Resepi Simple Dan Mesti Jadi #1: Ikan Talapia Merah Masak Stim Limau Asam

2:21 pm

Assalamualaikum...

Korang minat tak ikan masak stim limau asam? Penah tak korang makan yang rasa dia sedap gile? Aku penah. Perghhh ni nak cite pon dah terasa2 air lior nak limpah keluar dari mulut. sluuurrrpppsss!. Telan balik air lior.

Yang pasti kalau cakap je pasal ikan masak stim mesti semua orang akan terbayang ikan siakap stim  kan? Jangan tipulah.. sebab aku pon akan pikirkan ikan yang sama jugak. Aku ada suka satu kedai tuh. Kiranya all time feveret aku lah kedai tuh. Dia dekat Sri Petaling. Memang mabeles ok.

Semalam hari Sabtu macam biasa time lunch apa2 pon, kalau aku nak keluar ke, nak g kenduri kahwin kawan2 ke, aku akan masak makan lunch untuk mak aku dulu. So semalam aku decide  nak masakkan mak aku Ikan masak stim limau asam. Tapi aku tak guna ikan siakap lah.

Aku masakkan mak aku ikan talapia merah masak stim limau asam. Haaa. tak sabar rasanya nak masak. Aku pon suka je nak masak lauk ni. Tapi tak selalu nak masak. Ada masa2 je aku akan masak. Aku rasa macam sekali sekala kalau datang mood nak masak tu baru macam best2 je fefiling dia. Hahaha. Beria sangat kan.


Biasanya lauk ni kalau aku masak dekat rumah. Memang aku akan masak untuk mak aku je. Aku memang tak makan. Sebab memang masak special untuk mak aku saje. Mak aku pon memang suke kalau aku masakkan dia lauk ni. Lauk ni memang sesuailah dengan mak aku yang menghidap penyakit kencing manis ni. Aku kalau nak makan  lauk ni aku akan pegi kat Sri Petaling je makan. Tapi setahun sekali je lah teringin nye. Hahaha

Kepada anak2 yang menjaga ibu/bapa korang atau diri korang sendiri yang menghidap penyakit kencing manis ni, sesuai lah sangat kalau nak jadikan makanan ni sebagai makanan harian korang ye. Resepi ikan talapia merah masak stim asam limau ni memang sesuai untuk pesakit kencing manis atau diabetis.

Aku tau ramai yang kat luar sana tuh masih mencari2 menu atau resepi masakan penyakit kencing manis dekat google kan. So ini lah aku share kan salah satu resepi yang aku masakkan untuk mak aku yang sama2 menghidap penyakit kencing manis atau orang panggil diabetis ni. Jom tengok apa bahan2 yang aku gunakan untuk masakan yang bagi aku ni simple tapi sedap. Haaaaa gituuu.


Ini antara bahan yang aku gunakan. Sikit je tak banyak pon untuk masak nye. Aku guna tomato 3 biji, 1/2 batang carrot, 2 inci halia muda, 4 biji cili padi, 3biji limau kasturi, 1 batang cili merah, 1 biji bawang besar dengan buah oren. Buah oren tuh aku amik 3 slice je. Itu je... senang kan.


Aku guna ikan talapia merah. Sebab yang hitam tuh dia macam bau tanah sikit. Kuat bau sungai dia. So kalau nak buat resepi ni aku akan pakai ikan talapia merah. Rasa pon sedap. Ikan ni aku kelar2 badan dia supaya bila tabur semua bahan2 nanti dia akan sebati masuk dalam ikan2 tuh dan akan menjadikan masakan aku sedap gile. Hahaha. Itu firasat aku aje lah.


Asam jawa aku memang suka pakai kalau buat stim/kukus nih. Biasa nye memang asam jawa mesti aku akan carik dulu kalau nak buat masak stim ni. Sukatan ikut suka korang lah nak lebih ke tidak. Aku bubuh lebih untuk dijadikan kuah untuk mak aku makan. Takde lah kering je kan lauk nye.


Semua bahan2 tadi aku hiris je... ikut korang lah nak potong macam mana ikut kesesuaian dengan jiwa korang lah ye. Aku ni masak jenis suka cepat2 lepas tuh campak2 je. Takde nak berseni2 potong carrot berbentuk2. Hahaha


Ikan talapia merah tadi aku masukkan siap2 dalam loyang. Lepas aku dah siap hiris bahan2 aku masukkan ikan tadi dalam tempat pengukus siap2. Yang bahagian berlobang2 tuh tau. Sementara aku sediakan bahan2 tadi, aku dah siap panaskan pengukus tuh. Senang by the time aku dah siapkan bahan2 semua pengukus pon dah ready.


Siap sudah. Semua bahan2 yang dah dihiris tadi aku masukkan semua sekali dalam loyang. Korang kalau time ni nak susun ikut kreativiti korang, time ni lah nak tunjuk betapa berseni nya jari tuh kan. Macam aku campak je sudah. Siap. Takde masa nak berseni2 bagai.


Bila dah siap tabur semua bahan2 hiris tadi. Aku perah je asam limau kasturi. Tapi make sure korang buang dulu lah biji limau tuh. Kalau nak perah sekali pon boleh. Kalau jenis tak kisah. Cuma kalau kau rasa benda tuh kau rajin nak korek buat je lah kan. Jangan nak malas sangat boleh tak. Hahaha


Haaaa.. lepas tuh aku bubuh air asam jawa. Part ni aku memang suka. Sebab bagi aku asam jawa ni kalau bubuh memang sedap. Dapatlah mak aku hirup kuah dia nanti kan. Oren sunkist tuh aku bubuh sebab nak bagi manis2 buah takde lah terlalu masam nanti. Sedang elok lah rasa dia nanti. Masam-manis.


Last part. Aku taburkan siap2 daun bawang dengan daun sup. Aku suka tabur siap2 sebelom kukus sebab nanti dia akan masak sekali lepas tu bau masakan aku tu akan wangi. Lepas tu aku akan kembang2 hidung bila bau masakan aku sedap ye.. Hahaha. mati lah puji diri sendiri kan.


Time ni aku dah boleh cek periuk kukus aku. Tengok dah mendidih ke belom. Ok. Dah mendidih terus masukkan ikan yang dah ready dengan semua bahan2 tadi. Air aku tak bubuh banyak pon. sikit je. Sebab kukus ni tak yah lama2 sangat. Masa bukak periuk nak cek tuh, jangan lah berangan time ni ye. Salah langkah muka kau rapat dekat periuk mau terstim muka sendiri. Panas kot wap2 yang keluar time kau bukak tuh. Hati2 cik embun yeee...


Masukkan loyang tadi ke dalam pengukus. Tutup rapat2. Aku pon terus gi tidoooo.. Hahaha. Takde lah. kau nak mati g tido. Terbakar rumah nanti woi cik embun. Bomba datang berlumba2 nanti. Dah settle tuh korang boleh la rileks2 tunggu dalam 10-15 minit je. Time ni korang boleh la buat aktiviti ringan such as lari setempat ke atau pumping and so on. Lagi senang cara aku memang buat eksesais jari je. Main Tab. Hahaha.


Tadaaaa... kejut tak? Haaa... tak sampai 1/2 jam dah siap satu resepi simple. Makanan ni memang selalu aku masak khas untuk mak aku je. I love you mak.. ceeeewaaah. Maka siap lah aku punya Resepi Ikan Talapia Merah Masak Stim Limau Asam. Kalau korang sayang kan mak/abah korang yang sakit kencing manis tuh marilah mencuba resepi simple dari aku ini. kesihatan mereka adalah kebahagian kita jugak kan.

Mak aku puji2 masakan aku yang sedap giler ni. Hahaha. Tapi betul ye. Memang mak aku puji aku punya masakan. Thank you mak. Nanti Riza masak kan lagi untuk mak resepi yang sedap ni ye. Hahaha. Nak jugak tambah lagi puji diri sendiri tuh. Aduiii.. Teringat siakap stim Sri Petaling pulak dahhhh..

p/s: Nak tau resepi apa aku masak lagi? Tunggu next entry ok.

Resepi simple dan mesti jadi:
#4-Roast Chicken and Vegetables

You Might Also Like

8 comments

  1. assalam isma,
    sedap3...
    tengok ikan ikan talapia isma teringat kat husband sha...
    semalam p tesco beli stock basah for 1week, temasukla ikan siakap..
    tetiba hubby nampak ikan talapia dia nak jugak tapi sha kata postpond dulu next week sbb stock cukup dah...
    ni tekenang kan keteringinan hubby terhadap ikan talapia ler pulop..he3
    next week konpem kena p beli he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sha,
      huhuhu... jawabnye sha kena pegi beli jugak lah ikan talapia tuh. Nanti kesian husband sha kempunan. Macam husband isma dia suka makan ikan keli. Kalau setiap kali pegi beli stock lauk nampak je ikan keli mesti tanya siap2. Nak ke tidak ikan keli. Tuh la sebab nanti jadi macam sha terkenang kan dia teringin.

      Delete
    2. Thanks admin for the share. I dh try dh recepi u. Menjadi and sedap. I suke. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
    3. Sama-sama. resepi simple mesti jadi dan sedap

      Delete
  2. Replies
    1. yang ni untuk mak, dia ada kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang, so garam tu dah digantikan dengan asam jawa dengan lemon.

      kalau untuk makan sendiri boleh letak. macam biasa. huhuhu

      Delete
  3. Yang sayur sayur tadi tu campur sekali dengan ikan keee? Ke loyang yg asing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur sekali sebelum nak kukus tu. tabur je ke atas ikan tadi dan terus kukus.

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook