Sarapan Pagi di Warong Haji Mahmood @ Batu 5 Gombak, KL

12:34 pm

Assalamualaikum...

6 Februari 2017

Monday! Datang lagi dengan seribu cerita. Hari ini aku nak share dengan korang tempat aku pegi sarapan pagi Ahad semalam. Tempat ni memang tak pernah lagi aku jejakkan kaki. My very first time lah kiranya ni.

Pagi, lepas suboh, Mudme tanya nak pegi sarapan tak? Aku memang suka pegi sarapan di luar, tapi aku letih nak pikir nak pegi sarapan dekat mana. Lebih-lebih lagi kalau area Wangsa Maju ni, dah naik bosan dah. Selalu kalau ajak sarapan, end up, aku makan roti je, sebab dah bosan dengan sarapan keliling rumah ni.

Tapi, aku dengan acah-acah tak lapar, terus carik tempat sarapan lain dalam IG. Sekali hashtag je, terus aku tekan gambar, tengok lokasi, tunjuk dekat Mudme, sambil cakap, "tau tempat ni?" Hahaha Memang dasar tak reti tengok map. Aku tunjuk map dekat dia, sambil dia terkebil-kebil mata mamai tengok lokasi sarapan yang aku suggest tu. Mudme cakap dia tau, then siap mandi-mandi terus pegi.

Warong Haji Mahmood
Full house wehhh!
Mak datukkk! Ramai giler masa aku sampai dekat sini. Masa mula-mula masuk simpang pon dah berderet kereta parking dekat sepanjang tepi jalan. Kedai makan ni tak jauh je dari rumah aku, dekat area Danau Kota je. Belakang kedai mamak Haji Tapah tu.

Mostly, orang Danau Kota, Setapak & Gombak memang datang makan dekat sini. Memang hot rupanya tempat ni bila aku baca review. Tak pernah tau pon pasal tempat makan dekat sini, sebab tak pernah nak tinjau area Danau Kota / Gombak ni sangat.

Ada orang panggil kedai ni roti canai beratur gombak, roti canai beratur setapak, roti canai beratur jalan meranti gombak, roti canai beratur taman ibu kota, roti canai haji mahmood, kedai roti canai haji mahmood, roti canai gombak.

Haaaa... macam-macam nama woiii... makna nya memang ramai orang datang sini lah kan. sebab kalau google je memang jumpa je pasal gerai / warong haji mahmood ni.

Aku suka ke tidak makan dekat sini? Yang paling mencuri tumpuan aku, masa sampai-sampai je orang beratur panjang giler dekat depan tempat ambil makanan tu. So macam tetiba perasaan, ala malasnya nak beratur panjang-panjang. Tapi lapar, aku gagahkan juga beratur.

Mudme terus beratur dekat lane yang panjang dekat atas tu korang boleh nampak, sebelah kanan orang beratur nak makan roti canai. Sebab tu lah kot nama nya roti canai beratur kan. Aku beratur dekat sebelah kiri tu nasi lemak. Ofkossss. Nasi lemak jadi tumpuan, sebab bukan peminat roti canai kan.

Kaunter tebar roti ada dua. Satu untuk roti canai sahaja, satu lagi roti sardin, roti telur dan lain-lain lah. Untuk bungkus Mudme cakap cepat jugak, sebab kuah semua dah siap bungkus. Mungkin sebab tempat ni famous bebenor kan, So semua dah buat siap-siap bungkus kuah tu.

Mudme cakap, laku keras, siap masak, letak je habis. Roti ambik sendiri ye. Dia masak korang ambik je atas dapur tu. Hahaha. Takde masa dah orang tu nak tolong huluq. Huhuhu. Aku dengar je, sebab mata tengok nasi lemak  je. Kahkahkah.
Breakfast like a king
Kannn.. ada kan ayat "breakfast like a king!" Hahaha. aku terjemahkan dalam cara aku sendiri lah ni ye. beakfast like a king my way. Miahahaha. Mana tahannn... sampai je dekat depan kaunter nasi lemak, bersusun lauk dia atas meja wehhh. Apa kau nak? Paru goreng ada, ayam goreng rempah ada, ikan keli sambal ada, sotong sambal ada, sayur kangkung pon ada. Eh semua ada lah. Slurrrpppp~.

Tetiba tamak menjelma. Mudme beratur dekat roti canai, dia tanya nak ke roti canai. Aku cakap nak, share aje lah, nak rasa. Then aku tanya dia nak nasi lemak ke? Dia cakap nak jugak. Wow. Jarang ni Mudme makan banyak. Dia tak reti nak makan banyak-banyak menu. Kalau dah pilih roti, dia tak makan nasi lemak dah. Dan sebaliknya. Tapi agaknya teruja jugak tengok lauk bukan main banyak tersusun atas kaunter tu.

Pastu aku panjangkan akal cakap nak roti telur. So order la roti canai satu, roti telur satu, dan nasi lemak lauk sotong, nasi lemak ayam goreng rempah. Aduihaiii... Nangesss... macam kebuloq je, dah jalan sempat jeling meja kuih-kuih. Apahal koci duduk tersusun cantik je dalam bekas. Ambil satu kata saka. Ok fine. Ambil tanpa rasa bersalah.
Nasi Lemak Sotong Telur Mata
Nasi lemak dia boleh tahan jugak sedap. Masa mula-mula nampak paru goreng, bukan main hati nak makan paru, sampai depan giliran aku, akak tu tanya, nak lauk apa, terus cakap sotong. pffttt~ kesian aku ni, ntah apa-apa lah dipikir nyeee.. Huhuhu.

Sambal dia pedas sikit, Mudme tak boleh makan sampai abis sambal tu. Aku pon tergaru-garu kepala sebab pedas. Sotong dia pon ok juga. Tapi serdak ayam rempah tu memang sedap. Actually nasi lemak ni consider sedap. Sama sedap macam kita makan nasi lemak ujang dulu-dulu. Style pon lebih kurang sama je. Serdak tu dia letak asing je atas meja. Korang boleh ambik banyak mana nak. Best macam tu, sebab sedap kan. Sotong lembut. Rasa pon sedap. Boleh repeat makan lagi yang ni.
Nasi Lemak Ayam Berempah
Yang ni pon sedap, melainkan sambal dia pedas la untuk Mudme. Nasi pon berasa lemak dia. Kalau orang meniaga macam ni aku memang respect. Ada yang jenis meniaga ala kadar tu, memang sakit hati je. Harga pon kadang-kadang mahal kan. Nampak je simple ni. Tapi ayam tu memang rasa rempah-rempah sampai ke dalam. Patut cuba juga kalau tetiba terpacak dekat sini hujung minggu ni.
Roti Telur
Roti telur dia ni gebu gebas. Telur pon banyak. Mungkin pakai grade A punya telur kot. Keliling roti memang garing, Roti pon sedap, cukup rasa. Memang layan hoi.  Kuah pon habis cepat. Paling laku sekali kuah dal. Ada meja yang makan roti telur ni siap kuah dal banjir lagi. Nyumm. saya suka!
Roti canai beratur
Memang kena lah dengan nama dia orang duk bagi "roti canai beratur" ni. Perghhh. Serius tak tipu. Sedap hoi roti canai ni. Dah la tebal sedap pulak tu. Tapi, tebal-tebal dia pon, dimasak garing. Aku memang suka roti canai garing-garing. Masa mula-mula rasa, terus aku cakap, ini lah roti canai best in town (KL). Takde lagi yang buat sesedap, segaring, macam ni. Mungkin ada, tapi aku belom rasa. Hahaha.

Ini memang special menu lah dekat Warong Haji Mahmood ni. Bila aku sendiri dah makan roti canai ni, baru aku tau kenapa orang beratur panjang untuk makan roti canai dekat sini. Dan full house. Bangsa Cina pon datang sini sekeluarga makan kuah banjir. Kau rasa? Even kaum Bilal kulit hitam tu datang sini solo duduk sensorang layan roti canai. Memang terbukti kedai ni makanan sedap.

Aku memang respek abang buat roti canai ni. Tengah orang ramai-ramai beratur roti canai dia, still boleh jaga kualiti roti canai. Masak garing-garing. No wonder orang beratur panjang. Sanggup tunggu. Sekali letak licin ok roti canai ni. Sekali ambik pon 5-6 keping satu pinggan. Kuah dal dia masa Mudme bangun nak pegi ambil satu mangkuk lagi pon dah habis. Dapat lah semangkuk last untuk Mudme.

Tapi tak silap orang cakap dekat sini ada Lontong. Tapi aku tak nampak pulak atas meja. Atau mata aku yang dah gelap tengok lauk nasi lemak atas kaunter tu banyak sangat? Takpe next time aku akan pegi sekali lagi, nak makan roti canai tersedap di KL dan makan nasi lemak lauk paru goreng. Wow sangat nafsu tu kan.

Korang kalau nak datang sini jangan risau, walaupon orang ramai gila meja pon penuh. Tapi meja banyak je. Dan orang dekat sini bangsa reti kalau makan, dah abis, terus angkat badan kasik chance dekat orang lain pulak makan. So, kalau sampai-sampai tu full house, tak payah pening-pening nak carik tempat duduk, pegi je beratur dulu ambil makanan, lepas tu carik la seat. Mesti ada je seat tu nanti. Dalam khemah ada, dekat luar tepi pokok-pokok pon ada.

kalau ikut kan, pagi semalam aku nak makan lagi banyak gila. Tapi teringat pagi tadi kena timbang, aku simpankan saje hajat aku nak makan macam-macam lauk. Tapi yang atas meja tu pon da cukup kenyang makan sampai tolak-tolak masuk dalam mulut tak nak membazir. Cuma koci yang saka suruh ambil tadik, aku bungkus bawak balik rumah. Hahaha. Nasib seketoi je. Kalau 5 ketoi?

Total harga untuk makan kami dua orang sarapan pagi ni berjumlah RM18. Nasi lemak dua pinggan tu RM13.50. Selebih tu lah harga roti canai, roti telur dan air suam 2 cawan. Korang nilaikan sendiri aje lah makanan dia mahal ke tidak. Aku ni, makanan kalau sedap, harga tak sedar pon mahal ke murah. Setiap orang tak sama penilaian dia kan.

Oklah, kepada yang duduk area Setapak, Gombak, Wangsa Maju dan Danau Kota, boleh la pegi terjah kedai ni kalau belum pernah pegi lah. Kalau yang dah tu lantak korang lah. Kahkahkah. Wajib try roti canai beratur tu ye. Korang pasti tak menyesal.

You Might Also Like

5 comments

  1. Warung ni Kat mana sbnrnya? Puas pusing Kat jalan meranti, tak jumpa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ye ke. Saya baru sampai dan makan. Boleh waze idaman puteri apartment, tepi dia nampak afa roti canai malatop. Sebelah dia.

      Delete
  2. dah try tadi... memang terbaik...roti canai lembut... mak makan roti bom sampai 2 keping..sejak sakit nk mkn roti bom 1 keping pun susah nk habis sebelum ni...layanan yg terbaik.. pasti dtg lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan. Alhamdulillah Mak suka makan dekat situ. Semoga Mak awak sentiasa sihat dan panjang umur. Saya pon nak ulang makan kat situ lepas PKP dah betul2 ok nanti

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook