Hari Raya Open House 2014 - Part3 (Final)

7:24 pm

Assalamualaikum...

Sambung lagi cerita pasal raya. Dan yang ni memang yang terakhir lah harapnye ye... Hahaha. Almaklumlah, tahun ni aku beraya sakan sikit. Selalu malas nak berjalan raya, tapi tahun ni terlebih plak beraya nye. Ok jom baca pasal raya lagi dan raya lagi al kisahnyeee...

15 Ogos 2014 | Jumaat

Haaa.. hari Jumaat tuh ada open house dekat sederet opis Mudme. Aku memang suke je nak pegi open house dorang ni sebab? Haa.. company yang jemput tuh dorang memang company catering. Nama company dia Rampai Caterer. So sebab harituh hari Jumaat, Mudme akan balik tengahari lunch dekat rumah. Alah hari2 pon dia akan balik lunch dekat rumah. Hahaha. So lepas solat jumaat, makan2 lunch lepas tuh dalam pukul 2 lebih aku ikut dia pegi opis. Saja lah lepak2 dulu sementara menunggu waktu petang tuh nak pegi open house.

Kak Azie dari awal dah tanya2 aku bila nak datang? Rupanya dia ingat aku pon pegi CERT awal. So dia pon sampai awal. Hahaha... mana ada transport. Aku memang kena tunggu Mudme balik dulu then baru boleh pegi ke CERT. Lagipon malas lah aku nak pegi pagi2. Sebab kena masak mak aku lunch jugak.

Open house Rampai Caterer tuh dia buat dekat luar. Dekat parking kereta. Setiap tahun pon dorang buat dekat luar. Aku suka bukan sebab apa pon... sebab ada kambennggggg!. Wah.. memang ler tak tertahan kan.. hahaha. Majlis dorang tuh start lepas opis hour. So aku datang awal pkl 2.30ptg dah ada dekat opis Mudme sebab tompang sekali je lah senang. Tak payah dia nak balik ambik aku pulak kat rumah. Macam buang masa je and leceh la pada aku.

Tapi hari yang sama jugak CERT ada buat farewell untuk Solehah dengan Bro Khairul dengan sambut birthday Mudme dengan Kak Siti. So dorang tuh still ada makan2 dekat opis la. Tapi aku dengan Kak Azie tak join lah dorang punya majlis. Sebab kami nak makan kambennggggg. Hahaha.  Aku dengan Kak Azie kitorang lepak2 je dekat bawah and borak2.

Haaa... dah abis dah waktu bekerja, kami pon serbu lah makan dekat open house Rampai Caterer tuh. Kat situ ada coktail honeydew, cendol, rojak, mee rebus, mee kari, laksa johor, satay, eh macam2 lah... yang pasti ada kambengggggg ok. Pastu ada chocolate fountain, makan dengan biscuit, anggur... huiii citer ni pon dah kecuq2 air liur aku. Memang banyak la food dia. Dengan yong taufu nye.. perghhh.. sedap.. aku makan tak semua lah.. tapi banyak juga makan nya. Lepas dah makan2 tuh terus blah masuk balik opis Mudme. Macam biasa gambar takde ye.. hahaha. Lepas tuh terus balik ke rumah.

16 Ogos 2014 | Sabtu

Esoknya hari sabtu ada jemputan ke rumah Kak Z. Semua warga CERT dengan Ex-CERT Kak Z jemput. Kak Z buat majlis doa selamat sempena dia dengan Abg Hazil nak berangkat ke tanah suci Mekah. Alhamdulillah. Dah dapat panggilan. Seronok je dengar. Masa jumpa bulan puasa arituh dekat iftar CERT, Kak Z dah pesan siap2 buat list nak tolong doakan untuk aku dengan Mudme kat sana. Suruh tulis dalam kertas. Hahaha. Wah macam2 lah dalam pikiran aku nak tolong mintak dia doakan kan. Tapi yang pasti yang paling penting memang lah aku nak dia doakan supaya kami murah rezeki dikurniakan zuriat.

Masa on the way ke rumah Kak Z, Kak Azie dah call tanya dekat mana. Sebab yelah kami nak jumpa borak2 makan sama2. Rupanya Kak Azie lagi awal ok. Dia pukul 12 tghri dah sampai. Yelah Mudme cakap dia nak pegi lepas Zohor senang nanti nak jalan2. Kak Azie pulak dia ada banyak lagi rumah dia nak tuju. Dalam pukul 2.30 petang aku sampai rumah Kak Z. Tapi Kak Azie dah balik. Tak sempat nak jumpa jugak. Orang memang dah ramai dah dekat rumah dia. So aku pon salam2 dengan Kak Z. Since penuh dekat luar kami masuk dalam makan dalam rumah je. Dekat dalam Kak Emelda and Bro Razib ada. So oklah selesa makan dengan orang yang kita kenal kan.

Kat rumah Kak Z ada nasi campur. Macam2 ada.. syok sampai2 memang lapar boleh terus makan nasi kan. Aku yang memang lapar terus ngap makan.. Hahaha... side dishes ada jugak pulut kuning, kek2 dan lain2. Tak lama lepas tuh Kak Zaya dengan Kak Ana ex-CERT pon sampai. Borak2 kejap ambik2 gambar pastu kami terus balik. Tapi gambar takde lah dengan aku. Kakak2 tuh semua yang ambik. So memang takde nak sajikan gambar dekat rumah Kak Z.

23 Ogos 2014 | Sabtu

Sebelah malam Mudme ada jemputan dari kawan2 game dia. Ala dekat entry first aku ada cerita yang dia sekarang dok main game COC kan... so geng2 inilah yang menjemput beraya ke rumah. Kebetulan kawan2 kami Zahid, Butet dengan Fadli (ex-CERT) pon main jugak dalam group yang sama.. so tuh yang berjemaah la pergi beraya ke gombak.

Game Clash Of Clan | Commando Malaya. Itulah nama clan dorang. Nama tuan rumah tuh nickname dia Bullard. Ni semua info Mudme yang bagi. Aku memang tak tau lah kan.

Tak jauh pon dari wangsa maju. Laluan selalu aku guna jugak. Cuma first time masuk ke kawasan kampung tuh. Berbelit2 jugak jalan dia. Itu pon nasib la Fadli jemput kami. Dia tunggu dekat ong tai kim (betul ke ntah eja) gombak tuh. Kami naik satu kereta je. Belasah ramai2 naik kereta almera butet. Hahaha.

Sampai2, dorang salam2 semua terus la makan. Yang ni kira first time lah time raya aku dapat makan makanan masakan kampung. Sedap betul. Ada sambal petai ok. Pastu ada laksa, nasi impit, nasi lemak. Rendang, sayur campur, kek, kuih.. eiiii banyak lah.. Sebab tuh la aku suka kalau pegi kenduri ke atau raya2 ke kat kawasan kampung.. kompom food dia power sedap giler.

Aku tengok je sambal petai tuh dah tak tahan dah. Nasib Zahid tak abiskan.. Kalau tak aku mesti muncung2 kat Zahid. Hahaha. Malam tuh rasa bahagia je makan masakan kampung. Teruja ok. Asik makan lemang je kan.. sekali sekala dapat makan masakan kampung aku memang suka sangatttt. Lepas makan nasi baru la teringat nak amik gambar skit2...
Fadli first time jumpa Buttet. Ntah apa yang Buttet beria sembang tuh
Cite game kompom! 
Aku dan Zahid. Kenyang ke?
Buttet dengan wajah kekenyangan. Fareh kau terima je lah ye
Kawan2 yang lain
Hah. Ini lah benda yang Mudme dok mengadap tetiap malam. Huhuhu
Yang ni lah tuah rumah. Terima kasih jemput. Food sedap sangat
Kau nampak tak wajah happy aku yang kenyang itu
Terima kasih tuan rumah sebab jemput kami. Walaupon dah malam. Malam tuh kalau aku tak silap semua geng2 COC je kot. Sebab aku dengar dorang semua sembang pasal game aje.. Tak lama lepas tuh kami pon balik. Tapi kami sambung lepak dekat area rumah aku sampai pukul 1am kot. Dah masing2 tak larat terus lah balik semuanya sekali secara berjemaah.

24 Ogos 2014 | Ahad

Siapa suka makan makanan pantai timur? Ha? sape? sape? Hahaha. Aku! Aku! Aku! Hahaha. Aku apa pon suke asalkan dia adalah makanan ok. Jadinye hari Ahad tuh Kak Leen kawan sama2 blajar dekat Ipoh dulu dia buat open house. Lima tahun aku tunggu dia buat open house. Hahaha. Skarang baru dapat juga akhirnya. Biasanya kalau orang lama tak buat food dia mesti gempak2 kan. Aku pasti food dia gempak. Hahaha.

Kebetulan minggu tuh kakak2 aku datang rumah Mak aku. Jadi aku ingat nak ajak la dorang raya sekali ke rumah Kak Leen. Tapi sebelum tu haruslah whats app dulu Kak Leen tanya dia kan. Then dia cakap takpe datang je. So ok. Marilah aku mengangkut kaum kerabat aku pergi berhari raya. Hahaha.

Open house dia start dari pukul 10pagi sampai makanan habis katanya. Jadi aku ambik keputusan nak pegi rumahnya awal. Awal tuh takdelah awal mana. Pukul 11 pagi lah aku bertolak ke rumah nye. Sedang elok lah kan lapar orang nak makan ni. Hahaha. Aku pergi bersama Mudme, 2 orang kakak aku Cik Syima & Cik Lin. Anak buah aku Acap, Qhah dengan Zahra. Alip dia ada training bola katanya so tak join lah. Rugi kau alip. Hahaha. Actually Kak Leen dia dah kenal family aku. So memang takde la istilah segan2 tuh. Kira oklah tu kan.

Rumah Kak Leen dekat Sri Manja Court, Jalan Klang Lama, so ikut waze ngam2 pukul 12tengahari kami sampai rumah Kak Leen. Parking luar je senang. Takut kat dalam takde parking. Sampai je rumah Kak Leen memang orang tak ramai lagi. Kak Leen pon tak siap lagi. Memang bz bebenor aku tengok tuan rumahnye. Salam2 semua borak2 kejap kami pon ready nak makan. Haaaa.. Nak tau tak makanan apa yang tuan rumah ni hidangkan? slurrrpppppp sangat. kecur2 air lior aku nengok nye.

Tadaaaa! kejut tak? kejut tak? masakan pantai timur tuuu...
Haaaaa.. kau.. terbeliak mata aku tengok makanan atas meja ni. Uiiiiii sedapnye... aku suke! aku suke! Ada Nasi Kerabu, Laksam, Nasi Beriani Ayam, Nasi Dagang, Kari Telur, Laksa, Kari Ikan tongkol, Budu, Salad.. Adoiiiii acaner ni? Cukup ke tank aku nak masuk semua ni. Hahaha. Harus cukup lah kan. Kau tengok je lah saiz perut kuuu.. Hahaha.

Tapi.. tapi... yang korang tengok tuh baru aje dekat meja utama. Actually dekat table coffee ada buah2 tempatan tau. Ada buah manggis, buah dokong. Ada puding sumi, lepas tuh ada ketupat palas. Siap ada dua version lagi. Pulut hitam dengan yang pulut biasa. Tapi orang pantai timur punya pulut manis ye. So tak payah la kau carik lauk nak makan bersama ketupat palas itu. Makan gitu je dah lazat. Air2 toksah cakap lah. bewarna warni ok.. bawah meja atas meja semua air tersedia. Kalau kau dahaga kau capai je mana2 kaler botol yang kau suka. Hahaha. hebat strategi susunan tuan rumah.

Aku start makan dulu dengan Laksam. Kakak2 aku dengan Mudme sume dah lapar dorang terus makan nasi je. Sumpah sedap gile laksam tuh. Semua masakan harituh Mak Kak Leen yang buat. Memang chef pantai timur terhebat lah boleh aku kategorikan. Semua atas meja yang aku rasa semua sedap. Dan memang Mak Kak Leen yang masak ok. Tapi Mak dia memang ada bukak kedai dulu dekat Kelantan dulu. So no wonder lah food Mak die memang sedap kan. Kira kami ni antara yang bertuah lah dapat makan masakan Mak Kak Leen nih.

Dari laksam sampai la buah2 semua aku makan. Memang sedap. Makan pelan2 sebab nak rasa semua. Kang kalau aku makan gelojoh2 kang mau tercekik. Bila dah tercekik dah tak boleh nak makan banyak2. Hahahaha. Memang layan semua food arituh. Memang rezeki aku dengan family arituh dapat makan sedap2.

Bukti makanan semua memang 1st class
Jangan tertipu dengan pinggan yang satu itu. Padahal dah berpinggan2 dan bermangkuk2 kami makan
Suasana time makan2
Haaa.. dekat meja belakang tuh la yang aku cakap ada buah-buahan dengan ketupat palas dan puding. Tengok tuh sipi2 mudme makan nasi kerabu. kelakar dia makan sikit2 sebab tak reti sangat kan makan2 benda macam tuh. Tapi nasi lain dia makan banyak jugak.

Anak2 buah aku dah tak senang duduk dah. Masa sampai semua lapar. So makan tak banyak bunyi sangat. Bila dah kenyang dorang mana lah reti nak buat apa kan. Yang Acap sebok lah ajak balik. Hahaha... dah bosan sagat lah tuhkan. Mak2 korang tak nak balik lagi lah. Dorang nak makan2 lagi. So anak2 terpaksa la membawa diri ke sofa sambil layan anak2 mak2 yang lain.

Pastuh aku nak bergambar dengan tuan rumah dia bz sesangat. Ke hulu ke hilir.. menambah food2 yang semakin berkurangan... bila nak balik dia tak bagi.. hahah.. dia suruh duduk dulu makan lagi.. try semua jenis makanan katanya.. Jadi bila dah menunggu nak bergambar dah lapar balik.. harus la pusing makan lagi.. Hahaha. Semua itu alasan kan.. so aku pon buat satu lagi pusingan makan. Aku makan sekali lagi laksam power. Memang mabeles lah aku rasa laksam ni. Tersedap kot yang penah aku makan selama nih.

Yeay! Dah kenyang. Thank you Kak Leen taja lunch kami
Last but not least. Gambar dengan tuan rumah Kak Leen.
Terima kasih banyak2 jemput kami. Kenyang sangat.
Burppppp~
Malam tuh aku nak hantar kakak aku Syima balik ke Kundang, Rawang. Tapi sebelum tuh kami singgah g makan dulu dekat Williams Corner, Danau Kota. Kami malam malam dulu. Kang kalau dah sampai rumah kakak aku tuh bukan ada tempat makan pon. Nak pegi pon jauh je. Rumah dah la jauh ke dalam. Kakak aku Lin ngan anak buah aku Qhah pon nak ikut juga sama teman hantar balik. Ok jom lah kesemuanya makan dulu.

Makan sampai kenyang ye
Aku order Nasi Goreng Tomyam with Ayam Pandan
Suhun Sup. Yang ni pon aku order jugak. Sebenarnya nak order Suhun Goreng sekali tersalah order. Hahaha
Cik Syima sampai ke sudah orang dah abis makan dok lah dengan henpon lagi. Hahaha
Makanan kami lebih kurang sama je. Budak2 pon makan burger. Mudme je sedih sikit. Macam mana ntah boleh terlupa order food dia. Dah lah lambat. Cemas. Skit amuk tapi aku buat tak reti je. Hahaha. Dah kenyang terus ke kundang hantar Cik Syima balik rumah.

Akhirnya... berakhirlah kisah raya aku untuk tahun 2014. Tahun yang paling meriah lah dalam hidup aku berhari raya. Semoga tahun2 mendatang akan lebih ceria lagi.

p/s: Raya dah abis.. tapi dok la rasa macam raya lagi nih... sesuatu sangat.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook