Resepi Simple Dan Mesti Jadi #8: Spicy Stuffed Cucumber Kimchi / Oisobagi Kimchi / Kimchi Timun Sumbat

10:59 am

Assalamualaikum...

17 Februari 2017

Bersambung lagi siri resepi kimchi pada hari ni. Semalam dan kelmarin, aku ada share kan resepi Chive Kimchi / Buchu-kimchi / Kimchi KucaiNapa Cabbage Kimchi / Tongbaechu-kimchi / Kimchi Kobis Napa . So korang boleh refer di link tersebut kalau teringin nak belajar cara-cara buat kimchi tu ye. Kali ni aku nak share resepi Spicy Stuffed Cucumber Kimchi (Oisobagi).

Spicy Stuffed Cucumber Kimchi / Oisobagi Kimchi

Spicy Stuffed Cucumber Kimchi (Oisobagi Kimchi)
Bahan-bahan:
1kg Timun
2 Sudu Besar Garam
1 Cawan Kucai (dipotong 1/2 inci panjang)
1 Cawan Bawang Besar (dihiris halus)
1 Cawan Lobak Merah (dipotong saiz batang mancis)
4 Ulas Bawang Putih (dicincang halus)
1/2 Cawan Pepper Flakes
3 Sudu Besar Sos Ikan
1 Sudu Besar Gula
1/4 Air Putih
1 Sudu Kecil Bijan Bakar

Cara-caranya:
1. Potongkan timun seperti belah dua tapi tidak putus. Dari hujung timun, tinggalkan 1/2 inci supaya tidak putus. Buat langkah yang sama di sebelah bekalang timun. Timun yang dipotong tidak akan putus kerana telah telah tinggalkan 1/2 inci ruang dari hujung timun. Setelah dibelah, timun kelihatan seperti ada poket dan akan menjadi belah empat tanpa putus. Ulang langkah ini kepada semua timun

Notes:
Jika mengunakan timun yang besar, belah dua di tengah-tengah bahagi kepada dua bahagia seperti gambar di atas. Jika mengunakan timun yang kecil, tidak perlu dibelah dua.

Timun harus diterbalikkan setiap 5 minit untuk memastikan garam bercampur dengan semua timun yang telah dipotong tadi. Ulang sebanyak 4 kali setiap 5 minit. Jangan gaul dengan kuat kerana ia akan mengakibatkan timun lebam. Gaul secara perlahan-lahan sahaja sehingga semua sebati.

Kemudian bilas kesemua timun tadi untuk menghilangkan lebihan garam yang melekat di celah-celah timun. Basuh bersih sebanyak 3 kali.

2. Ambil garam, dan ratakan pada keseluruhan timun dan di celah-celah timun yang telah dipotong tadi di dalam dan luar sehingga sebati. Letakkan di dalam besen dan ketepikan.

3. Di dalam bekas yang lain, campurkan kucai, bawang besar, lobak merah dan bawang putih yang telah siap dipotong tadi. Campurkan bersama pepper flakes, gula, air dan sos ikan ke dalam mangkuk ini. Gaul semua bahan-bahan ini sehingga sebati. Akhir sekali masukkan bijan bakar ke dalam adunan dan gaul sekali lagi sehingga rata.

4. Sumbatkan paste yang sudah digaul rata tadi ke dalam timun dan sapu rata juga di luar timur agar sebati dengan paste. Ulang langkah ini kepada semua timun.

5. Masukkan kimchi timun yang telah siap digaul tadi ke dalam bekas kedap udara.

6. Kimchi boleh juga terus dimakan ataupun dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda inginkan kimchi timun anda berasa masam, letakkan kimchi timun anda di luar peti ais dalam suhu bilik untuk beberapa hari. Anda akan dapat lihat dan rasa hasilnya sedikit masam. Tapi, makan selepas siap juga sedap. Selamat mencuba.

Boleh refer kepada link di bawah kalau teringin nak bagi air liur korang kecor tengok Spicy Stuffed Cucumber Kimchi / Oisobagi Kimchi / Kimchi Timun Sumbat. Hahaha. Ok byeee!

Spicy Stuffed Cucumber Kimchi / Oisobagi Kimchi / Kimchi Timun Sumbat

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook