CERT Raya

5:12 pm

Assalamualaikum...

Cerita raya tak abis2 lagi ni. Banyak lagi nak cerita pasal raya tahun ni. Jom tengok sambungan cerita raya ok. Harap2 korang tak bosan lah dengan cerita raya aku ni ye. Hahaha. Nih special entry untuk warga CERT. Tak caya korang tengok lah nanti. Hahaha.

13 Ogos 2014 | Rabu

CERT ni apa? certificate ke? Hahaha. CERT ni company tempat Mudme kerja. Dekat Metro Melawati KL. Meh sini aku cerita sikit pasal CERT ni. CERT ni  stand for (Centre For Research And Training). Specifically business on research dengan training services lah. Company Mudme kerja ni dia ada tawarkan Islamic financial dengan management training. Pastu kalau tak silap aku ada business consulting dengan corporate. Mudme kerja kat company ni tapi dia department publications. So dekat situlah dia kerja sebagai graphic designer & phtographer. Sebab company ni dia buat big event dengan buku jugak. Event setiap tahun yang dorang handle adalah KLIFF. Bukan fashion show ye. jangan terpedaya dengan short form tuh ye... KLIFF yang dorang handle ni Kuala Lumpur Islamic Finance Forum. Every year memang ni je lah big event yang pasti dorang handle. Ewah iklan free pulak kannn. Dah jom sembang pasal raya pulak. Event berlangsung di:

CERT Events Sdn. Bhd.
277 Jalan Bandar 11, Metro Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Malaysia

Hot Line : (+6) 03 - 4108 1439
Fax Line : (+6) 03 - 4106 1549

Monday - Friday: 8:30 AM to 05.30 PM
Saturday & Sunday : Closed

www.cert.com.my
www.kliff.com.my
www.certpublications.com

Hari rabu office tempat dia kerja ada buat open house. Semua spouse dengan family staff dapat invitation. Ex-CERT dan company jiran2 sebelah2 pon dijemput jugak. Actually aku rapat jugak dengan staff2 CERT ni. Dah lama kenal. Boleh je lepak2 dengan diorang. Kalau terasa nak lepak aku pegi je office. Hahaha. Selamba badak je kan. Alah dah kenal rapat dah dengan diorang semua ni. Macam biasa gambar food aku memang fail lah. Lupa nak ambik. Tak tau lah kenapa tahun ni memang takde sangat gambar makanan di hari raya.


Makanan best. Ada nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, bihun goreng, soto, roti jala istana (sebab mahal gile kot) pelbagai kuih muih, teh tarik awesome dan yang terakhir sekali adalah satay. Satay ni kira makanan wajib setiap majlis dekat CERT, pasti ada satay. Hahaha. Seronok aku sambil makan sambil jumpa juga dengan ex-staff CERT. Dah kenal rapat jugak. So takde lah istilah segan aku dengan CERT ni. Dah jom tengok gambar raya staff2 CERT. Sebab apa aku cakap staff2 CERT? Sebab memang banyak betol lah gambar dorang berposing sakan. Hahaha. Gambar tengah makan pon takde ok. Kau ada gambar raya tapi takde gambar makan2.. Hahaha.
Ok Zamir. compius akak tengok. Ni sedap ke tak sedap nih? Hahaha
Aku & Solehah. Lepas ni dah tak boleh nak lawak2 lagi dengan dia. Sebab dah benti kerja.
Semoga success Solehah
Riang ria raya
Happy faces uollss. Senang hati semua ye
Hahaha. Adoi Shamim. Monopod cangih ever. Lawak giler time ni
Lepas tuh berhenti kejap... sambung makan lagi. Lepas satu2 makannya tak henti2. Seronok berkumpul ramai2 kan. So sempat jugak aku jumpa staff2 CERT yang dah menjadi ex. Kak Azie, Kak Ana pon datang. Tapi takde pulak gambar dorang. Bila aku cek2 balik, Eh betul lah. Ni gambar hari raya CERT. Sebab gambar dorang je penuh. Hahaha. Korang... banyak lagi gambar dorang berselfie ok. Takpe kali ni aku kasik can entry ni khas untuk staff2 CERT banjirkan entry kali ni. Korang tengok je lah ye.
Sopan santun je semua kan
Dia start dah
Yang kat belakang tuh... sesuatu sangat. hahaha
Selfie dan terus selfie
Aku & Afiqah
Afiqah. Dia je mampu mengila macam nih seorang diri. Hahaha
Lepas tuh borak2 dengan Kak Azie. Dia tunggu husband sampai nak belajar pasal go pro. Dia nak beli bawak untuk travel bulan 11 nanti. Kat mana? Rahsia katanya. Bila husband Kak Azie dah sampai aku pon ajar la serba sedikit cara nak pakai go pro ni. Nih share skit masa cita2 pasal go pro camera.
Dina anak Kak Normi pon bukan main excited lagi nak jugak blaja cara2 guna go pro.
Tengok mata Kak Azie. Sampai terbeliak tengok Dina pon hebat gak boleh guna go pro ni. Hahaha
Dina: "Eleh guna go pro pon tak reti". Ahaha
Lepas dia.. dia lagi.. hahaha
Sebelum nak beli go pro kena try dulu kan Kak Azie. Nak tengok cun ke tak cun... hahaha
Bunga dekat CERT. Sila pilih ye yang mana berkenan di hati
Cantik lah jubah Kak Siti. Lama perati nims. Hahaha
Ha kauuu... Ntah hape yang kelakau sangat tuh kan
Yang kiri tengah mencari, yang kanan tengah tunggu hari
CERT family. Comel nye lah anak kau ni Shahrol
Team event
Ok. Pass jadi model ubat patah. Hahaha
Ni lah barisan CERT Sdn Bhd.
Duduk depan dari kiri: Nuh (event) - EA (big boss) - Bro Razib (event)
Berdiri dari kiri: Zura (event. cari duit) - Kak Normi (jaga duit)- Mudme (publication. design & things) - Solehah (officially ex-event) - Shamim (publications. jaga web) - Fadli (publications)- Zamir (event) - Afikah (event) - Kak Siti (jaga meja depan)
Haaa..Details kau. Bukan selalu boleh berkenal-kenalan kan. Tanpa mereka semua ni, Tak berjalan lah kerja2 penting kan. Selamat bekerja uollsss! Happy working. Jom kita akhiri dengan gambar selfie staff CERT.
Selfie raya dari staff CERT
Selamat Hari Raya! Salam Aidilfitri 2014 dari warga kerja CERT
Last but not least.... of coz lah gambar tuan blog kan. Asik gambar depa jeee.. Aku pon nak gak glamer skit2.. hahaha.
Us. Thank you CERT jemput beraya di office
p/s: Seronok beraya tak habis lagi. Kat mana lagi aku beraya di hujung minggu bulan syawal? Dan dekat mana aku dapat makan masakan pantai timur yang marvelous? Tunggu next entry ok...

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook