Assalamualaikum...
Sape dekat sini gilakan lipstick? Kalau ada boleh goyang-goyang kan pinggul anda, sebab kita geng!!! Aku memang suka sangat pakai lipstick. suka warna yang tak terang sangat, tapi nampak menarik. Kadang-kadang suka jugak pakai kaler yang terang benderang, atau color blocking ni, itu pon time period je aku suka melaram bagai nak rak.
Cuma masalah aku selalu ni, bila hari melaram tiba, dah siap-siap pakai lipstick semua tu, berjalan lah ke mana arah tujuan, pastu mesti nak makan kan. aku kan kalau tak keluar tak makan mana nak sah. nak buat food review lagi. Kadang-kadang satu hari tu memang plan nak buat food review je.
Tapi masalah sekarang ni, baru first round pegi makan, lipstick dah hilang, pastu dapat pulak jenis lipstik yang bila hilang tinggal keliling bibir je, memang lah aku jadi stress. Terus tonyoh bersungguh-sungguh nak kasih hilang semua. Sebab nampak sangat lah buruk. Pastu baru lah apply yang baru.
Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ini trend matte lipstick semakin menjadi sebutan ramai dan mendapat perhatian ramai kalangan wanita di luar sana. Warna matte lipstick ini sebenarnya agak pudar dan jauh berbeza dengan hasil solekan ‘juicy lips’ yang juga diminati oleh para wanita.
Tapi, dalam ramai-ramai gilakan matte lipstick tu, ada je yang tak berapa nak reti guna betul-betul matte lipstick ni. Pastu bila dah tak reti, Salahkan pulak lipstick tu tak bagus la, tak cantik la, membohong lah. Hahahaha. Padahal, kita tak nak google langsung belajar cara-cara pemakaian yang betul. Kannnn... Jangan sentap! hahaha.
Jom aku nak share dengan korang, beberapa tips yang paling penting untuk pemakaian matte lipstick ni. Atleast adalah korang sedikit panduan kan.
1.Bersihkan bibir
Perkara pertama yang harus korang lakukan adalah dengan membersihkan permukaan bibir supaya bibir tu berada dalam keadaan lembut. Gunakan scrub bibir untuk membuang kulit mati daripada permukaan bibir.
2.Lembapkan bibir
Selepas permukaan bibir telah dibersihkan dan berada dalam keadaan yang lembut, korang boleh gunakan lip balm untuk menambahkan kelembapan pada permukaan bibir.
3.Gunakan Concealer
Kemudian, gunakan concealer dan sapukan pada keseluruhan permukaan bibir.
4.Lukiskan garisan pada bibir
Next step, seperti biasa buat lukisan bibir. Ini bertujuan bertujuan untuk memastikan pemakaian lipstick kelihatan lebih kemas dan cantik.
5.Pakai lipstick
Next, pakai matte lipstick pilihan korang macam biasa dan make sure korang memakainya dengan sekata dan tidak terlalu tebal / tidak terlalu tipis.
6.Pakai sekali lagi
Untuk hasil yang lebih sempurna dan hasil solekan bagaikan juru make up professional, sapukan sekali lagi matte lipstick tu pada permukaan bibir korang dan boleh bersihkan kesan lebihan lipstick luar kawasan bibir dengan menggunakan tisu atau cotton bud.
Taraaaa.. dah jelita.. bukan susah pon nak jadi cantik. just amalkan tips-tips yang dekat atas ni, sure lipstick korang tahan seharian. Jadi jangan lah stress lagi kalau setiap kali nak keluar rumah. Sebab dah apply matte lipstick dengan cara yang betul.
p/s: Tak sabar nak pakai matte lipstick hari sabtu ni... huhuhu...

- 11:48 am
- 2 Comments