Persediaan yang perlu diuruskan untuk ke Macau-Hong Kong-Shenzhen-Guangzhou-Macau - Part 5 (Makanan Utama Dan Sampingan) - Final

10:10 am

Assalamualaikum...


Kisah persediaan untuk travel Macau-Hong Kong-Shenzhen-Guangzhou-Macau dah sampai ke penghujung nya. Tapi aku rasa macam dah bayak pulak aku bercerita, tak jugak sampai-sampai ke bahagian main story nye kan. Aku pon dah tak sabar nak habiskan bahagian terakhir persediaan untuk ke China ni. Tapi sebelum tu macam biasa sila lah baca entry pasal persediaan ke China di dekat entry yang lepas ye. Boleh baca dekat sini pasal  Part 1 (Booking Hotel) & Part 2 (Permohonan Visa Ke China) & Part 3 (Online Tickets) & Part 4 (Tukar Duit Di Money Changer). Baiklah. jom aku cerita kisah selanjutnya yang tinggal sikit je lagi pasal persediaan ke sana ok.

Makanan! Makan! Adalah perkara paling wajib untuk aku. Travel kali ni aku agak cemas sikit berbanding dengan travel masa ke Vietnam 2011 dulu. Mengelabah aku kali ni lebih over dari dulu. Padahal kalau ikutkan ini kali kedua travel ke tempat yang memerlukan aku fikirkan pasal makanan halal untuk di bawa bekalan. Tapi mungkin sebab dah agak lama pegi Vietnam tuh. So dia punya mengelabah tuh pon dah macam first time pulak jadiknye.

Sehari sebelum nak berangkat, aku Mudme dengan Wan pegi AEON Wangsa Maju untuk beli beberapa makanan untuk di bawa ke sana. Masing-masing beli makanan yang nak di bawa. Ikut tekak sendiri la apa yang nak dimakan dekat sana nanti kan. Tujuan kitorang pegi bersama-sama ni sebab kami nak masuk semua makanan masuk dalam 1 beg yang sama. Kami share beli luggage. So semua makanan kena beli siap-siap pada hari yang sama. Senang dah beli semua kita sumbat je masuk dalam itu beg.
Wraps & roti pita
Beberapa keperluan makanan
Nampak tu? Dah start dah tarik-tarik makanan masuk dalam troli. Aku ni bukan boleh. Kalau boleh semua aku nak bawak. Rasa macam tak cukup je kan. Tapi memikirkan space yang tak berapa nak banyak tuh, terpaksa lah aku akur membawa apa yang perlu je.
Tadaaa! Sudah penuh
Nampaknya aku memang tak reti nak berhenti dari membeli. Hahaha. Eiii takuttt... antara makanan yang aku beli adalah 9 biji roti gardenia perasa coklat tuh. Haaa.. nampak tuh. Roti sardin 2 biji. 1 biji roti butterscotch untuk Mudme. Lepas tu aku ambik Maggi goreng Cintan kalau tak silap. Maggi tak ambik banyak sebab Mudme memang jenis tak makan Maggi ni. So ambil lah 1 buku sahaja. Wraps pon aku ambil jugak 1 plastik yang wholemeal. Baru lah kenyang nanti kan. Roti gardenia yang besar aku tapau sebuku yang panjang, lepas tuh dengan mayonis. Last sekali aku beli Nestum oats 3 in 1 yang Wan Pegang tuh. Lain-lain Wan ada beli sosej, sardin. Banyak nye sama je kami beli.


Tapi terus terang cakap, aku tak beli membabi buta ye. Sebab aku dah kira siap-siap berapa hari aku dekat sana dengan berapa kali makan. So kalau boleh aku tak nak berkurang langsung. Biar cukup atau berlebih satua tau dua jenis makanan. Nampak je macam tamak haloba membeli. Tapi itulah kenyataan nye bila kit travel, makanan macam ni sangat perlu kalau berada nun jauh di tempat orang. Lagi-lagi kalau tempat yang agak mahal kos nye atau susah nak dapat makanan halal.

Kami semua beli makanan segera dari Brahim jugak. Sebab dengan Brahim's sangat lah mudah dan cepat. Kebetulan kawan Butet dia kerja dekat kilang Brahim's. Dekat pulak dengan rumah dia dekat Bangi / Kajang tuh, so apa tunggu lagi marilah order. Dan disebabkan kawan Butet kerja dalam kilang tu, so kami dapat harga pekerja lah. Harga jauh lebih murah dari yang dekat dalam pasaraya tuh ha. Dan lagi kalau dalam pasar raya memang tak banyak pilihan. Banyak yang dah habis. Masa kawan Butet bagi senarai barangan Brahim's, terkejut tengok macam ada benda yang aku tak pernah nampak langsung dekat mana-mana pasaraya pon ada dalam list.
Brahim's dah ready nak pegi China
Untuk produk Brahim's ni, aku cuma tapau 6 kotak Nasi Beriani Ayam untuk aku dengan Mudme. Wan dan Butet masing-masing tapau sorang sekotak Nasi Goreng Kampung. Tapi diorang ada tapau macam-macam lagi, sambal bilis dan lain-lain.

Aku memang dari awal dah pesan kakak aku tolong masak kan aku rendang daging dengan sambal ikan bilis kentang. Perghhh! Meleleh air liuq bila dah siap masak tuh. Tapi sanggup tak makan. Sebab nak bawak ke Hong Kong punya pasal. Rendang dengan sambal bilis tuh aku memang bajet untuk makan dekat Hong Kong sahaja. Sebab dikabarkan makanan dekat sana sangat lah mahal. Lalu aku mengambil kepututsan bawak makanan sebanyak yang mungkin. Hahaha. Tapi tak sempat pulak nak shoot gambar masa dah siap masak tuh.
Sambal daging & sambal ikan bilis meletop. Wan punya
Yang ni lauk Wan yang akan dibawa ke Hong Kong. Dah siap packing dan hantar ke rumah aku untuk terus masuk dalam beg. Masa sampai aku ngan family aku dah rasa sambal ikan bilis dia tuh. Ya ampun. Pedas gila kot. Rasa nak meletop mulut makan. Hahaha. Tapi sedaaappp!

Siap semua barang-barang, aku terus packing masuk dalam bag. Yahooo! Tak sabar dah nak pegi ke China esok nya. Jadi dengan ini berakhirlah cerita pasal persiapan untuk ke China ni ye. ok tataaaa...

p/s: Ada benda yang terjadi beberapa jam sebelum kami berangkat ke China. Apa benda? Tunggu lah next entry ye.

You Might Also Like

4 comments

  1. Assalam isma,
    he3
    iols pun kali pi taiwan memang tapau foods
    tapi last year pi china iols kurangkan sebab google place untuk makan kat sana
    banyak la pulop
    he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sha...

      tuh la.. isma beli makanan ni semua kengkonon untuk kat hong kong je la. hahah sekali.. drag sampai ke guangzhou. hahaha

      Delete
  2. wahhh good info.. saya ni peegi nye lambat lagi.. tapi dah tengok dari sekarang.. excited juga sebenarnya.. tapi ni first time backpack... brahim tu bole order jugak ke dgn kwn cik tu.... hihihih :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus dari sekarang dah carik info, saya sebab last minute, so tak dapat nak tengok betul-betul apa nak buat dekat sana. entry dekat sana pon tak sempat nak upload lagi. huhuh. perginye bulan 12 tahun lepas.

      Nanti saya akan tanyakan pada kawan saya. boleh msg semula nanti bila dah dekat2 nak pegi nanti ye. :D

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook