Hayaki @ Platinum Walk Danau Kota, Kuala Lumpur

8:43 pm

Assalamualaikum...

10 Februari 2017

Untuk warga Setapak, kalau tak tau nak makan di mana, boleh singgah ke Hayaki Kopitiam ini. Lokasi nya terletak di Platinum Walk, Danau Kota. Restoran ini menjamu pengunjung dengan masakan negeri Kelantan. Kalau pada yang suka dan rindukan masakan kelantan, boleh singgah di sini dan cuba sendiri. Kedai makan ini buka 24 jam tau. Haaa... so korang just pilih je waktu yang sesuai untuk datang berkunjung dekat sini.

Dekat Hayaki ni, terdapat pelbagai jenis menu yang berasaskan nasi. Ada nasi dagang, nasi kerabu, nasi ulam, nasi kukus, nasi lemak, nasi lauk. Haiii... banyak lah. dah lah tu, boleh makan pada bila-bila waktu sahaja yang korang nak.

Tapi, bukan masakan negeri Kelantan je ada dekat sini, makanan western pon ada jugak. Tak percaya? Korang boleh tengok gambar dekat bawah ni.

Qhah semanga pilih makanan. Banyak sangat pilihan sampai tak tau nak pilih yang mana
Sekali sekala bawak jalan-jalan cari makan. Belanja makan sebab tolong teman MAK
Hayaki Chicken Chop (RM11.90)
Chicken Chop Rice (RM11.90)
Kuey Teow Kari (RM8.30)
Kalau tak minat nak makan nasi, just nak makan yang berkuah-kuah, jangan risau, dekat Hayaki ni pon ada menu yang kuah-kuah ok. Kuey Teow Kari ni memang marbelesss... pilihan mee pon pelbagai, boleh pilih mee, bihun atau kuey teow macam aku ni. Almaklum lah, peminat kuey teow. Makanan ni memang kena dengan tekak aku. Selain pada tu, ada jugak tomyam dan juga sup.
Pulut Mango (RM6.10), Hot Lemon Tea (RM3.10), Iced Teh-O (RM3.10)
Haaa... kepada pengemar pulut manga tu, sini pon ada juga ye. So kalau dah sampai sini, jangan lepaskan peluang untuk merasa sendiri pulut mangga ni. Portion dia just nice je. Sesuai untuk pencuci mulut lepas makan berat-berat.
Kuih Malas (RM4.90)
Kuih Malas? Hahaha, obviously ini cekodok lah kan. Tapi apa yang buat dia rasa lain, sos yang dia gunakan tu lain sikit. Ada rasa manis-manis sikit, cuma dia agak berminyak sikit, dan rasa nak kenyang cepat tu ada lah. Tapi still sedap. Yang ni pon boleh order buat kudap-kudap sementara tunggu makanan utama sampai.
Licin makan. Walaupon dah kenyang sebelum tu
Sedapnya pulut mango tu. Teringat-ingat sampai sekarang
Tempat ni kena datang cuba atleast sekali. Nanti dah cuba, mesti datang berkali-kali lagi. Ttthehehe.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook