Home Made Wet Food untuk Kucing kesayangan

8:56 am

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share dengan korang resepi makanan wet food untuk kucing kesayangan aku. Untuk pengetahuan korang yang belom tau... aku ada bela seekor kucing betina. Nama dia CHIKA. Wah... upper case sangat font tuh. Chika ni aku ambik dari seorang gegirl yang tinggal dekat gombak. Dia mmg bela banyak gile kucing dekat rumah dia. Chika ni salah satu dari anak kucing dia lah. Aku bela dari umur dia 1 bulan lebih lah gitu. Dia lah madu, racun, busyuk, masham aku dengan Mudme.

My Chika
Masa mula2 ambik dia aku mmg agak kecoh skit jadinye. Mana taknye, aku mana lah pernah bela kucing. Indoor pulak tuh.. so macam terover excited plak nak membeli barang2 keperluan untuk Chika ni. Malam aku ambik dia dari owner dia, terus contact seller yang jual barang2 kucing. Beli pasir, sangkar, tempat poo poo, mainan dia dll. Cemas giler. Padahal kucing je tuh, belom lagi anak sendiri.

Tapi aku ni paling concern pasal makanan dia. Masa nak beli macam2 aku tanya kat penjual tuh pasal makanan yang sesuai untuk kucing. Boleh dikatakan setiap jenis aku nak tanya. Hahaha. Mesti dorang yang menjual tuh stress je. Aku bukan ape, risau nanti kucing aku si Chika ni tak nak makan kalau aku dah beli. Harga pon bukan murah jugak. Dari yang murah sampai yang mahal aku dah bagi dia cuba... tapi yang mahal jugak lah sesuai dengan selera si Chika ni.. amboi tak mengalah kau kan si kenit tuh. Selalu memang makan biskut je lah. Makan jenama RC tak nak kalah tekak kau ye Chika. Mahal kot bagi aku. Kesian dekat Mudme lah kan. Dia yang tanggung segala perbelanjaan si Chika nih.


Satu hari Mudme tunjuk dekat aku ada kucing badan sihat makan wet food home made. Aku pon tengok kucing tuh.. gilerrrr.. mmg besar ok kucing tuh... aku pon berangan lah nak jugak kucing aku jadi saiz gajah macam tuh.. so marilah kita buat sendiri jugak makanan wet food untuk Chika. Aku pon pegi lah NSK dekat rumah aku pastuh beli isi ayam, ikan sardin, carrot dengan agar2. Pastuh start lah membuatnye. Jom kita tengok cara2 nak membuat makanan wet food untuk chika nih.

ikan sardin tengah di rebus
Gigih aku pukul 12 tgh malam buat wet food untuk chika nih tau.
Memula siang ikan sardin. Aku beli sardin tuh 10 ekor ok. kepala ikan tuh aku tak buang... just siang, lepas tu basuh je bersih2. Lepas tuh aku rebus ikan sardin tuh dengan air 1L. Rebus sampai ikan tuh masak yer.

carrot yang dah siap aku dadukan
Sementara aku tunggu ikan tuh siap direbus, aku ambik 2 batang carrot, buang kulit dia lepas tuh aku potong dadu. Berpeluh memotong carrot ni.. Kalau boleh ambik yang sederhana. Pastuh potong tuh jangan besar sangat. Kalau boleh potong kecik skit dan sedang2 je tau... pastu basuh bersih2 dan toskan air dia, ketepikan.

ayam pon dah siap rebus
Bila carrot dah siap potong dadu, basuh, tos dan ketepikan. Dah boleh start rebus ayam pulak. Ayam tuh agak2 dalam 4-5 ketul ye. kebetulan aku petgi NSK aku ambik terus dada ayam, lepas tuh aku belah dua ayam tuh aku ambik separuh je. Pastuh aku rebus dengan air 500ML.

ikan sardin dah siap rebus
Haa.. time ni dah boleh dah angkat ikan sardin yang dah aku rebus awal tadi kan. Keluarkan ikan sardin yang dah siap rebus tuh ketepikan dan toskan. Tapi air dia aku tak buang, aku nak guna nanti air nye tuh. Kutip semua2 yang tertinggal dalam periuk rebusan tuh. Sebab bila kita dah rebus ikan tuh, nanti segala isi2 ikan dengan kepala dia akan pecah2 kan, so better cedok semua keluar dari periuk rebus tu... just tinggalkan air je ok. Pastu biarkan ikan sejuk kejap sebab lepas tuh nak asingkan pulak tulang dengan isi. Kang kalau tak tunggu sejuk skit melecur plak tangan aku ni kang.

Sementara tunggu ikan rebus tu sejuk skit, aku ambik 2 lagi batang carrot, kupas kulit dia lepas tuh aku just potong kecik2 je... sebab carrot tu aku nak blender nanti bersama dengan isi2 ikan sardin tadi.

dah siap asingkan isi dengan tulang
Ok. Lepas dah potong carrot untuk diblend tadi, aku pon gigih la asingkan tulang ikan dengan isi nye satu persatu. Nasib lah 10 ekor je ok. Kalau sekawah mau nangis2 aku asingkan isi dengan tulang ikan tuh. Hahaha. Aku ambik semua isi dengan kepala sekali, dan buang tulang2 keras dengan yang kecik2 terselit2 di celah ikan2 itu.

Carrot yang dipotong kecik dan juga isi ikan yang dah diasingkan
Tambahan air rebusan ikan
Pastuh aku masuk kan isi ikan yang aku dah asingkan bersama dengan kepala tadi ke dalam blander yang aku dah masuk kan air rebusan ikan. Aku campak jugak sekali carrot yang aku dah potong kecik2 tadi. Sila jangan confius dengan carrot yang dah aku potong dadu tadi ye. Yang tuh nanti karang baru aku guna. Sekarang guna yang dipotong kecik2 ni untuk diblend. Blend halus2 sampai hancur or lumat. Tekan je terus yang laju... sambil2 aku lari setempat buat senaman ringan.. hahaha. ok yang itu tipuuu.


Separuh isi ayam yang aku dah siap carik-carikan
Lepas aku blend bahan2 atas tadi, terus aku toskan ayam yang aku rebuskan tadi tuh. Lagi sekali air dia jangan buang ye.. sebab nak pakai lagi. Untuk apa? kejap lagi aku bgtau ok. Lepas je ayam tuh dah sejuk sikit, terus aku carik2 kan ayam tuh dan ketepikan.

agar-agar pon perlu ok.
Ha kau nak buat apa dengan agar2 ni? Apa kene mengena agar2 ni dengan makanan kucing pulak? hahaha. Jangan cemas. agar2 ni just nak pejalkan aje food chika tuh nanti. So aku basuh agar2 ni, aku masuk kan dalam air rebusan ayam tadi lepas tuh aku masak bagi cair agar2 tuh... aku guna api perlahan je.. sambil2 aku terus kacau skit2 untuk bagi dia hancur.

Bahan blend tadi dengan carrot yang dah di potong dadu bersama isi ayam yang sudah di carik2 kan
"Ini lauk kite ke? nape nampak macam bubur kacang je warna dia?"
Ok. paham ke setakat ni? siap garu2 kepala bagai. Macam nak ambik exam je tuh yg tengah salin resepi ni. hahaha. Haaa dah siap semua bahan2 tuh.. aku ambik periuk yang besar skit, aku masukkan bahan yang aku blender tadi dan masukkan carrot yang aku dadukan tadi sekali. Lepas tuh aku terus masak atas api. Sambil2 aku kacau perlahan2 dan kadang2 aku kacau agar2 kat sebelah. Kiri kanan ok tangan aku beraksi.. lenguh jugak tapi demi kau chika, aku buatkan jugak. Hahaha. Masak dalam 3-4 minit macam tuh ok. Then bila agar2 tadi dah cair campurkan je agar2 tuh dalam periuk bahan2 blend dengan carrot dadu tadi. Masak lagi dalam 3-4 minit ok. Last sekali masuk kan isi ayam yang dah siap di carik2 kan tadi ke dalam periuk tuh. Kacau sebati lepas tuh tutup je lah api nye. Kang hangit pulak masakan aku tuh kang.

Tadaa! ini lah hasilnye selepas dah berhempas pulas di dapur ok
Lepas aku tutup api, aku biarkan dalam 3 minit macam tuh, pastu terus je aku transfer masuk dalam bekas2 yang available dekat dapur aku tu hah. Susah ke korang nengok? Aku memula nak buat rasa macam leceh je benda alah ni nak buat. Tapi bila dah start buat rasa ok je. Rasa macam tak caya je benda2 ni boleh buat bagi kucing aku si chika tuh makan. Tengok gambar kat atas tu, yang kiri aku masuk dalam chiller je. Yang kanan tuh aku terus masuk dalam tempat beku. Tapi tunggu sejuk dulu ok. Kang masuk panas2 mana tau meletop pulak peti ais korang aku pulak yang dipersalahkan nanti. Hahaha. Jangan ye.. takmo. takmo.

Actually aku ingat nak masuk dalam bekas kecik2 saiz puding tuh. Tapi Mudme cakap tak payah la nanti buat semak je bila dah abis makan nanti campak2 je. Motif? Kau nak cakap aku tak berkemas ke hape? Hahaha. Tapi memang pon. Kadang2 tuh aku tak asingkan pon ikut jenis2 mangkuk. Masuk je semua kat satu tempat plastik tuh. Malas datang hape pon tak bole.

Esoknya aku dengan hidung kembang nye keluarkan wet food ni dari chiller nak bagi chika makan.. tapi kan.. tapi kan... dia tak nak kau tau tak? Sakit tak hati kau bila kau dah penat2 buat sampai pkl 1 pagi lebih baru siap memasak aleh2 kucing kau tak nak makan? Syahdu hati aku time tuh. Dah la buat banyak giler kot. Chika dia bau2 je lepas tuh dia belah. Aku geram betul siap tarik dia sondol2 kat hidung dia, pon dia tak hingin nak makan aku masak untuk dia. Siap pegi berlalu sambil menjeling sinis kat aku. Bengang je aku time tuh.

Mudme pon cakap bagi jelah try kucing kat luar rumah makan. Tengok dorang nak makan ke tidak kucing2 tuh. Mudme cakap kalau kucing luar tak makan maknanya aku masak tak sedap. Kalau kucing luar makan maknanya minah chika tuh memang gedik demand nak makan makanan yang harga nye puluh2 sahaja. Aku pon boh la skit letak atas plastik bagi dekat kucing yg baru lepas prengnet. Aku pikir dia mesti lapar nak menyusu sebab dia ada 3 ekor anak yang masih baby. Masa aku nak keluar turun tuh aku pon bagi lah dia makan. Pastu aku tengok kucing tu makan dengan lahapnye. Oooo ini sudah lebih chika. Rupanya kau demand ye nak makan mahal2. Aku memang tak puas hati.

Pastu aku keluar pegi beli makanan kucing dalam tin, balik rumah aku ambik sikit, pastu campur pulak dngan makanan chika yang aku baru masak dengan penuh kasih sayang itu. Terus makan dengan lahapnya. Dah abis mintak, abis je mintak lagi. Kali kedua dia mintak aku dah tak bg makanan dalam tin tuh dah. Sampai sehari 4 kali makan nya. Aik kau bukan sombong ke tak nak makan aku masak chika? Hahaha. Aku syak maybe dia tengok makanan baru kot mula2 tuh. Tuh pasal dia macam tak nak mula2 tuh kan.

Aku masak 28/8. Ni 2/9 dah abis dah bekas putih yang belah kiri tuh. Fuhh.. sedap gamaknya ye.. aku bubuh tak sikit tapi takde lah jugak banyak setiap satu hidangan. Memang licin dia makan. So aku tau lah makanan ni memang sedap dan bukan lah sebab aku ni tak reti masak atau masak tak sedap. Adus cemas lagiii. Hahaha.

Minggu depan aku akan masak lagi untuk next round. Siapa yang nak try wet food chika ni, tapi malas nak buat sebab takde masa or memang malas, boleh la msg aku ye. Jangan malu jangan segan. InsyaAllah kucing sihat makan makanan buatan rumah ni.

You Might Also Like

38 comments

  1. suh chika masak la apa nie anak dara pemalas macam mana tengku kamarulzaman nak pinang dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. chika tanya tengku kamarulzaman tuh hidup lagi ke? dia ingatkan tengku kamarulzaman hanyalah mitos. Hahaha

      Delete
  2. perghh.. berkhasiat makanan chika.. untung dapat tuan rajin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bukan rajin sebab husband cemas lah tuh duit dah surut... hahah disuruh nye kita cuba pulak makanan home made ni kan. tapi surprise lah memang bagus food ni. alhamdulillah dapat bagi yang terbaik untuk chika.. huhuhu

      Delete
  3. Lagi save x kalau buat sendiri wetfood dgn beli makanan yg sedia ada kt pasaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. save banyak rya. isma kalau buat memang dapat banyak bekas. cuma kita nak tengok diri kita rajin ke tidak nak buat nye. huhuhuhu

      Delete
  4. As salam..Percubaan menarik tapi saya lupa yg satu jer resepi tertinggal so lain skit ler jadi nyer..t,kasih kpd ismahasmi krn beri sedikit resepi utk momot,black family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga momot, black happy dapat makan makanan yang sihat dan berkhasiat...

      Delete
  5. Nak kena guna ikan ker? Kalau guna ayam dan carrot je boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak. cuma kalau ikan kucing bau lagi banyak dia makan.

      Delete
  6. Salam.. kalau simpan tempat beku brp lama blh tahan ye mknn tu? so kiranye cedok dr bekas tu bila nak makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dr fir,

      kalau boleh asingkan bekas. satu untuk diletakkan di bahagian bawah untuk cedok selalu, bahgian chiller tu. satu lagi terus dekat bahagian beku.

      kalau bahagian beku boleh tahan lama. sebab tak usik kan. biasanya kalau kucing kerap makan 2-3 minggu dah habis.

      kalau asingkan bekas, yang dalam freezer, bila nak guna, keluarkan, tunggu dia dah tak beku, asingkan bekas ke tempat lain separuh untuk di letakan dalam chiller. yang balance masuk semula dalam freezer, supaya tak basi.

      kalau nak lagi mudah, masuk siap2 dalam bekas2 puding yang kecik2 tuh. bila nak guna je baru keluarkan.

      semoga membantu.

      Delete
  7. thankiu share 😊.
    an ada 3 ek0r kcing . sek0r aje jntan .
    bila yg jntan nih kena batu krang , mula laa g0ogling nk bg dia mkn apa.. sebab dia mmang xnak mkn mnum lgsung.. d0kt0r kta mknan mcm whiskas , pr0diet , smartheart .. smua jnama yg snang dpat & murahlaa..byk sgt gram dan bnda2 yg xspatutnyaa..
    klmarin cuba buat yg ni , cuma xblender.. gna agar2 yg srbuk pnya.. mknan pun lmbt nk habis di0rg ni.. harini , cuba buat seaf0od platter plak.. taruk udang, s0t0ng, ikan cmpur bayam dngn bayam sikit.. agar2 biasa..xblend jgak..x smpai 5mnit dh lcin pggan..yg jntan tu pun mkan xtg0k kiri kanan... nnti nk cba blend plak.. TQ skali lg.. 😀.

    p/s: lega bila tgk yg jntan ni dh nak mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...

      semoga kucing2 An sihat2 belaka. Dan semoga yang jantan tu baik dari penyakit batu karang dia. Tuan dia pon boleh happy senang hati nanti. Hehehe

      Delete
    2. ya .. mmg snang hati skit dah skrang ni.. alhamdulillah . mmg dah nmpak 0k . 😊😁

      Delete
    3. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan An.

      Delete
  8. Ada 9 ekor dewasa,3 ekor kanak2...bnyak mana nak buat makanan diorg ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe..

      takpe lah. buat 1 adunan. belanja diorang sekali makan. nanti bila nak belanja dorang makan lagi, buat lagi.. :D

      Delete
  9. Kena cuba ni...!!

    Ngah cut cost makanan kucing... Ada 18ekor da kucing kat umah tu... Haish

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus cuba...

      tuan kucing pon senang hati duit boleh menabung lebih sikit. hehehe

      Delete
  10. Letak daun sawi atau bayam Boleh tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada yang cuba letak daun bayam, dan menjadi. kena cuba dulu baru tau. harap2 kucing semua nak makan. heheheh

      Delete
  11. Letak daun sawi or bayam Boleh tak ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti. kalau nak test, buat sikit2 dulu. tengok meow nak makan tak.

      Delete
  12. Assalam sis, memang xada letak apa2 perasa ka? Time rebus ikan n ayam tue xpayah letak garam? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      Saya tak letak perasa apa2. bagi rasa asli je dekat kucing saya. huhuhu

      Delete
  13. Hari ni saya pertama kali cuba...harap2 keputusannya positif...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kucing nak makan banyak2, dan badan lebih montok dan gebu, duit pon jimat..huhuhu

      Delete
  14. Ikan kalau x siang x bleh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih elok lah siang, dari tak siang. takkan kita nak masak makanan untuk kucing kesayangan kita sekali ngan isi perut kan.

      Delete
  15. Baru dok tgk resepi ni..mkcik nk try la..kt rmh ada 3 ekor ni..2 ekor tu memg bab mkn pelahap sgt..yg besar tu..mkn alahai...sopan sgt...yg kecik tu..wetfood bgkus kecik sorang 1.. yg besar tu stengah bgkus ja makan..dh kenyang...tq ya nak..kongsi resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semua kucing nak makan resepi baru lain sikit dari kebiasaan depa. Hehehe

      Delete
  16. sis sy jumpa artikel sis ni and puas hati sis terangkan how-to-made sekali dengan gambar.. just nk tanya testimoni sikit, cat punye poo poo macam mne ye? ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat sampai harini, poo poo tak berbau sangat. Alhamdulillah

      Delete
  17. Boleh sya tau hasil dr mknan buat sendiri... Najis meow berbau x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sampai sekarang ok poo poo dia tak berbau sangat

      Delete
  18. chika ! lain naw nick name ko dik... tapi cam best lak sebut...achik nak tanya ..ikan n ayam tu bergabung meletop ke? atau chika asingkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai apa khabar achik? Chika sihat je ni. Setiap kali hidang menu ni lesap semuanya. Huhuhu

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook