Persediaan yang perlu diuruskan untuk ke Macau-Hong Kong-Shenzhen-Guangzhou-Macau - Part 4 (Tukar Duit Di Money Changer. Jangan Sampai Tertipu)

9:11 am

Assalamualaikum...

Tiba masanya untuk aku ceritakan pasal persediaan seterusnya. Macam biasa, boleh baca entry yang lepas pasal persediaan ni. Sila baca Part 1 (Booking Hotel) & Part 2 (Permohonan Visa Ke China) & Part 3 (Online Tickets). Entry kali ni lebih kepada sharing info. Perkara ni penting untuk korang tau bila nak pegi tukar duit di mana-mana money changer di dalam Malaysia ni ye.

Seminggu sebelum nak bertolak ke China, aku pegi lah tukar duit dekat salah satu money changer yang dekat dengan area office Mudme. Untuk pengetahuan, Mudme bekerja di Melawati dekat dengan Lim tayar tuh ye. Aku pegi tukar dengan Butet sekali. Walaupon aku pegi ke Macau, tapi aku tak tukar pon duit Macau. Aku hanya tukar duit Hong Kong dollar dengan Chinese Yuen sahaja. Sebab apa? Haaa... sebab dekat Macau boleh accept duit dari HKD. So tak payah la aku nak tukar langsung kan. Jadi 2 Dec 2014 aku pon pegi lah tukar duit kat money changer tuh. Untuk selama 6 hari di Shenzhen & Guangzhou aku tukar duit cuma sebanyak RM2650 sahaja. So dapat la CNY4,750. Total semua ni untuk perbelanjaan aku dengan Mudme sepanjang berada di Shenzhen & Guangzhou. Ini termasuk dengan duit hotel, makan, entrance fee, transportation dan juga shopping.

Untuk duit tukar ke HKD pula aku cuma tukar sebanyak RM1,160 sahaja. Sebab, duit hotel dengan entrance fee untuk visit semua aku dah bayar siap-siap kan? Macam yang aku bagi dalam entry yang mana korang boleh baca dekat atas tu ye. So time tu after tukar dapat lah dalam HKD2,600 macam tuh. Still ini pon untuk aku belanja dengan Mudme berdua jugak. Tapi kami memang dah standby debit card untuk kegunaan dekat sana. Sebab kami dah buat keputusan yang hanya mengunakan debit card je dekat Hong Kong bila dah sampai sana nanti. Yelah, semua dah bayar kan. Makan pun dah tapau macam-macam dari KL. So duit yang lebih-lebih tuh tak payah la kita nak tukar banyak-banyak. Karang kalau hilang kang tak pasal je kan. Jadi simpan sahaja di dalam bank. Tapi Mudme dah call bank siap-siap cakap nak guna masa dekat luar negara nanti.


Apa yang aku nak tekan kan dekat sini ialah, kalau korang pegi money changer dekat mana sekalipon, sila lah berhati-hati ye. Sebab aku nak share satu benda yang dah terjadi pada aku yang memang membuatkan hati aku bagai nak meletup. Ok. Walaupon perkara ni dah terjadi masa aku kena bila dah sampai negara China, tapi aku rasa aku wajib jugak share dengan korang dekat entry ni. Sebab perkara ni mesti dilakukan sebelum korang pegi ke China ya.

Kalau korang nak tau, aku kena tipu dengan money changer. Dia bagi aku duit CNY yang palsu ok. Palsu!. Masa aku dekat Shenzhen, first time sampai tanah besar nak bayar duit beli barang, sekali orang berniaga tuh cakap duit yang aku nak bagi tuh adalah palsu. Aku macam terkedu sekejap. Betul ke ni? Aku tahan lagi, maybe ada kes-kes cuba menipu ke hape ke kan, sebab diorang meniaga haram jugak peniaga-peniaga tuh. Sekali aku bagi lah sekeping lagi yang lain, kot-kot lah dia tersilap ke kan. Sekali duit yang kedua aku bagi pon dia cakap palsu jugak. Terus menyirap darah aku. Kau bayangkan, aku ada 47 keping duit CNY100. Terus aku nak pengsan bila terbayangkan duit aku tuh semua tetiba palsu belaka? Macam mana aku nak buat? Habis dah semua tukar duit. Yang ada duit dalam debit card je kan.

So, aku terus simpan semua duit tuh. Pastu terus belah. Tapi sebelum belah dari tempat peniaga tuh, aku ada tanya dengan dia macam mana dia tau yang duit aku tu palsu, dia cakap dengan rasa je dia boleh tau yang duit tuh palsu. Lepas tuh aku cakap la rasa macam mana, dia just tunjuk gitu-gitu je. Then aku tak berapa nak paham sangat lah. Start dari situ hati aku rasa memang tak sedap langsung. Dok terasa kot-kot duit yang aku ada palsu ke kan. Tapi yang tuh nanti aku story bila sampai part dia nanti sepanjang aku ada dekat sana ye.

Sekarang aku nak tunjuk dengan korang duit yang palsu aku terima dari money changer. Terus terang aku cakap, memang aku bukan nak tipu ke apa, memang duit ni aku dapat first hand dari money changer dekat melawati tuh. Jom aku tunjuk sikit duit tuh.

5 keping duit palsu yang aku terima dari money changer
Kalau korang perati duit dekat atas tuh, pon korang boleh nampak duit tuh ada no serial dia yang sama? 4 keping duit tuh sama ok. Tak ke sakit hati korang bila terkena macam aku nih? Memang lah time tuh aku menyirap rasa time tuh jugak nak balik pegi mengamuk dekat money changer tuh. Cuma nasib time tuh tengah bercuti je kan.

Ada pelbagai cara nak tengok duit palsu CNY100 ni. Sebab biasanya memang duit note yang ni yang paling banyak sekali duit palsu ye. So sila lah berhati-hati. Antara cara lain yang korang boleh tau adalah dengan tengok nombor kaler hijau sebelah kiri dekat bawah tuh, yang warna hijau tuh tulis 100 dia mesti glitter. macam ada gold dust. Kalau takde gold dust tuh sah-sah duit tuh palsu. Yang 5 keping ni memang takde langusng gold dust glitter tuh.

Cara kedua kenal pasti duit CNY100 ni adalah palsu dengan rasa dekat rambut orang tuh. Kat situ kalau duit tu palsu akan rasa kasar-kasar sikit atau pon banyak. Kalau duit tuh tulen, dia akan smooth je takde kesan kasar-kasar dekat situ ye.

Yang ni dua cara yang memang kalau korang time tuh takde lampu khas untuk tengok duit palsu. Aku syak money changer dia akan buat macam ni kepada pelanggan yang akan menukar duit dalam kuantiti yang banyak. Sebab aku tukar 47 keping duit CNY100 ni, dan 5 keping antaranya adalah palsu ye. Tapi Butet pon tukar dekat tempat yang sama, tapi tak banyak, semua dia dapat duit tulen.

Duit palsu yang di shoot before pegi ke money changer nak mintak ganti rugi hoiii!
Untuk peringatan, katakanlah perkara macam ni terjadi jugak dengan korang, dan jika masih lagi di money changer, just bagitau dia je yang korang dapat duit palsu. Tapi kalau jadi macam aku, korang jangan sakit hati dan panik macam aku arituh masa dah sampai China tuh, apa yang korang perlu buat adalah, please... please... please... simpan lah resit yang korang dah tukar masa dekat money changer tuh. Sebab, kalau terjadi pada korang, bawak semua duit yang didapati palsu tadi tuh, terus pegi ke money changer tuh lepas balik bercuti.

Tapi sebelum nak pegi ke money changer, harus lah bijak dengan ambil dulu gambar resit tuh, dan gambar semua-semua duit tuh kalau boleh beserta resit ye. Dan ambil lah sekali gambar duit tuh bersama tuan duit. Kenapa? Sebab kalau money changer argue dengan korang kata korang menipu, bawak je balik semua duit-duit tuh ke balai polis dan buat report. Sebab apa? Sebab korang tau korang tertipu dengan money changer. Dan lepas tuh boleh terus pegi ke bank negara dan report money changer tuh jugak. Sebab semua money changer yang berlesen dia under bank negara ye. Dan kalau perlu pergi ke tribunal, silakan. Lawan habis-habisan.

Sebab pagi pendapat aku lah ye. Takkan lah money changer ni bodoh sangat sampai dia tertipu dengan penguna yang dah bagi dia duit palsu sebelum dia nak bagi pada kita kan. Sebab dia seorang yang pandai dalam bab-bab duit ni. Sebab itu memang kerja dia. Dan dia berurusan dengan banyak matawang asing yang lain. Tak logik dia akan biarkan diri dia tertipu dengan customer-customer yang datang kepada dia betul kan? Sebab apa aku cakap dari customer? Sebab dia cakap dengan aku dia dapat duit first hand dari bank negara. So adakah bank negara nak bagi dia duit palsu? Haaa... korang pikir lah sendiri ye. Aku masa menulis ni pon geram gila dengan explaination dari money changer tuh. Dia macam nak tuduh aku, dan kata aku yang tertukar dengan orang cina dekat sana. Dia ingat aku ni bodoh sangat agak nye.

Dia try nak bagitau dekat kami yang dia tak salah, maybe masa duit tuh nak sampai dekat dia duit tuh ada yang palsu lah, dan apa jadah lagi lah. Hah. Aku rasa nak hampok je dia bila dia cakap yang ni first case yang terjadi dekat dia, sebab dia dah buat bisnes ni dah 15 tahun. Eiii.. dia still nak cakap kami tipu dia lagi. Aku ngan Mudme & Butet siap masuk dalam bilik kecik dia tuh. Dia try nak cerita lagi lanjut macam-macam dia nak story. Aku malas nak dengar, yang aku tau, aku nak duit aku semula. Tuh je. Dia try nak explain dekat aku macam-macam sebab dia tengok muka aku macam tak nak dengar apa-apa yang dia nak terangkan. Siap ajar kami macam mana nak cek duit tuh next time kalau pegi ke money changer. Eiiii menyirap sangattt time tuuu.

Tapi, dia cakap dia nak bayar balik lah. Cuma dia cakap dia kena pegi bank negara dulu lah comfirm kan dulu kot-kot itu kesalahan bank negara kepada dia. Dan kalau bank negara cakap bukan salah dorang dia akan tanggung duit tuh tolak gaji dia. Amboiii. Nak buat cerita konon diorang sanggup bayar ganti rugi lah konon. Ah lantak. Malas nak dengar drama dorang ni. Last-last aku dapat jugak duit aku tuh semula. Dia bagi dalam bentuk CNY jugak. Aku cakap aku nak terus tukar duit RM. Malas dah nak pegang duit dari kedai dia. Sebab sakit hati sangat. Then terus belah. Menyampah.

Aku tak tau lah kan, samada takde orang yang datang balik dekat dia mintak tukar duit yang diorang kena tipu, dan sebab tuh perkara macam ni still terjadi dekat orang yang dekat luar sana termasuk lah aku. Tapi sebab kan aku nak dapat duit tuh pon bersusah payah kena kerja sampai tak tidor 2-3 pagi, memang aku pegi balik mintak ganti rugi. Puas hati aku dah dapat balik ganti duit tuh.

Sebenarya banyak lagi gambar-gambar yang aku ambik beserta dengan resit pon ada. Tapi sebabkan aku dah dapat balik duit tuh, dan tau process dia, jadi aku ambil keputusan hanya untuk share dengan korang cara yang patut diambil kalau terkena perkara macam ni dekat korang ye. Kalau yang dah terkena baru-baru ni boleh la buat cara yang aku sarankan ni. Ini semua bukan rekaan semata-mata. Memang based on true story. Cuma yang pasti aku takkan pegi lagi kedai dia untuk tukar matawang asing. Aku akan pegi kedai yang lagi satu yang satu bangunan dengan dia.  Berhati-hati ye korang dengan orang yang suka ambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain. Tataaa...

p/s: Next entry aku akan share satu je lagi cerita untuk persediaan ke China ni ye. Tungguuu...

You Might Also Like

6 comments

  1. Banyak jugak tu kena tipu. Nasib baik dapat balik duit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh la. kalau tak dapat balik memang nak kena lah orang money changer tuh. Ni semua iktibar untuk kita semua kan.

      Delete
  2. Bagus info duit palsu..tkejut..kami nk fly ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati-hati. kalau di china pon kena hati-hati takut terdapat duit palsu juga.

      Delete
  3. info yang baik untuk bakal2 traveller...

    ReplyDelete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook