Bagaimana Untuk Menurunkan Berat Badan Sebanyak 20kg Dalam Masa 5 bulan?

8:43 pm

Assalamualaikum...

9 Februari 2017

Selamat cuti Thaipusam uolsss! Harini  just nak quick share je dengan korang semua pasal misi 50kg aku. Mostly memang orang tak tau aku sedang dalam misi menurunkan berat badan sehingga mencapai 50kg. Hari ni bukan nak cerita kenapa nak berat badan 50kg, tapi nak cerita macam mana aku monitor berat badan dan mencapai penurunan sebanyak 21.2kg. Mari baca perkongsian aku di bawah ini.

1. Buat target mingguan

Aku, setakat minggu lepas, dah berjaya menurunkan berat sebanyak 21.2kg. Mungkin pada orang lain, 20kg tu angka yang sikit, tapi pada aku angka tu teramat lah bermakna untuk aku. Aku struggle selama 5 bulan untuk menurunkan berat badan sebanyak 21.2kg itu. Untuk pengetahuan korang, aku akan kira progress penurunan berat badan seminggu sekali, dan aku akan timbang pada hari Isnin. Jadi setiap hari Isnin sahaja secara official aku akan update di Instagram weight loss journey aku.

Aku sengaja je mencabar diri sendiri, dengan membuat weekly weigh in. Supaya aku lebih konsisten setiap minggu dan boleh mencapai penurunan berat badan setiap minggu. Aku jadikan Weekly Weigh In sebagai satu exam untuk diri aku yang mesti aku laksanakan walau apa pon terjadi. Aku akan bagi diri aku stress untuk perkara ini. Kenapa? Mari aku ceritakan.

Orang kata, jangan stress sangat dalam weight loss journey ni. Aku juga tidak berapa stress. Tapi aku sengaja letakkan sedikit stress dalam perkara ini, supaya aku boleh tumpukan lebih perhatian terhadap aktiviti mingguan aku ni. Dan aku dah set perkara ni sebagai satu exam untuk aku. Aku set dalam minda bahawasanya, setiap hari Isnin, aku kena submit assignment. Dan Instagram tu macam bilik guru untuk aku submit exam aku tu. Which is Weekly Weigh In tu lah.

Dan secara jujurnya, setiap hari Ahad, aku akan dapat emosi stress tu sedikit sebanyak sebab esoknya adalah hari exam iaitu naik penimbang. Setiap minggu perasaan tu datang dalam diri ye. Bukan perkara main-main. Ini benar-benar serius. Hahaha. Penimbang tu ibarat kertas exam aku lah.

2. Timbang setiap hari 

Jadi, di sini lah terjadinya episod monitor berat badan itu. Untuk pengetahuan korang semua, aku akan timbang berat badan aku setiap hari. "Whattt? Giler? Mana ada orang timbang setiap hari woi!" "Kau jangan timbang setiap hari woi, nanti kau akan frust dengan sendiri nya sebab tengok berat tak turun-turun."

Semua ayat-ayat ni memang aku tak simpan langsung dalam otak. Sebab, bagi akulah ye, kalau aku timbang hari-hari berat badan aku, aku dapat monitor berat badan aku setiap hari dan apa tindakan aku seterusnya untuk mencapai berat badan yang aku inginkan. Dan satu lagi, aku jenis suka makan macam-macam. Mana lagi pulak pegi jalan-jalan cari makan, itu belom lagi bukak youtube tengok orang main masak-masak ajar resepi.

Pendek kata, aku memang kalah dengan makanan. Dan aku kenal siapa diri aku yang lemah dengan makanan ini, jadi kerana itulah aku setkan diri aku supaya wajib naik penimbang setiap pagi sebelom sarapan. Dan aku akan catat semua berat badan aku setiap hari dalam log harian. Dari situ lah aku akan tau berapa banyak aku perlukan untuk menurunkan berat badan sebelom hari Isnin depan tiba.

Alhamdulillah, dengan cara ini, aku berjaya juga menurunkan berat badan sehingga 21.2kg setakat minggu lepas. Tapi, bukan setiap minggu aku akan turun berat badan, ada minggu-minggu yang aku akan naik berat badan sebab memang nafsu makan time tu datang, atau PMS, dan Plateau menjelma. Bila benda-benda macam ni datang, aku memang tak halang. aku biarkan sahaja.

Tapi, aku akan merasa malu bila hari Isnin, berat badan naik, kena update di Instagram (cikgu halusinasi aku. Hahaha). Rasa ditelanjangkan di khalayak ramai depan perhimpunan oleh diri sendiri. Kahkahkah. So, aku akan terus monitor pemakanan aku untuk turunkan berat badan untuk sukses di minggu depan. Dan biasanya, memang berjaya dengan cara ini.

Aku memang dah set target setiap minggu. Mesti turun berat badan sekurang-kurangnya 0.5kg setiap minggu. Kalau terlebih tu suatu bonus untuk aku, dan kalau terkurang turun tu, aku anggap je perkara tu biasa-biasa. Tapi kalau ternaik sampai 1-2kg, aku akan stress dan lebih semangat akan turunkan berat badan untuk minggu depannya pulak.

3. Makan mengikut keperluan kalori setiap hari

Dari segi pemakanan pulak, aku ikut cara paling simple sekali setiap hari. Aku makan ikut pengiraan kalori. Dalam apps yang aku gunakan, untuk weight loss aku ni, aku perlu makan 1200kcal setiap hari. As simple as that. Aku just follow je kiraan kalori tu setiap hari. Terus terang cakap, kalau korang ikut bacaan kalori yang korang patut makan setiap hari untuk weight loss tu, InsyaAllah takde sebarang masalah yang korang akan hadapi sepanjang hari untuk mencapai berat badan yang korang ingini.

Setiap hari Isnin, selepas timbang, aku akan makan apa yang aku teringin sepanjang minggu dalam monitor. Apa je yang aku teringin, aku akan makan pada hari Isnin tu lah. So, esok timbang, sure berat akan bertambah. But, aku ok dengan hal ini. Sebab, hari Isnin akan datang jauh lagi nak timbang. Hahaha. So rilek-rilek dulu sambil makan nasi lemak lauk sotong, atau makan apa-apa je lah.

Tapi, hari berikutnya, aku akan start monitor semula kalori intake aku. Dan aku akan catat dah berapa aku turun berat badan setiap hari. Jadi, kalau aku tengok berat badan dalam 2-4 hari turun banyak, aku takde masalah untuk pegi jalan-jalan cari makan untuk hari ke 5-6 itu. Tapi bila hari Ahad je, aku akan start demam kura-kura sebab hari Isnin datang lagi esok nya kena hantar report ke cikgu (Instagram). Hahaha.

Kalauuuu... berat badan tak turun-turun beberapa hari, aku akan teruskan ikut kiraan kalori yang betul sampai lah aku akan turun berat badan, then aku akan happy sambil gelek-gelek punggung atas penimbang. Dan masa tu lah saka muncul suruh makan macam-macam. Tapi selalunya aku akan dapat lawan perasaan-perasaan nak makan sedap-sedap ni.

4. Minum air putih dengan secukupnya

Satu lagi perkara paling penting yang aku set dalam diri untuk weight loss journey ni adalah dengan meminum air putih dengan cukup. Ini perkara paling aku jaga betul-betul. Setiap jam, aku akan minum 1 gelas air. Dan aku akan minum sebanyak 4Liter air sepanjang hari. Jangka waktu minum dari 7am - 9pm. Sebenarnya air juga lah yang memainkan peranan besar dalam diet kita sehari-hari. Kalau pemalas minum air masak, susah lah sikit nak turun kan berat badan dan nak buang toksin-toksin dalam badan kita ni.

Air manis, aku dah jarang sekali minum sekarang ni. Aku jadikan air putih sebagai habit sehari-hari. Sebanyak mana aku makan atau pelbagai jenis makanan pon aku ambil. aku akan tinggalkan air manis. Aku akan minum air putih je. Walaupon aku  memang teringin dulu-dulu bila tengok air manis, tapi sekarang tidak lagi. Sekali sekala je aku akan makan ice cream atau cendol. Tapi hari-hari memang air putih je aku minum.

5. Bersukan / lakukan aktiviti sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Dan satu lagi, aku akan buat aktiviti yang boleh membakar kalori aku. Sekurang-kurang nya 3 kali seminggu aku akan buat any aktiviti. Samada dalam rumah, atau dekat luar. Paling malas sekali pon, aku akan jalan setempat, atau lari setempat. Senang je nak buat dalam rumah. Dan biasanya aku akan pilih Aerobics sebanyak 30min. Duduk depan notebook dekat ruang tamu je pon sambil tengok tv. Hahaha. Tapi aku prefer walking aktiviti lagi. Just pilih je apa aktiviti yang korang paling selesa, yang nak dibuat walaupon kerana terpaksa untuk melengkapkan aktiviti sukan tu kan. Enjoy yourself je.

Aku pon memang jenis suka berjalan sangat-sangat. Mudme pon tau itu. Walupon dalam mall pon aku akan make sure dapatkan 30,000 steps. atau 500-600kcal burn. Simple je kan. Bukan alasan untuk kita tidak beraktiviti. Cari je apa-apa yang korang selesa. Kalau tahap pemalas datang tiba-tiba, dan tak rasa nak bersukan lansung, atleast dengan aktiviti harian dekat rumah pon aku mampu membakar sebanyak 300-400kcal juga. Tetap set dalam kepala otak kena do something untuk burn kalori itu.

Sehingga hari ini, semangat diri aku masih lagi menebal untuk teruskan weight loss journey ini. Kalau dulu selalu memang hangat-hangat taik ayam. Selalu fail. Semua jenis diet dah cuba dan akan cuba. You name it! Everything yang wujud kalau boleh nak cuba. But then, still fail. Tapi selepas dah tau formula-formula simple yang atas ni. aku lebih selesa, enjoy dan teruskan kehidupan seperti biasa. Dan berat badan masih turun seperti yang aku inginkan.

Apa yang aku selalu sematkan dalam minda selama ini hanya satu je demi mencapai misi aku ni. apa dia?

"YOU HOLD THE POWER IN YOUR HAND TO MAKE ANY CHANGES THAT YOU WANT IN YOUR LIFE"

Dengan ayat ini lah aku terus bertahan sehingga hari ini. Betul. Kita yang mampu mengubah apa-apa pada diri kita sebab kita yang ada kuasa untuk mengubah diri sendiri. Selama 5 bulan, ini lah yang menemani aku punya weight loss journey.

Aku target dalam bulan November tahun ini, aku boleh mencapai berat badan ideal. Kalau capai 50kg tu satu kejayaan yang besar sangat untuk diri aku ini. Tapi, kalau tak dapat mencapai berat 50kg itu pon takpe, aku tak kecewa, Aku akan tetap turun berat badan setiap minggu dan mungkin lebih dari 21.2kg yang aku dapat sekarang ni. Aku hanya akan kecewa kalau di bulan November akan datang nanti, aku masih tak sedar-sedar lagi diri dan masih mengamalkan cara hidup yang lama.

Jadi, apa yang aku share ini, hanya lah untuk berkongsi kepada siapa yang nak tau, dan selebihnya untuk aku simpan sendiri untuk masa akan datang, mana tau aku lupa diri, aku akan jadikan penulisan ini untuk rujukan diri aku sendiri untuk start over kalau dah terlupa diri nanti. Hahaha.

Gambar sekadar hiasan
p/s: hari ni bawak mak jalan-jalan makan punya lah banyak. Huhuhu. Esok akan sambung monitor seperti biasa. Harap-harap Isnin depan ada penurunan berat badan. Byeee.

You Might Also Like

2 comments

  1. Saya sangat suka dengan sharing ni.. Minum air 3-4liter sehari is my enemy right now.. so.. need to paksa minum air putih ni.. chaiyookk!!

    ReplyDelete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook