Tempat Makan Yang Best Di Melaka Yang Wajib Di Singgah & Santai Di Melaka. Part4 (Finale)

12:04 pm

Assalamualaikum...

Sambung sikit lagi cerita tempat makan yang best di melaka yang wajib di singgah & santai di Melaka ni. So sila baca dulu Part1 Part2 dan Part3 ye.

Lepas kitorang menyusuri sungai Melaka tuh, kitorang terus singgah satu muzium yang berdekatan dengan Menara Taming Sari. Nama muzium tuh Muzium Samudera. Selama pegi Melaka memang tak pernah lah nak singgah tempat-tempat macam ni kan. Tapi this time memang aku dah plan nak masuk lah muzium-muzium yang ada dekat Melaka ni. Orang kata #atleastsekali. Hahaha. Tapi before masuk muzium ni haruslah basahkan tekak dulu. Sempat beli dekat booth kecik tuh. Dapatlah lepaskan dahaga tekak kan. Kang takde lah menahan dahaga dalam muzium tuh. Penat berjalan lah katakan. Kitorang beli air mineral je. Tapi Acap dia tetap nak air Coke.

Muzium Samudera
Pernah pegi Muzium Samudera, Melaka? Aku dah. Korang bile lagi? Kalau korang nak tau, Muzim ni merupakan replika kapal Flor de La Mar. Kapal milik orang Portugis. Saiz dia 34 meter (tinggi), 36 meter (panjang) dan 8 meter (lebar)  Kapal ni dibangunkan pada tahun 1990. Pastu yang merasmikan kapal ni tak lain dan tak bukan adalah bekas Perdana Menteri Kita Tun Dr. Mahathir pada 13 Jun 1994. Kapal ni betul-betul dekat dengan muara Sungai Melaka. Paling tepat sekali muzium ni terletak betul-betul dekat Jalan Quayside.

Motif terbina nya kapal replika ni tak lain tak bukan adalah untuk menceritakan pasal sejarah kegemilangan Melaka dan jugak sejarah kelautan Melaka. Dalam muzium banyak cerita pasal perkembangan perdangangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu sampai lah zaman pemerintahan Portugis, Belanda, Inggeris, dan tak lupa juga masa era pemerintahan Jepun pada Tanah Melayu pada satu ketika dulu. Dalam Muzium Samudera tu ada dipamerkan segala jenis lukisan, model kapal, peta lama, dan artifak-artifak penting maritim dan perdagangan Melaka. 

Harga tiket nak masuk dalam ni murah je. RM6 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Tapi itu bukan harga yang perlu dibayar. Sebagai rakyak Malaysia kita diberi 50% diskaun lagi ye. So dewasa baru RM3 dan kana-kanak RM1. Murah kan? Mesti mampu punye lah kan. Sekarang aku nak share dengan korang apa yang ada dalam Muzium Samudera, Melaka ni pulak.

Selfie seround depan kapal sebelum masuk muzium
Pandangan dari sisi Muzium Samudera
Tangga utama Muzium. Ramai orang time ni.
Sampai dekat atas Acap terus bergambar sakan. Ni memang spot bergambar oleh para pengunjung
Berjuta kasut
Nampak tak? Kan tadi aku cakap time ni ramai kan? Memang dekat luar tak nampak sangat orang. Sebab semua dah masuk dalam muzium ni. Masuk dalam ni kena bukak kasut ye. Dan lagi korang jangan risau, dekat dalam aircond ada. Kompom tak berpeluh ketiak korang bersesak2 dalam tuh. Aircond pon kuat. So pada yang bawak anak kecik tuh jangan risau lah anak meragam panas ke apa. Korang sure tenang masuk dalam nak tengok pameran sebab anak tak kan meragam dari segi panas.

Perkataan muzium dalam bahasa jawi di depan pintu masuk yang bertulis "Muzium Samudera"
Bahagian dalam Muzium Samudera
Sistem Pertukaran Barangan (Barter Trade)
Pameran orang-orang perdangang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
Replika Laksamana Hang Tuah & Acap
Acap & Meriam zaman dulu-dulu
Terpegun Acap tengok replika yang ini
Time ni aku rasa paling lawak sekali sepanjang berada dalam muzium ni. Masa Acap sampai dekat patung replika ni, dia pon tenung lah patung tu. Beria dia tengok. Lepas tuh dia pon terus tanya dengan Mudme.


"Cik Mudme patung ni nama dia apa?".
Mudme pon perati patung ni terus cakap "Oh... yang ni Hang Slash".

Hahaha. Berderai lah ketawa kami semua dalam tuh. Adoi lah. Perlu ke cakap patung ni nama dia Hang Slash? Korang tau Slash tuh sape kan? Tak tau? Ala lead guitarist Guns N' Roses dulu tu. Hadoi lah. Tuh takpe lagi. Yang aku paling tak menahan sekali time lalu dekat Patung Hang Tuah tuh.

 Acap tanya "Yang ni Hang apa pulak Cik Mudme?".
 Mudme cakap "Yang ni bukan hang apa-apa. Tapi yang ni Jamal Abdillah".

Kau boleh macam tuh? Aku memang nak pengsan time tuh. Dah la ada satu couple tuh yang perempuan tengah terangkan dekat pasangan dia siapa itu Hang Tuah. Sebab pasangan dia tuh orang luar. Beria dia cita pasal Hang Tuah. Datang mudme cakap itu bukan Hang apa2. Tapi Jamal Abdillah. Terus minah tuh pandang belakang carik siapa yang cakap Hang Tuah tu adalah Jamal Abdillah. Terkejut muka orang tuh. Aku lagi lah termalu sikit time tu. Sekali minah tuh pon gelak jugak. Siap cakap "Jamal Abdillah pulak peginye". Oiii.. malu I ok. Tapi tuh la, asal Acap tanya je dia pasal nama2 replika tuh hang apa? Nanti dia akan jawab yang lain dari pada nama sebenar patung tu. "Hang Pasaipa?". "Hang Nak Apa?" "Hang Pi Sana!" Hadoiii... sian budak tuh terkelip-mata nak hadam cerita Cik Mudme dia tuh. Terpaksa aku yang betulkan.

Acap dah berkenan dengan replika kapal tu
Time ni dia tengok-tengok kapal tuh. Semangat dia berdiri depan tuh sambil tengok satu-satu. Aku pon takpe lah biarkan aje. Tetiba dia cakap "Alamak takde pulak 50sen". Aku pon macam eh murahnye 50sen. Aku pon pegi la kat dia, sebab tau dia nak lah tuh kan. Sekali aku tengok RM5.00. Dia salah tengok, aku pon gelak kan dia. aku cakap RM5 lah bukan 50sen. Terus dia sentap. Hahaha. Bila tanya nak ke tak nak dia cakap tak nak. Padahal muka nak je. Tapi sebab dah malu tersalah tengok harga buat-buat tak nak pulak. Tanya banyak-banyak kali baru dia cakap "Amik je lah". Sambil pandang tempat lain. Hahaha. Acap.. Acap... macam-macam kau ni.

I pon nak bergambar dengan Hang Slash jugak. Hahaha
Bergambar dekat Tangga naik ke atas
Dekat bahagian atas
View dari bahagian paling atas kapal muzium
Lepas tuh kitorang pon keluar dari Muzium Samudera ni. Ingatkan nak terus je ke tempat Ijan & Zahid lepak, tapi masa on the way keluar dari tempat ni nampak satu lagi muzium iaitu Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Masuk lah dalam tu dah alang-alang kan. Sebab seberang jalan je dari Muzium Samudera tu.

Perhatian! Attention!
Nampak tu papan tanda tuh dia tulis apa? Kalau macam kitorang yang dah beli tiket masuk Muzium Samudera tadi, kitorang boleh masuk dalam Muzium TLDM ni tau. Haaa... so kalau sape2 yang dah pegi Muzium Samudera jangan lupe pulak masuk sini. Dah alang-alang beli tiket tuh masuk lah sekali Muzium TLDM ni. Jom tengok apa ada dalam Muzium  TLDM ni.

Muzium ni asal nye dekat TLDM Lumut, tapi dipindahkan ke Melaka ni supaya nanti lebih ramai la yang datang melawat. Lagipon tempat dia strategik. Memang banyak tempat-tempat yang boleh dilawat sekitar Muzium ni. Sebab tuh la dipindahkan ke Melaka ni. Dalam muzium ni ada pamer gambar-gambar Panglima TLDM, pangkat, alat senjata dengan pingat kebesaran. So kalau korang yang tak tahu menahu pasal TLDM elok sangat lah singgah sini tengok. Macam aku jugak la. Mana lah tau pasal TLDM ni. Tau wujud je tapi tak tau info. Ni dah pegi baru lah tau details pasal TLDM ni. Dekat dalam pon ada pamer pakaian seragam, alat komunikasi. Jom lah tengok apa yang ada dalam Galeri Muzium TLDM ni.
Laluan masuk ke dalam Muzium TLDM
Bahagian utama dewan pameran
Jenis simpulan dan ikatan
Pedang apakah ini?
Beberapa gambar Kapten TLDM
Koleksi pakaian TLDM
Lambang dan pangkat
Puas berjalan dekat dalam muzium ni kami pegi bahagian luar pulak. Dekat luar dia ada pamer kapal besar. Orang ramai boleh naik. Tapi time tuh aku dah tak larat nak naik. Acap dia nak naik jugak, so aku suruh je Mudme tolong teman kan dia kat atas tu. Takut lah kalau apa-apa jadi nanti takde orang nak tengok kan dia pulak. Tak lama pon dekat bahagian luar tuh pastu kitorang pon berasur semula ke Dataran Pahlawan Mall.
Happy kau ye dapat naik atas ni
Bossin' around. Aku lah jadi fotografer dia kan
Last but not least. Puas posing dekat kapat TLDM ni
Makan ice cream dulu. Ni masa on the way nak balik ke Dataran Pahlawan Mall
Picture credit: Bro
Masuk dalam Mall tuh dapat lah jalan-jalan kejap. Sempat juga aku masuk kedai Converse. Asal nye saje je nak try-try. Dah lama gila kot tak pegi masuk kedai Converse dan try. Selalu just lalu je and kalau masuk pon mesti tak try. Tapi harituh boleh plak nak try kasut dalam tuh. Ada jugak yang berkenan di hati aku. Tapi buat diam je lah. Tetiba Mudme bersuara lalu berkata jika aku nak kasut tu sila lah ambik dan dia belanja. So kau nak cakap apa? Kau tak nak? Aku nak. Hahaha. Lalu pilih la aku kasut sepasang dari Converse itu. Sama sebijik macam gambar yang dekat bawah ni.
Converse Jack Purcell Jeffrey Stripe Slip - Gooseberry color
Picture credit: Google
Lepas dah shopping dekat Converse terus singgah semula dekat Kedai sim kad yang pagi2 aku singgah masa sampai tadi tu. Macam-macam hal tak boleh pulak nak guna. Rupanya dia memang tak register kan pon untuk Acap. Bila Wan mula mengamuk cakap tegas sikit baru dia nak register kan untuk Acap. Geram giler aku. Aku pon rasa nak maki je. Tapi sebab dah tak larat memang buat diam je. Nasib dia ada take action lepas Wan cakap tuh. Kalau takde gak memang harus aku pon mengamuk jugak. Dah settle semua tuh terus keluar dari Dataran Pahlawan Mall tuh.

Kami berjalan dekat 7 jam dari start sampai tuh. Aku tau sebab masa nak bayar kan ada resit parking. So dapat lah tau berapa jam kita parking. So far aku rasa kalau korang yang nak pegi ke Melaka dan nak jalan pusing-pusing bandaraya Melaka, Elok lah parking dalam Dataran Pahlawan Mall ni. Tak mahal pon kitorang bayar. RM10 je. Berbaloi kan?

Perut masing2 mintak diisi. Dah la tak makan lunch. Mula-mula ingat nak terus je makan malam, tapi tengok baru pukul 5.30pm macam tuh kitorang decide nak pegi minum petang, so misi kami nak try makanan yang sedap-sedap bermula semula. Kami pilih satu tempat ni. Memang sedap makanan dia.

Gerai Makanan Perhentian Kuih Kampong
Picture credit: Bro
Haaa... inilah tempat yang kami singgah untuk minum petang. Tempat dia dekat Ujong Pasir. Masa kami sampai kuih yang di display dah tak banyak. Tapi still ada yang boleh dimakan.

Pelbagai jenis kuih talam
Kuih cara berlauk. Mula-mula aku dengar diorang cakap sedap, aku pon order la. Tapi bila aku makan tak kena pulak tekak aku. Tapi aku rasa sedap kot tuh yang dorang suka tu
Kawasan kuih-muih terhidang
Baru first order ni. Tapi Acap time ni dia dah makan dah. Tak minat makan kuih kampong. Dia order daging burger dengan fish ball je
Popiah basah. Kuih yang paling sedap lah aku rasa dalam kedai ni. Ijan belanja kuih popiah ni. Sebiji kuih ni RM1. Order 3 jenis inti. Daging, Udang dan Ayam
Aku sempat sambar satu bekas kuih Tart Nenas. Aku perati je kuih tuh. Nampak sangat menarik ok. Memula tak nak beli. Sebab ada 10 ketul je dalam tu RM8. Tapi tetiba rasa tamak menguasai diri lalu aku terus membelinya. Lagipon aku saja nak rasa sedap ke kuih nye. Kuih ni aku beli untuk bawak balik KL.

Kuih Tart Kuih Kampong
Dah 2-3 hari balik dari Melaka baru aku teringat nak makan kuih tart ni. Bagi aku rasa dia agak manis lah. Aku rasa sebijik je lepas tuh aku simpan. Sebab manis sangat. Itupon still ada lagi dalam peti ais aku tuh. Tapi kena makan jugak lah nanti. Jangan membazir. Tak baik.

Korang harus singgah dekat Gerai Makanan Perhentian Kuih Kampong ni tau. Sebab macam-macam jenis kuih ada dalam kedai ni. Bagi aku kalau korang yang nak explore Melaka tapi tak singgah sini memang rugi sangat-sangat. Aku pon kalau ada kesempatan nak pegi sini lagi next time kalau singgah ke Melaka. Nak pegi tak tau jalan? Takpe mari sini aku bantu korang supaya korang pon dapat merasa kuih muih di gerai ni.

Gerai Makanan Perhentian Kuih Kampong

Address:
Ujong Pasir Melaka 75050

GPS:
2.1823781 , 102.2891314

Phone:
06-317 2899

Dah kenyang makan dekat Perhentian Kuih Kampong ni, Kitorang terus ke tempat yang dinanti-nantikan untuk makan malam. Makan malam dekat Melaka ni memang sinonim lah dengan ikan bakar. Ye tak? So next destinasi kami dah kompom ke ikan bakar. Tapi makan dekat kedai ikan bakar yang mana? Sebab banyak sangat kot dekat Melaka ni yang menyediakan makan malam ala-ala ikan bakar ni.

Restoran Muara Duyung Enterprise
Dekat sini la kami makan malam. Restoran Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Tengok lah tuh ramai orang dah beratur nak pilih makanan. Kitorang sampai ngam-ngam pukul 7pm. Ini pon dah ramai. Kalau lewat sikit lagi mesti dah penuh. Sampai je dekat sini terus parking. Nasib lah parking pon tak dapat yang jauh dari restoran ni. Tak payah la aku nak menapak jauh-jauh kan.

Akulah yang ditugaskan untuk beratur memilih lauk-lauk untuk dimakan. Tapi aku memang tak pandai nak pilih makanan kalau datang ramai-ramai. Takut tak cukup. So Wan lah ditugaskan untuk pilih saiz lauk dan kuantiti nye. Yang lain tinggal pakat-pakat nak makan apa je.

Ketam untuk kami 6 orang
Seekor Ikan Siakap dan sepotong Ikan Pari saiz sederhana
Nampak tuh saiz sepotong ikan pari? Lebih besar dari tapak tangan Wan. Hahaha
Ikan dekat sini segar-segar belaka
Udang saiz sederhana. Yang ni kitorang order sekilo
Sotong saiz sederhana. Yang ni ambik 600g macam tu
Dah siap pilih2 lauk dan timbang, aku dan Wan balik semula ke meja. Fuhhh... penat berdiri lama-lama. Dapat la rehat-rehat sekejap sebelum makan. Masa sampai diorang dah siap-siap order air minuman dan orang kedai pon dah hantar siap nasi lemak bungkus untuk meja kami. Kami hanya tunggu makanan sampai je lah.

Sambal kicap wajib ada kalau makan ikan bakar
Nasi Lemak bungkus. Ijan bukan main lagi mintak tambah nasi lemak bungkus ni. Katanya dia makan banyak nasi lemak ni. Satu tak cukup
Sepahat masak halia
Udang goreng butter black pepper
Nasi Lemak bungkus. Tengok lah tu ciput je patut lah Ijan cakap dia tak cukup. Hahaha
I busy tulis details. Nanti senang nak update dekat blog
Bro lapar sangat ke sampai meninjau meja orang sebelah. Acap rileks je tak kisah pasal makan. Janji dapat main game
Jauh termenung abang Zahid kita sementara menunggu makanan yang lain sampai. Ijan buat muka sebab dia tak leh makan dulu. Kena tunggu makanan lain sampai dulu katanya
Update jangan tak update details
Kitorang order air tebu 1 jug dan air teh o ais limau 1 jug
Tudiaaa.. Ikan Pari bakar cili dah mai
Sotong goreng tepung
Ketam masak cili
Ikan Siakap masak steam. Sebelah je ni
Ikan Siakap masak 3 rasa. Yang ni balance lagi sebelah
Group foto seround
Group foto second round
Picture credit: Bro
Sedih sampai nak nangis Ijan sebab tak boleh nak makan lagi. Hahaha
Kena jeling dengan Zahid time doa sekali terus dia elok sikit. Hahaha
Ini budak tak nak makan. Tapi aku suap jugak lauk bagi dia telan
Starter. Nasi Lemak bungkus
Ambuih lazatnye Wan. Bro pon dah ready nak makan
Are you satisfied? Tengoklah thumbs up tuh weh
Semua senyap bila start makan. Mana lah tidak. Lapar la weh
Picture credit: Bro
Mantain. Banyak lagi tuh lauk nak kena makan ni Wan
Nampak? Udang dia sedap sangat ok
Ini orang tak kira dah jari patah. Dia sauk je jari dia yang berbalut tuh ke dalam Ketam masak cili. Hahaha
Inilah hasilnye setelah puas makan. Nampak tak kepuasan pada perut Zahid tuh? 
Setakat ni memang Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung, Melaka ni is the best lah bagi aku. Pernah jugak makan dekat Umbai dan tempat-tempat lain. Tapi sini bagi aku the best lah. Korang semua pon kena cuba jugak makan dekat sini. Kalau datang nak makan Ikan Bakar sini lah tempat nye jangan pegi tempat lain. Highly recommended. Tak tipu. Walaupon orang ramai. Tapi makanan cepat je sampai. Pekerja diorang buat kerja laju je. Kalau meja yang dah abis makan tuh dioarang akan kemas secara berkumpulan. So takde lah masalah servis lambat ye dekat kedai ni. Total kitorang makan malam tuh untuk 6 orang RM224. Kalau yang jenis tong-tong dengan kawan macam kitorang ni kira murah lah jugak. Bila dah bahagi kepada 6 orang, sorang pon baru RM37. Ok lah tuh kan. Kalau korang nak pegi sini tapi tak tau kat mana, jom aku share lokasi tempat makan ni ye.

Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Adress:
KM 4-5, Jalan Padang Temu,
Permatang Pasir, Melaka

Phone:
012-636 2339

Berakhirlah aktiviti aku di Melaka ini. Memang seronok kalau dapat buat aktiviti one day yang santai macam yang kitorang buat ni. Atleast dapat jugak carik tempat makan yang best-best sambil melawat tempat bersejarah dekat Melaka. Next time kalau ada peluang lagi harus aku sampai lagi ke Melaka ni. Tak jauh mana pon kan. Boleh je kalau nak datang tu.

p/s: Tak sempat nak makan asam pedas dan coconut shake. Harus lah datang lagi tuh nampak nye.

You Might Also Like

2 comments

  1. Seronok baca coretan kat blog ni.. at least dapat bg guide kpd mereka yg i gin bercuti di melaka..sebab saya sendiri bila bercuti..time nk cari tempat mkn mmg satu masalah coz tk tau nk cari... teruskan update coretan ttg tempat dan makanan menarik.. terbaikk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. InsyaAllah ada kelapangan banyak yang ingin dikongsi bersama. :D

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook