Mesti Korang Tak Nak lagi Main Layang-layang Lepas Tengok Movie The Kite Runner...

10:00 am

Assalamualaikum...

Aku tak tau nak start dari mana. Cerita ni yang paling meninggalkan kesan dalam  hati aku. Setiap kali aku nak update pasal cerita ni mesti tak jadi. Sebab Rasa sedih sangat-sangat bila teringat pasal cerita ni. The Kite Runner. Itulah tajuk yang masih lagi meninggalkan kesan dalam diri aku sampai sekarang ni.

The kite Runner | 2007
Pict credit: Google.com
Movie ni dah lama. Ditayangkan pada tahun 2007. Masa tu aku ingat lagi tengok cerita ni dekat wayang. Beli popcorn jumbo siap air. Tak sabar nak tengok cerita ni pada mulanya. Tapi bila cerita dah start, terus aku tak lalu dah nak makan popcorn. Sebab asik nak nangis je. Huwaaaa. I is sedeyyy. Kepada yang masih belum tau, aku memang mengemarkan cerita-cerita yang diadaptasi dari kisah-kisah benar. Movie ni genre dia lebih kepada drama. Siapa yang kuat drama dan suka cerita drama memang sesuai lah tengok cerita ni. Hahaha.

Cerita ni berkisarkan tentang kehidupan di Afghanistan. Masa zaman huru-hara. Time tu waktu kejatuhan zaman Monarki dan waktu kebangkitan Rejim Taliban. Cerita ni berkisarkan tentang dua orang budak, Amir seorang anak orang kaya yang berkawan baik dengan seorang budak yang bernama Hassan. Hassan ni dia anak orang gaji kepada bapa si Amir. Diorang menetap dekat daerah Kabul.
Hassan & Amir
Pict credit: Google.com
Cinematography pon cantik jugak dalam movie ni
Pict credit: Google.com
Dalam cerita ni, sambil kita dapat tengok kisah kehidupan diorang berdua, kita boleh tengok jugak budaya orang Afghanistan, sejarah politik diorang yang menarik dan juga ada yang agak buat aku terkejut jugak lah. Tema cerita ni  lebih kepada kekeluargaan, persahabatan dan pasal nilai-nilai kemanusiaan. Cerita ni dia agak berat sikit membuatkan kepada si hati kaca rasa dada bagai nak meletup. Sebab cerita ni memang sangat menyayat hati ok. Huhuhu.

Hassan, anak orang gaji ni dia suka sangat main layang-layang. Dan pada masa yang sama, perasaan dia terhadap kawan baik dia Amir pon sangat kuat. orang cakap brotherhood lah. Hassan selalu teman Amir main layang-layang. Kalau Amir kena buli nanti Hassan yang akan backup dia. Walaupon bergaduh dia sanggup.

Hassan selalu bersama dengan Amir
Pict credit: Google.com
Demi sahabat sanggup lakukan apa sahaja
Pict credit: Google.com
Gambar kat atas ni time pertandingan layang-layang. Amir menang. Tapi lepas tu Amir punya layang-layang terputus tali. Hassan lari pegi kejar nak dapatkan balik layang-layang kawan baik dia tuh. Memang nampak syahdu je time ni. Dengan latar belakang lagu yang best. Memang buat kau rasa seronok tengok cerita nih. Betapa hebat erti persahabatan yang Hassan tunjukkan kepada Amir.
Sahabat yang tak dapat dipisahkan
Pict credit: Google.com
Tapi suatu hari sesuatu yang sangat tak best dah terjadi dekat Hassan. Atas kejadian itu, Amir rasa sangat bersalah sampaikan dia tak nak lagi berkawan dengan Hassan dan berjauhan dengan Hassan. Walaupon Hassan cakap bukan salah Amir. Sebab atas perkara itu, Amir telah menjadikan ayah Hassan sebagai seorang pencuri di rumah dia. Dan keluarga Hassan di halau keluar dari rumah besar Amir.

Ali, ayah Hassan dihalau keluar dari rumah bapa Amir
Amir rasa bersalah terhada Hassan
Pict credit: Google.com
Serius time tuh aku menangis beria-ria. Sedih gile kot. Sebab dari mula semuanya indah belaka. Hahaha. Aduii. Lepas pada tuh, hubungan diorang terus terputus sebab time tu zaman  kejatuhan dan perang kan dekat Afghanistan, jadi diorang terus terpisah. Sampai lah masing-masing dah dewasa dan berkahwin.


Aku memang kalau boleh nak cerita sampai habis cerita ni. Tapi aku nak korang tengok sendiri cerita ni. Memang tak rugi ok. Cuma apa yang aku nak bagitau pasal cerita ni. Bila dah besar, Amir ingin menebus kembali kesalahan dia terhadap Hassan masa kecil dulu dan tengoklah betapa sedihnya cerita ni sampai lah akhir.

Please... please.. please tengok cerita ni ye. Marilah sama-sama merasai apa yang aku rasa terhadap cerita ni over the past 8 years. Huhuhuhu.

p/s: Ada satu lagi cerita yang aku nak share dengan korang. Tengok bila free nanti ok.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook