Brisk Walking Di Taman Rekreasi Lembah Kiara @ TTDI, KL
5:50 pmAssalamualaikum...
5 Februari 2017
Happy Sunday uolls! Hari ni just nak share aktiviti yang aku buat semalam. Pagi Sabtu semalam, aku dengan Mudme sempat jalan-jalan dekat Taman Rekreasi Lembah Kiara yang terletak dekat TTDI, KL. Dari Wangsa Maju ke sana amik masa dalam 28 minit je. Naik DUKE.
Keluar dari rumah dalam pukul 8am macam tu, dalam pukul 8.30am kami dah sampai. Memang niat pon just nak jalan-jalan je makan angin. Sekarang ni kalau nak suruh bersukan je jadi malas-malas sikit. Tapi kalau suruh walk see - walk see aku memang laju je. Tak kisah la dalam bangunan atau di luar bangunan. Yang penting ada aktiviti walking, dah ok dah.
Mudme yang nak bawak aku ke tempat ni. Bila ditanya nak bawak ke mana? dia cakap surprise. Dari minggu lepas dia cakap nak bawak ke sini. Tapi semalam lepas solat subuh aku tanya jom hari ni (semalam lah tu) bawak aku ke tempat surprise itu. Dia pon kata ok jom lah. Aku pon terus mandi dan siap.
Tapi dah dapat agak dah bila naik DUKE menghala ke Damansara tu, Sure nak ke area TTDI. Tapi tak kisah asalkan dapat walk see - walk see. Aku mana-mana pon tak kisah. Aku happy je. Huhuhu. Katanya, kalau lambat sikit parking takde. Orang ramai dekat area situ. Tapi alhamdulillah masa sampai ada je banyak parking kosong.
First time sampai, macam teruja sikit. Keluar dari kereta, rasa macam tenang je area situ. Mungkin sebab dekat kawasan kediaman Elite lah jugak. Maksudnya orang hado-hado, so ketenangan dia pon lain macam sikit. Kawasan taman rekreasi ni pon berpagar. Dekat luar-luar pagar bersusun orang meniaga makanan pagi-pagi. Elok lah sangat. Sesuai lepas riadah, boleh tapau makanan.
Masuk dalam, seronok tengok orang ramai. Tapi walaupon ramai, takde lah sesak macam dekat Titiwangsa tu. Lemas oiii kalau dekat Titiwangsa, nak jogging pon tak senang. Lemas perut hakak. Dekat Taman Lembah Kiara ni syok, banyak aku perati aktiviti keluarga dan kelas-kelas fitness buat dekat sini. Kalau nak buat gathering pon sesuai.
Kawasan ni dia dua dalam satu. Hutan macam FRIM, dan macam Tasik Titiwangsa, untuk orang santai-santai berkelah bersama keluarga. Kawasan luas, so masing-masing boleh carik port mana nak duduk tenang-tenang tak perlu bersesak-sesak. Dekat sini konsider green area atau space la. Memang layan. Banyak juga foreigner bersukan dekat sini dan beriadah bersama keluarga. Very nice.
Aku? Macam biasa acah-acah fitness, hahaha. Jalan-jalan pusing taman. Banyak laluan. Nak hiking pon boleh. Nak naik jambatan pon boleh, nak pusing tasik pon bisa. Nak bagi makan monyet pon boleh.
Nak main dengan burung Merpati pon bisa. Pilih aje lah apa aktiviti yang sesuai dengan korang dekat sini. Nak makan nasi lemak sambil dengar lagu keroncong pon boleh. No hal lah! Memang kawasan yang sesuai masuk dalam weekend getaway untuk orang sekitar kuala lumpur, petaling jaya dan lain-lain.
Burung Merpati |
Jambatan gantung |
Jalan slow-slow |
Hati-hati cuolss! |
Beri laluan |
Takut-takut nanti yang berat 30kg tengah-tengah selfie acah-acah sweet sedar-sedar tudung terbang bersama badan ke bawah sana nun. Hahaha. Terus dapat gambar paling win. I cannot think about it! Kah kah kah.
Posing lah satu kali |
Baik kan? Bertimbang rasa kan? Padahal takut nanti tengah posing-posing takut tudung terbang bersama badan ke bawah sana nunnnn.. Hahaha. I is cemas hokey. Kena orang berlari pecut 100m dekat sini. Aku, kau rasa-rasa sweet lagi tak senyum macam ni? ke SAWIT je? Kih kih kih.
Bawah sana? Jatuh? No wayyy. I dah pegang kuat-kuat ni hokey. |
Baju rasmi... |
Memang ada satu lagi kaler kelabu, tapi lengan pendek, kena pakai bersama dengan stokin tangan. Yang tu bukan tak suka, tapi lebih prefer pakai yang ni, sekali sarung je dah settle. Takpe jangan risau, aku akan tukar-tukar tudung untuk bagi nampak lain sikit jerrr.. ok? Kasik can lah, ini pon baru muat sarung setelah bertahun-tahun ada dalam almari.
Posing lagi |
Tapi serious, pemandangan dekat sini memang cantik, suasana redup, walaupon matahari dah mencanak atas kepala. Tapi sebab pokok besar gajah dekat sini, so redup-redup je dekat situ. Nak berkelah kat area sini pon best jugak. Atau baring-baring sambil makan epal.
Cantik pemandangan area sini |
Tapi jangan lah kalau kawan korang tengah berlari pecut, kau suruh ambil gambar, kau rasa kau ada lagi ke dalam friendlist facebook dia? Hahaha. Aku paling beruntung lah, sebab Mudme pon suka je tolong ambilkan gambar untuk aku. Dekat sini pon dia suruh aku berhenti ambil gambar, sebab dia cakap area sini cantik. Tak payah welfie. Gambar aku sorang je dah memadai. Wakakaka. Kau hado bini cengini.
Lighting pon menarik sangat time ni. |
Nampak tu. Hutan yang disimbahi sinaran matahari. Tenang sangat rasanya berada dekat sini. |
Kawasan tanah lapang |
Ada jugak dekat area hujung-hujung sebelah kiri, kelas kickboxing tengah buat latihan. Syok je tengok. Variety jenis sukan ada dekat sini. Semua warna kulit ada. Rakyat Malaysia, atau pon orang dari luar negara semua enjoy dengan aktiviti masing-masing.
Kolam area |
Keliling kolam pon view cantik-cantik. Ramai orang pilih area sini juga untuk brisk walk, running dan jogging |
Taman yang tidak sesak dengan lautan manusia. Chill je dekat sini |
Another track area |
Bersemangat waja di situ |
Yeay! Yeay! Yeay! |
Tapi, kalau dah rajin nak setup-setup makanan minuman dan segala jenis sampah sarap, jangan tak reti-reti kemas semula ye. Huhuhu. Deck macam ni ada 3 je. Tapi masa aku sampai sini, takde satu pon yang digunakan. Masing-masing sebok berlari bakar kalori, takde pulak yang load kalori dekat sini. Huhuhu.
Melawat kawasan |
Laluan anak sungai |
Tak payah bawak anak-anak mandi sungai takut arus deras bagai. Bawak sini pon seronok bawak perkakas buat istana. Huhuhu. Meriah sungguh. Dekat depan ni ada je parent bawak anak-anak mandi. Yang belakang sana jauh sikit budak-budak mandi sambil tangkap ikan. Sila lah bawak anak-anak datang sini. Nak pakai bikini pon boleh. Tapi anak-anak bukan mak-mak pulak yang pakai bikini.
Panjang anak sungai |
Selfie dengan si jantung hati. Nasib Mudme rajin ambil gambar untuk wife dia ni. Huhuhu. Penuh Henpon dia dengan gambar untuk aku buat blog je |
Tak tenang lagi tempat ni? Nampak tu? Rileks je baring-baring sunbathing. Hahaha |
Soya Bean Milk @ Jenny Hong |
Very rekemen woiiiihhh! |
Last sekali, sebelom balik, aku singgah dekat Jenny Hong Soya Bean Milk ni. Mabeles! mabeles! mabeles! Huhuhu. Korang kalau tetiba muncul dekat Taman Rekreasi Lembah Kiara di TTDI ni, jangan lepaskan peluang untuk merasa air soya bean milk ni ye.
Sangat sedap. Boleh pilih nak gula putih atau gula melaka. Aku yang acah-acah fitness ni mesti lah memilih gula melaka. Mana boleh tahan tengok kepekatan gula melaka nya ituwww... Dekat luar pagar taman rekreasi ni, ada ramai orang meniaga macam-macam jenis makanan.
Salah satu daripada nya lori soya bean ni, bebetul tepi pagar. Tepi dia ada aweks jual nasik lemak. Siap berlauk bagai. Berkontena-kontena lauk ada dekat situ. Maksudnya banyak pilihan lauk la. Sebelah awek tu pulak ada brader jual Bagels.
Jangan tak tau. Brader tu jual yang wholemeal okehh. Berkhasiat uolsss. Pandai abang tu tarik pelanggan dia. Dah yang datang mostly semua kaki fitness kan. Ye dak. Masa sampai pagi tu, penuh lagi trolley cart brader tu, dah balik, tinggal sikit-sikit je.
Licin yang lain-lain tuh. Scones pon ada. Guna tepung wholemeal juga. Ada jugak orang jual buah nenas yang belom potong, sebijik still pakai crown lagi nenas tu. Hahaha. dan juga pau cendawan.
Yang lain-lain aku tak perasan pulak. Sebab dah lapar nak pegi carik makan pulak. Walaupon baru pukul 10am, dah lapar tak sabar nak makan-makan. Bersukan lah katakan. Wakakaka.
walk see- walk see |
BBQ Beef Ribs with Potato Wedges (RM33.90) |
OK.. Fine. terus terorder. Huhuhu. Salahkan kuuUUUUuuuUUu... jangan salahkan kUUuuuuuUuuuUUUUUuuu.... Lantakkk! Dah belasah wedges baru teringat ambik gambar.
Swedish Meatballs Beef (RM18 / 20pcs) |
Wajah kesayangan Mudme. Hahaha |
Senak perut nak habiskan. Tapi puas hati. Terlupa sekejap apa itu WEIGHT LOSS. Bahaha. Tengah ada ni, lebih baik peminat Ribs IKEA ni pegi serbu cepat ye. Kalau dia dah jadi chipsmore semula, korang tunggu nanti-nanti pulak baru ada.
P/s: Makan-makan jugak. Esok Isnin woiii seram nak naik penimbang!
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..