Riadah Hujung Minggu

12:54 pm

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua. Apa aktiviti korang hari ni? Mesti ada yang nak pegi dating dengan orang yang tersayang, nak pegi celebrate birthday kawan-kawan, berkelah dengan family, memancing dan macam-macam lagi lah kan.

Aku? Setelah sekian lama tak pegi beriadah, akhirnya terjejak kembali ke pusat riadah. Hahaha. Permulaan pagi yang agak mencabar lah jugak nak pegi beriadah pagi tadi ni. Amboiii.. mata tak nak bukak walaupon tau pagi ni nak pegi brisk walking & jogging dekat Taman Tasik Titiwangsa. Terkelip-kelip mata nak hadam diri nak kena bangun pegi jogging. Hahaha. Tapi aku gagahkan jugak lah kaki aku yang berat ni bangun dan terus mandi.


Actually planning nak beriadah setiap hujung minggu ni dah banyak kali aku dengan Mudme suarakan. Tapi antara nak jadi dengan tak jadi je lah. Ye dak. Biasa nye hujung minggu memang hari untuk Mudme sambung tidor. Sebab selama 5 hari dia dah penat bekerja kan. Aku? Hangat-hangat tahi ayam tuh biasa la bro. Hahaha.

Tapi tuh lah, dah masuk 3 series kami husband & wife ni, lebih baik kami fikir-fikir kan diri dan kesihatan ni sikit lah kan. Dan kami try nak jadikan jogging & brisk walking ni sebagai aktiviti mingguan. InsyaAllah. Semoga hati ni tak teringat katil sangat la pada hujung minggu-minggu akan datang nanti kan.

Bila dah lama tak berjogging memang lah penat gila nak berlari kan. So minggu ni aku start je dulu dengan brisk walking. Jadi lah dari langsung tak buat apa-apa kan. Hahaha. Dapat 2 round aku dengan Mudme brisk walking tadi. Next time nak try jogging pulak. Berat bontot tadi rasanya. Huhuhu.

Suasana riadah di pagi hari
Pemandangan yang mendamaikan
Tak tenang hati kau tengok pemandangan macam ni pagi-pagi? Memang betul lah orang cakap, kalau korang stress atau tengah rasa marah, pegi lah tempat-tempat macam ni untuk tenangkan fikiran dan diri. Boleh bermuhasabah diri dekat sini. Kalau aku tidak, stress ke geram ke atau bengang ke, nanti aku pegi ari makanan. Hahaha.  Seronok tengok budak-budak main roller blade. Teringat dulu-dulu masa badan saiz ahli gimnastik, selalu pagi-pagi main roller blade jugak. Hahahaha.

Semangat nak beriadah pagi-pagi. 
Sambil aku brisk walking pon tersenyum tengok telatah kanak-kanak dekat sana. Yang mak-mak dok kepong anak-anak takut terlangar orang naik basikal dengan budak-budak main roller blade. Tapi paling kelakar aku tengok Mudme yang try nak jogging berlari-lari anak. Macam kelakar pulak aku tengok dia dari belakang. Hahaha. Tapi effort tuh ada lah kan. Selebihnya dia terpaksa lah teman wife dia brisk walking yang macam pegi tak pegi je tuh hah.

Lepas 2 pusingan brisk walking terus aku terduduk di kerusi. Rasa tak nak bangun-bangun je lah. Memang seronok je fefiling duduk bawak pokok mengadap tasik berdua dengan husband kita kan. Seronok buat aktiviti macam ni. Kalau pegi dengan kawan-kawan yang lain pon seronok jugak. Lagi ramai lagi semangat kan.
Haaa... kesian sampai tersandar diriku ini walaupon hanya brisk walking sahaja. 
Tapi tuh lah, brisk walking 2 pusingan diganti dengan nasi lemak sepingan pulak lepas tu. Acaner tuh? Hadoiii. Tak leh jadi nih. Gelak Mudme lepas abis dua pusingan brisk walking aku dah tanya dekat dia nak makan nasi lemak dekat mana yang best hah? Hahaha. Mana tak nye. Selama aku buat pusingan dekat Taman Tasik Titiwangsa tuh, aku dok jeling je orang yang duduk dekat bawah gerai tuh. Amboiii... bukan main sedap lagi dok srooootttt... srooooooottt.. air dalam cawan tuh. Tergugat semangat aku. Rasa nak duduk jugak teguk air di bawah payung warna warni tuh. Hahaha. Dugaaaaannnn. So next time kalau rasa nak tenang-tenangkan fikiran yang kusut tuh, marilah kita beramai-ramai melakukan aktiviti riadah di hujung minggu. Mana tau tetiba bertemu jodoh korang dekat situ ke. Huhuhu. Ok byeee!

p/s: Kalau minggu depan buat 4 pusingan brisk walking kena tambah ayam goreng dalam pingan nasi lemak tuh. Hihihi.

You Might Also Like

2 comments

  1. Hehehe..hati kena kental ni. Saya pun berlari dengan anak-anak ja kat rumah. Kejap lari ke ruang tamu, kejap lari masuk dapur, bilik air...tu pun dah semput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh la farhana. Kalau ikut tak larat, memang setiap pagi hari sabtu nak buat2 terlajak tidor. Tapi kalau sekali sekala pikirkan kesihatan, memang kena kental. huhuhuhu

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook