Klinik Kesihatan Setapak Akan Berpindah Ke Wisma Rampai
10:50 amAssalamualaikum...
Klinik Kesihatan Setapak (KKS) nak pindah? Hadoiii... Ni memang buat aku stress. Ye, memang bagus dia pindah ke tempat yang lebih besar, cuma bagi diri aku sendiri akan susah sikit. Sebab selama ni kalau bawak mak aku ambil darah atau check-up, Mudme just drop je dekat depan klinik and mak aku akan pakai tongkat masuk ke dalam. Tapi kalau lepas ni pindah ke Wisma Rampai, aku tak tau lah macam mana nak drop mak aku tuh. Aku harap pihak klinik fikirkan lah jugak access untuk orang yang beroda dan yang tua-tua yang pakai tongkat dan berkaki satu macam mak aku tu hah.
Tadi pagi bawak mak aku pegi amik darah untuk Nefro HKL. Memang selalu pon ambik dekat situ je. Senang. Sebab sample akan sampai ke lab HKL jugak sudahnya. So pagi tadi masa tunggu no giliran dan borang mak aku siap, aku dengan nurse dekat meja appointment tuh bagitau dekat aunty chinese tuh "next appointment pegi dekat Wisma Rampai ye. Kita dah pindah sana." Aku masa dengar tuh macam nak percaya atau tak je. Sebab macam tak mungking lah dorang nak pindah. Tapi lepas satu-satu makcik-makcik yang datang dekat meja appointment tuh nurse bagitau benda yang sama.
Jadi betul lah yang aku dengar tadi memang lah KKS akan berpindah ke Wisma Rampai. Makcik-makcik yang sebelah menyebelah pon bercerita lah kata akan pindah dekat atas Imigresen tuh. Huwaaaaa...aku agak frust mendengarnya. Sebab dekat KKS yang sekarang ni memang lah sangat mudah dan dekat je dengan rumah.
Tapi dari sudut pandangan lain, terus terang aku cakap, KKS ni memang dah patut pindah ke tempat lain. Sebab sempit gila klinik tu. Dah la orang ramai gila. Banyak kawasan yang pegi dekat situ kan. Dengan orang yang sakit nye, dengan orang yang menghantar pesakit nye. Ya rabbi. Memang lah berpeluh duduk dalam klinik yang sempit macam tuh. Kena kalau hari Isnin dengan Khamis memang ramai ya ampun. Kau akan jadi stress sebab nak berjalan mulut kau sentiasa je cakap "excuse me". "tolong tepi sikit". "beri laluan". Haaa... serius ok. Sebab dua hari ni lah paling ramai sekali yang akan datang regular check-up dengan yang nak ambik darah beratur ramai-ramai dekat luar.
Dah lama dah orang tanya dengan nurse-nurse dekat situ. "pindah lah". "carik tempat lain lah". Dan nurse selalu jawab "kita dah banyak kali apply" "blom ada kosong lagi lah". Tapi akhirnya tercapai jugak cita-cita KKS nak berpindah. Jadi kepada penduduk setapak yang selalu datang ke KKS yang sekarang ni, alhamdulillah, lepas ni lebih luas lah hendaknya dah agak selesa sikit untuk semua yang datang ke klinik nanti.
Aku? redha je lah, sebab ini adalah untuk kebaikan semua orang. Bukan untuk keluarga aku sahaja kan. Kalau tak silap KKS akan berpindah bulan Mac kot. Ntah lah. Next appointment mak aku bulan Mac jugak. Nanti aku nak pegi klinik awal sikit tanya dia nak kena terus pegi tempat baru yang dekat Wisma Rampai tuh ke atau datang dulu dekat KKS yang sekarang ni.
p/s: Amboi sedap nye roti canai yang Mudme tapaukan untuk aku tadi. 2 keping I tibai. See you next entry ye.
4 comments
Assalam isma,
ReplyDeletemoga segalanya dipermudahkan AMIN
tq sha. :D
ReplyDeleteInsyaallah, semuanya akan berjalan lancar
ReplyDeleteamin... :D
DeleteSalam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..