Ayam Penyet Nusantara @ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
9:02 amAssalamualaikum...
Siapa dekat sini suka makan ayam penyet? Sila angkat tangan! Haaa... hari ni aku nak share satu tempat yang memang meletop! kebabom! punya sedap dari rasa tekak aku, family dan rakan-rakan aku yang lain lah. Setakat ni, kalau aku rekemen makan dekat sini kepada sesiapa, mesti atleast 2-3 kali diorang akan pegi balik tempat ni samada dengan aku atau diri sendiri yang terasa tak boleh tahan nak pegi makan. Hahaha.
Kalau korang nak tau tempat yang aku gembar gemburkan ni adalah Ayam Penyet Nusantara. Ayam penyet ni dia ada banyak cawangan, tapi yang aku selalu pegi makan adalah di area rumah aku sendiri. Kalau yang duduk area Setapak dan sekitar dengan nya mesti tau Wangsa Walk Mall kan. Ayam penyet ni seberang jalan je dengan Wangsa Walk tuh. Kalau nak lebih tepat lagi Share building dengan Burger King. Tapi Restoran Ayam Penyet Nusantara ni dia duduk di belah atas ye. Dan satu lagi, kalau siapa yang tau Cafe Lapis, pasti akan ternampak Restoran Ayam Penyet Nusantara ni, sebab dia berdepan je dengan Cafe tuh ye. Kalau masih blur lagi tak tau dekat mana silalah Waze ye. Hahaha.
Kalau korang pengemar makanan yang pedas dan suka ayam penyet, tempat ni memang aku rekemen sangat-sangat. Sebab kalau makan dekat sini menangis lah nak makan sambal dia tuh ye. Mudme kalau makan dekat sini dia mesti cepat-cepat ketepikan sambal tuh dari terkena ayam penyet dia. Melampau betul tahap cemas dia tuh. Kat sini aku nak share dengan korang beberapa keping gambar yang ada dalam simpanan aku selama dah berkali-kali datang makan dekat sini. Samada dengan Mudme atau dengan kawan-kawan yang lain.
Sedikit info tentang Restoran Ayam Penyet Nusantara ni, diorang menyajikan makanan yang berasal dari Padang & Jawa, Indonesia. Jadi secara tak langsung korang pon tau kan yang diorang ni memang makan makan yang pedas-pedas. Kalau cili dia tak berapi bukan masakan diorang lah kan. Masa kedai ni baru bukak dulu, aku pon was-was nak makan dekat sini. Sebab apa? Sebab aku dah banyak kali terkena kalau pegi je dekat mana-mana ayam penyet punya kedai, sure frust dengan beberapa faktor. Antaranya adalah portion yang sikit dan kadang tuh langsung tak sedap. Harap pedas je berapi. Sememangnya bikin hati aku panas je kalau terkena dekat kedai-kedai makan yang macam tuh. Tapi dekat sini dia lain sangat ye. Jom sekarang kita tengok sikit makanan apa yang ada dekat Restoran Ayam Penyet Nusantara nih.
Menu yang tersedia di Restoran Ayam Penyet Nusantara |
Table for 2 |
Selera makan tak hingat sangat! |
Yang aku order belah kiri sekali tuh pucuk paku masak gulai cili api (selera tekak aku). Lepas tuh tepi dia pulak sotong penyet (aku gak yang teringin). Lagi order terung berlado (memang tekak aku je makan ni). Yang kanan tuh barulah Khas untuk Mudme (tapi tetap share). Hahaha. Mudme ni makan nye simple. Dia makan Ayam dengan kicap je. So far yang aku order ni semua nye sedap belaka. Portion dia pon besar ye. Ayam dia potong 4 untuk setiap seekor. Setakat sampai kali terakhir aku pergi, belom lagi mengecewakan.
Dua orang ni kesayangan sangat! Sholehah & Mudme |
Yang ni lunch dengan Zahid, Sholehah, Ijan & Mudme |
Nampak tuh Gado-gado yang sarat dilitupi keropok binjai yang pahit sikit |
Ayam Penyet masakan Jawa |
Terong Berlado masakan Padang |
Pinggan Mudme. Dia makan macam ni je. Lepas tu dengan Ayam Penyet. |
Wife yang disangka pelahap. Hahaha |
Suasana di waktu malam di dalam Restoran Ayam Penyet Nusantara |
Dengan geng Cert Sdn Bhd |
Lagi bersama geng Cert Sdn Bhd |
Kalau ditanya pasal harga, terus terang aku cakap, ini adalah kedai ayam penyet yang paling berbaloi pernah aku makan. Korang boleh tengok sendiri menu dekat atas yang aku sharu tuh dan nilaikan lah sendiri. Bahagian depan semua makanan dan bahagian belakang semua minuman. Air pon tak lebih dari RM6. Tempat ni memang aku rekemen sangat-sangat. Just carik je Wangsa Walk, Wangsa Maju atau Cafe lapis dekat google, sure korang tau macam mana nak datang dekat sini nanti. Kepada yang dah bercadang nak try makan kat sini, selamat membengkak kan bibir yang tak tahan pedas sangat tuh. Hahaha. Gurau jeee...
p/s: Nanti aku share kan satu lagi tempat menarik yang aku suka jugak ye. Tunggu next entry pulak aku share.
4 comments
Saya suka ayam penyet. Tapi kedai kat sini dah tutup la, maybe orang-orang kat sini tak bape nak makan kut..sebab memang lengang jer kedainya. Tapi ikutkan tekak saya memang sedap pun.
ReplyDeletealahai ye ke... takpe sekali sekala turun KL boleh la try makan dekat Ayam Penyet Nusantara ni. masuk siap2 dalam list. hehehe
DeleteBkk lg tak kedai ni kak?
Deletebukak. sila pegi cuba cepat2. pkl 10 mlm dia tutup. Hari2 bukak.
DeleteSalam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..