Persediaan yang perlu diuruskan untuk ke Macau-Hong Kong-Shenzhen-Guangzhou-Macau - Part 3 (Online Tickets)

10:03 am

Assalamualaikum...

Sekarang tiba lah masanya aku nak share pulak dengan korang persediaan seterusnya tentang China ni ye. Macam biasa sebelum aku teruskan, aku share kan dekat sini Part 1 (Booking Hotel) & Part 2 (Permohonan Visa Ke China). Manalah tau ada yang nak cek balik cerita aku yang lepas tentang persediaan ke China ni kan.

Sebelum nak pegi ke China, aku dah google banyak aktiviti yang boleh aku buat sepanjang berada dekat China nanti. Jadi untuk merialisasikan impian aku untuk melawat tempat-tempat yang kebanyakan orang kategorikan sebagai "must go", aku awal-awal dah booking beberapa entrance tiket sebagai langkah berjaga-jaga. Berjaga dari apa tuh? Berjaga daripada frust kalau-kalau terbelanja lebih dekat sana lalu aku tak merasa nak pergi tempat-tempat yang agak best. Hahaha. Dan juga berjaga-jaga daripada kena beratur panjang bila sampai di tempat-tempat yang aku nak melawat tuh. Biasanya apa yang aku baca dari blog-blog orang, kebanyakan tempat yang kita nak melawat di semua tempat pelancongan mesti kena beratur panjang kalau nak masuk. Yang itu aku tak suka ye. Kalau boleh elakkan dari awal, lebih baik lah pilih cara itu ye.

Kalau korang nak pegi bercuti, korang secara automatiknye akan menjadi rajin seperti aku ini. Rajin ape? Rajin nak google segala website yang ada menawarkan tiket online untuk tempat-tempat yang menarik untuk dilawati nanti di China. Bukan main beria-ria aku google sana sini untuk dapatkan harga yang paling berbaloi untuk kami. Aku suka baca blog orang dulu, then kalau ada orang yang share dekat mana diorang beli tiket tuh, baru lah aku refer. Aku malas nak carik satu-satu website yang sesuai. Kita ni kena bijak sikit. Jangan buang masa carik terus. Kalau boleh refer dulu dekat blog-blog yang ada bagi suggestion yang baik. Sebab diorang dah guna perkhidmatan agen jualan tiket ni. So pasti la pengalaman diorang yang kita nak refer.

Dalam banyak-banyak yang bagi suggestion, aku secara teruja telah memilih satu agency ni. Sebab dia punya website memang banyak tempat yang ada dalam list yang aku dah sediakan. Walaupon tak semua aku pilih dari website agency tu, Tapi apa yang aku berangan dan teringin nak pegi semua ada dalam website dia. So tanpa membuang masa aku terus pilih website agency tu.

Website Star Moon Vacation bahagian ticketing
Dalam website ni ada tawarkan macam-macam tiket entrance. Samada untuk di Hong Kong ataupon Macau. Aku memang teruja tengok website ni. Sebab banyak sangat pilihan. Kalau korang tengok dekat website dia  nanti boleh nampak ada ticket untuk Disneyland Hong Kong, Madame Tussauds Hong Kong, Macau Tower, Ngong ping 360, dan macam-macam lagi lah. Korang tinggal pilih je tiket mana yang korang nak.
Borang yang perlu diisi jika berminat untuk beli tiket melalui website
Haaa... bila korang dah tau ticket apa yang korang nak beli, dan ready nak buat booking, dalam website tu, korang just scroll je sampai bawah nanti korang akan nampak borang macam yang aku tunjuk dekat atas tu. Dia dah sediakan template untuk korang isi borang. Memang senang. Aku rasa ini paling friendly lah borang dia. Kalau ada dari list dia tuh korang tak berminat just delete je. Tinggalkan apa yang korang nak dan tambah apa-apa soalan yang korang nak tanya dekat dia. Korang just bagitau berapa tiket dewasa dan kanak-kanak yang korang perlukan ok.

Nanti bila dah submit borang untuk booking, dia akan email balik dan bgtau samada tiket yang korang mintak tu ada atau tidak. Urusan waktu bekerja sahaja ye. Kalau korang hantar borang tu malam maknanya esok lah baru dia jawab. Diharap dapat bersabar ye. Hahaha. Cuma aku nak bagitau, kalau korang nak buat booking tuh, sekurang-kurangnya 7 hari sebelum berangkat adalah waktu paling akhir yang korang boleh buat booking. Kalau lagi 2-3 hari nak pegi baru nak buat booking memang lah tak sempat.


Macam aku, sebab lagi 7 hari nak pegi baru nak buat booking, dah kelam kabut takut dia tak boleh nak process. Tapi tawakkal je la booking jugak. Disebabkan kerja last minute untuk booking tiket tuh, ada yang aku mintak dia tak dapat nak process sebab tiket dah abis. Tiket apa yang habis? Tiket Madame Tussauds. Memang terasa frust sangat. Sebab itu pon antara yang aku betul-betul teringin nak pegi. Tiket yang available untuk 4 orang hanya tinggal tiket Ngong Ping 360. So aku pon ambik jugak la tiket tuh. Senang nanti tak payah nak fikir dah pasal tiket tuh nak beratur panjang nanti nak membeli kan.

Satu lagi nak bagitau, urusan dengan agency ni guna email je. Lepas korang dah isi borang, nanti diorang akan email invoice. Dah dapat je invoice tuh, langkah seterusnya korang kena buat pembayaran mengikut harga yang dia dah bagi tuh. Hanya bank in sahaja. Mudah. Agency tuh dia pakai Public bank. Lepas tuh terus email slip pembayaran dan nanti dia akan process kita punya ticket. Dalam 2-3 jam nanti dia akan email kita attachment ticket tuh.

Untuk ticket tuh, dia ada dua jenis. Samada korang nak actual ticket ataupon e-ticket. Macam aku dia suggest kan e-ticket, sebab sama je. Kalau e-ticket just print je attachment yang dia sediakan dan terus bawak pegi ke kaunter nanti. Dalam email nanti dia akan siap-siap bagi kita QR code dan dia akan bagitau pada kita no kaunter yang ktia kena pegi untuk redeem e-ticket yang kita dah beli tu. Bagi aku ini memang cara yang paling mudah. Senang berurusan dengan diaorang.
Invoice yang diterima melalui email untuk tiket Ngong Ping Cable Car 360
Inilah invoice yang aku maksudkan. Dan korang boleh refer harga tiket yang aku bayar untuk 4 orang. Apa yang korang perlu tahu, harga beli online adalah jauh lebih murah daripada korang terus walk-in. Tengok jenis tiket jugak. Ada yang beza banyak, dan ada jugak yang sikit je beza harga. But still, murah lah jugak kan. Jadi jangan lupa beli tiket online ye. Bukan saja murah, tapi mudah.

Harga tiket yang aku beli untuk Cable Car ni adalah RM86 seorang (return). Harga ni untuk yang Crystal Cabin. Kalau untuk yang Normal Cabin dia murah sikit dari yang ini ye. So korang boleh buat pilihan mengikut citarasa dan bajet yang korang ada ok.
E-ticket yang siap dibooking
Macam ni lah bentuk e-ticket korang nanti kalau dah setuju dengan harga invoice yang ditawarkan oleh pihak agency tuh. Apa yang dia tulis aku memang tak paham. Hahaha. Ada 4 e-ticket sama macam ni yang siap ada QR Code tuh. Korang just print je e-ticket ni untuk di redeem dekat sana. Senang kan. Aku sukaaa.

Sekarang mari aku share dengan korang link untuk StarMoonVacantions dan details pasal agency ni ok.

Star Moon Vacations Sdn. Bhd.

Address:-
No. 63C, Changkat Thambi Dollah, Pudu,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Contact Number:-
Tel: +603-2148 3996
Fax: +603-2144 3996

Office Operating Hours:-
Monday - Friday
10:00 am - 6:00 pm
(except public holiday)

Selesai lah dah bahagian online ticket. Walaupon aku agak frust tak dapat nak beli tiket Madame Tussauds Hong Kong secara online, aku dah berazam nak dapatkan tiket dekat kaunter je nanti. Tapi yang pasti harga dekat kaunter jauh lebih mahal dari agency ni tawarkan. Huwaaaaa.

p/s: Apa lagi persediaan untuk ke China ni? Aku nak share sesuatu yang bikin hati aku agak panas sehingga rasa macam nak meletup dibuatnya. Tungguuu...

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook