten nih, kitorang terus ke putrajaya untuk shoot sunset. Ada beberapa tempat yang diorang nak shoot. Tapi last sekali diorang buat pilihan nak shoot sunset dekat Persiaran Sedia. Shoot dekat Jambatan Seri Setia. Dekat area situ memang ramai orang beriadah. Tak kira bangsa, agama dan negara. Semua datang dekat sini dengan keluarga dan kawan-kawan. Dekat area sini pon ada food court jugak. Dulu pernah datang sekali dekat situ ada kenduri kahwin kawan office Mudme. Dari food court transform jadi tempat wedding. Nice sangat.
Masing-masing dah pacak kamera
Beratur kamera. Kat sini memang cantik view untuk tengok sunset
Bila kamera semua dah setting, kami pon duduk ramai-ramai makan bekalan dari gerai Uniten tuh. Sambil makan sambil tengok sunset. Amboi layan sangattt.
View yang sangat best. Dengan angin sepoi-sepoi nye. Memang rasa rileks aje.
Habis je shoot sunset dekat sini, kitorang terus pegi IOI City Mall, Putrajaya.Tak pernah pegi. First time baru nak pegi. Tapi time tuh dah pukul 9mlm. Sempat masuk 3 kedai je. Sempat membeli t-shirt Mudme dekat Uniqlo. Keluar je semua kedai dah tutup. Frust I tak dapat nak jalan-jalan dalam tu.
Sempat berposing dalam Uniqlo
Boleh la pakai time KLIFF 2015 nanti. Hahaha
Macam-macam dia berangan depan cermin dengan pakai macam ni.
Dalam pukul 10.30mlm macam tuh terus pegi ke Big Bad Wolf (BBW). Aku suke je pegi tempat ni. Sebab banyak buku masakan dan buku travel yang aku boleh baca. Novel tok sah cakap lah. Last year aku borong novels banyak tak ingat. Mostly hard cover aje. Cuma feeling nak baca tuh tak sama macam aku baca buku-buku dari Sidney Sheldon. Ramai orang walaupon dah dekat pukul 12am. Aku siap bawak beg tarik mini lagi khas untuk masukkan semua buku-buku yang aku dengan Mudme nak beli  tuh nanti.

Sebab apa aku bawak beg tarik ni, last time masa aku pegi bukan main jauh lagi nak kena menapak. Lepas tuh jenuh la seret buku-buku yang berat giler tuh. This time taubat aku bawak beg jugak. Jom aku share sikit gambar dekat BBW yang aku pegi arituh.
Orang masih penuh walaupon dah tengah malam
Setiap sudut ada orang. Time malam syok sikit tak kecoh dengan budak-budak berlari-lari
Dah pilih-pilih buku, boleh duduk dekat ruangan sekitar sini untuk buat keputusan memilih buku-buku mana yang nak beli dan yang mana beli next time.
Aku nak semua buku ni. Tapi kena beli next time. Sebab tukar fikiran. Last-last beli buku masakan
Sambil menunggu aku pilih-pilih buku, Mudme & Wan sharing info pasal buku masing-masing
Yang ni dia lebih interested dengan game C.O.C dia je. Hahaha
Tadaaa... Semua hasil tangkapan di BBW ada dalam beg tu. Antara yang aku beli dekat situ adalah T-shirt BBW Mudme, buku-buku masakan untuk aku dengan buku-buku tentang bisnes untuk Mudme. Happy kalau dapat datang dekat sini. Setahun kalau ada 2-3 kali pon aku mesti nak datang jugak.
Saya suka BBW! Sila buat lagi. Pasti aku datang seranggg
Entrance masuk ke dalam BBW. Cute je kan
Time ni nak balik dah. Sempat selfie seround
Habis je membeli belah dekat sini, kitorang terus pegi makan dekat kedai mamak. Baru lah terasa lapar. Sampai rumah dekat pukul 3am kot. Terus tidoq. Zzzzz. Kepada korang yang belum berkesempatan untuk pegi ke BBW, sila lah curi masa korang datang ke sini. Memang best dapat mencuci minda tatkala berada di BBW. Macam aku memang akan datang tengah malam aje. Lebih selesa. Ok lah. See you di BBW yang akan datang. Tataaa...

p/s: BBW akan datang nak borong buku travel pulak.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook