Keindahan Pemandangan & Brisk Walking Di Taman Tasik Metropolitan @ Kepong, KL
10:33 amAssalamualaikum...
20 Februari 2017
Selamat Pagi Isnin semuanya. Hari ini semua orang dah masuk kerja. So aku ucapkan selamat melakukan kerja dengan semangat dan ikhlas.
Ok, just nak share aktiviti hari Sabtu lepas ni, aku berkesempatan ke Taman Tasik Metropolitan yang terletak dekat Kepong, KL. Dah banyak kali nak pegi sini. Tapi tak tersampai-sampai. So hari Sabtu pagi tu pon macam jadi tak jadi je nak pegi asalnya. Tu yang last-last sampai sana pon dah dekat pukul 9am.
Cuaca pagi tu bila dah pukul 9am memang agak panas lah sikit. Kami parking dekat gate satu lagi yang ke depan sikit. Sebab gate yang mula-mula tu agak pack sampai ke tepi jalan orang parking. Mula-mula dah parking tepi jalan, tapi terpikirkan keselamatan kereta sendiri dan kesalamatan kereta yang laju-laju lalu dekat jalan besar tu, so kami pon ambil keputusan parking je dekat pintu satu lag yang ke depan sikit tu.
First time sampai, blur tak tau nak lalu dekat bahagian mana dulu. Banyak sangat laluan dia, ada perasan laluan track, tapi nampak orang ada yang tak ikut laluan tu. So last-last kami ikut je laluan track tu.
Mak datuk... punyalah besar tasik ni oiii... kalau siapa yang hati kaca tu, memang berkaca-kaca lah nak abiskan pusingan tasik ni. Tapi nasiblah aku ni hanya brisk walking sahaja. Kalau yang lari tu, mesti penuh tabah berlari. Huhuhu.
Aktiviti brisk walking macam biasa, apa lagi kalau tak jalan-jalan dan terus jalan kan. Itu je lah pon. So, kali ni aku just memilih untuk speedy brisk walk. Jauh Mudme kena tinggal. Katanya puas kejar, jalan laju pon tak dapat kejar I. Hahaha.
Tapi, yang aku nak cerita dekat sini, adalah keindahan pemandangan dekat Taman Tasik Metropolitan ni. Aku tak pasti lah orang lain yang datang sini, perasan atau tidak akan keindahan persekitaran taman tasik metropolitan ni. Bagi aku, memang awesome pemandangan dekat sini. Kena pulak pagi tu langit sangat biru. Memang auuummmm sangat.
Disebabkan aku busy dengan aktiviti brisk walking, so Mudme je yang ambil gambar pemandangan dekat situ. Dia cakap, banyak tempat cantik-cantik dekat situ. Yang sayang nya takde subject yang dia nak dalam gambar. Sebab subject dah jalan jauh ke depan kan. Aku cakap takpe, nanti kita datang lagi, aku jadi subject setiap gambar. Hahaha.
Sebenarnya, ada banyak spot dekat taman tasik ni, bila aku lalu, aku teringatkan seorang kawan yang telah pon menghadap Allah. Sebab masa dia kawin dulu, aku dengan Mudme yang shoot wedding dia. So bila outdoor, kami bawak dia shoot dekat sini. Setaip kali menyusuri beberapa spot, aku terus teringatkan dia.
Tetiba hati sayu. Tapi dalam banyak-banyak spot yang aku lalu. Satu spot je aku berhenti sendiri ambil gambar. Sebab itu spot pertama yang aku nampak dan terus teringat dekat dia. Lepas tu aku terus berlalu dan teruskan aktiviti brisk walking.
Ok jom aku share kan sikit gambar-gambar yang Mudme ambil dekat taman tasik metropolitan tu kelmarin.
Deck di Taman Tasik Metropolitan Kepong |
Ok, next jom kita tengok lagi gambar-gambar yang ada. Kita cuci-cuci mata je lah sebab memang takde sekeping pon gambar aku dekat sini. Kita tengok pemandangan sahaja lah ye. Mariii...
Langit biru hoiii |
Tenang mata memandang |
Gambar ni yang aku terpaling suka sekali. Dengan langit birunya |
Tempat ni walaupon orang ramai gila, tapi disebabkan tempat yang luas, tak nampak kesesakan dekat sini. Ada beberapa spot keluarga berkumpul dekat situ ada banyak aktiviti yang kanak-kanak boleh lakukan. Main layang-layang and so on.
Untuk orang yang melakukan aktiviti fitness, track dia agak mencabar jugak. Sebab berbukit-bukit. Tapi aku tengok adik-adik team bola sepak steady je walaupon ada yang pancit jugak naik bukit. Aku? I steady je naik bukit sebab jalan kan. Hahaha. Walaupon tertonggek-tonggek sikit.
Tempat ni memang sesuai buat aktiviti berkumpul dengan keluarga. Ada beberapa kawasan yang redup ditutupi pokok-pokok walaupon cuaca agak panas. Kalau nak sejuk-sejuk, boleh la duduk dekat atas bukit sana nun dekat menara tinjau. Selesa dan berangin jugak.
Next time nak pegi lagi tapi nak jadi subject je dalam gambar boleh? Hahaha. Ok byeee.
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..