Mee Tarik Orient Palace @ Medan Idaman, Kuala Lumpur
3:52 pmAssalamualaikum...
7 Februari 2017
Hai. Hari ni sekali lagi, aku nak share dengan korang satu tempat makan menarik di sekitar Kuala Lumpur ni. Tempat ni aku pegi tahun lepas. Hahaha. Baru nak share harini.
Akibat kerinduan dan tidak tertahan teringin kepada makan mee tarik dekat Guangzhou, aku pon paksa diri pegi masuk ke kedai Mee Tarik Orient Palace ni. Bukan tak suka makanan chinese muslim dekat sini. cuma dah biasa rasa, ada je kedai yang masak tak berapa sedap. Biasa-biasa aje. Sebab dah pernah rasa yang asli dari negara China tu, bila makan dekat sini yang kurang sedap. Mula lah aku naik hangin. Hahaha.
Sebenarnya dah banyak kali lalu depan kedai ni, cuma tak berani nak masuk, takut-takut tahap kekecewaan dia terlalu tinggi. Macam biasa, nak pegi makan dekat mamak Haji Tapah dekat Batu 5 Gombak tu. Selalu lepak-lepak nak makan tosai dekat situ. Kedai Mee Tarik Orient ni sederet dengan Ong Tai Kim Gombak jugak.
Lukisan di dinding restoran |
Dalam kedai dia ni sejuk yang amat, Ekon kuat sungguh. Kalau datang malam-malam memang beku la sapa yang tak tahan sejuk tu. Macam fefeeling makan mee tarik panas-panas time musim sejuk. Aduihaiii rindu pulak kenangan masa dekat China dulu. Rasa nak pegi lagi ke sana.
Area kaunter |
Teh bunga |
Drinks corner |
Gambar menu-menu di dinding |
Menu @ Mee Tarik Orient Palace |
Banyak lagi pilihan di bahagian belakang |
Aku order apa? Banyak yang aku teringin dalam menu, tapi disebabkan Mudme dia tak berapa suka makan makanan mee berkuah-kuah sangat ni, so aku makan apa yang termampu dimasukkan ke dalam perut aku aje lah. Jom tengok apa yang aku order dekat restoran mee tarik ni.
Pesanan sudah sampai |
Beef Noodles Soup (RM7) |
Chili flakes |
Lagi satu nak bagi tau, kalau nak makan mee tarik ni, kena makan bersama dengan chili flakes ni. Rasa dia tak masin langsung. Hanya rasa lada tuh je. Aku memang kalau dapat yang ni, kena sebotol penuh, dan tak reti nak makan sikit-sikit. selagi tak merah kuah mee tu, selagi tu aku akan bubuh banyak-banyak. Tapi lepas tu, mulut bengkak sendiri sebab kepedasan. Huhuhu. Dah la kepedasan, campur dengan panas. Memang terbaik lah mulut kembang. Hahaha.
Masa sampai, je semerbak bau harum sup dan daging dia tu. Walaupon masa sampai rasa macam tak cukup, sebab lapar kan, tapi bila dah makan, jenuh jugak nak perabis satu mangkuk ni. Dah la sedap, panas pulak tu. Tapi tak terasa sangat nak makan kena bertiup-tiup bagai sebab panas tu, sebab ekon atas kepala bukan main kuat lagi. Hirisan daging dia yang nipis tu just nice portion nya. Layan je makan dekat sini.
Dumplings (RM9) |
Needle Mushroom (RM5) |
Lamb Kebab (RM3 each) |
Rempah dia memang special lah. Tak sama macam satay kita makan dekat sini. Lepas tu dia guna macam batang besi yang tajam. Pastu panjang sikit batang besi dia tu. Memang masak panas-panas kalau ada orang order. Daging dia pon lembut tak liat. Makan pon puas. Aku order 6 batang satay kambing kebab ni. Aku makan 3, untuk Mudme 3 ketoi. Haaa.. baru lah puas. Kalau ikutkan nak order banyak, tapi disebabkan seketol RM3, terus aku batalkan niat. Dekat Guangzhou sebatang RM1.5 je.
Rasa satay ni agak pedas-pedas lada sikit. So kalau siapa yang suka makan pedas tu memang sesuai lah taste korang dengan satay ni. Dah la sedap, besar pulak tu, puas makan tak tipu. Daging dia pon takde liat-liat. Just nice.
Puas makan |
Pada aku, atleast ada kesamaan sikit pon dah mencukupi. Yang aku rasa kedai lain tu, tak sedap langsung, ini kan pulak nak rasa dekat sama. Memang jauh sekali lah. Tapi, nasib baik ada Mee Tarik Orient Palace ni mengubat luka kecil makanan tak sedap dekat kedai mee tarik yang aku rasa tu.
So, korang kalau teringin makanan chinese muslim mee tarik tu, sila-sila lah rajinkan diri pergi ke tempat ni dan rasai sendiri makanan dia dekat sana ye. Walaubagaimanapun, tekak korang dengan aku memang tak sama. Taste pon berlainan kan. Kalau tak sedap korang rasa tu, nasib lah. Bukan salah aku ye. Hahaha. Kalau sedap bagitau orang lain yang sama-sama minat makanan chinese muslim ni.
p/s: Teringat time setiap malam menyusuri sepanjang jalan di pearl river di Guangzhou sambil kesejukan tak sabar nak makan satay kambing yang di jual di kaki lima sungai tu dari mamat berasal dari Xinjiang, China.
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..