Ayam Penyet Nusantara @ Wangsa Maju, Kuala Lumpur

9:02 am

Assalamualaikum...

Siapa dekat sini suka makan ayam penyet? Sila angkat tangan! Haaa... hari ni aku nak share satu tempat yang memang meletop! kebabom! punya sedap dari rasa tekak aku, family dan rakan-rakan aku yang lain lah. Setakat ni, kalau aku rekemen makan dekat sini kepada sesiapa, mesti atleast 2-3 kali diorang akan pegi balik tempat ni samada dengan aku atau diri sendiri yang terasa tak boleh tahan nak pegi makan. Hahaha.

Kalau korang nak tau tempat yang aku gembar gemburkan ni adalah Ayam Penyet Nusantara. Ayam penyet ni dia ada banyak cawangan, tapi yang aku selalu pegi makan adalah di area rumah aku sendiri. Kalau yang duduk area Setapak dan sekitar dengan nya mesti tau Wangsa Walk Mall kan. Ayam penyet ni seberang jalan je dengan Wangsa Walk tuh. Kalau nak lebih tepat lagi Share building dengan Burger King. Tapi Restoran Ayam Penyet Nusantara ni dia duduk di belah atas ye. Dan satu lagi, kalau siapa yang tau Cafe Lapis, pasti akan ternampak Restoran Ayam Penyet Nusantara ni, sebab dia berdepan je dengan Cafe tuh ye. Kalau masih blur lagi tak tau dekat mana silalah Waze ye. Hahaha.


Kalau korang pengemar makanan yang pedas dan suka ayam penyet, tempat ni memang aku rekemen sangat-sangat. Sebab kalau makan dekat sini menangis lah nak makan sambal dia tuh ye. Mudme kalau makan dekat sini dia mesti cepat-cepat ketepikan sambal tuh dari terkena ayam penyet dia. Melampau betul tahap cemas dia tuh. Kat sini aku nak share dengan korang beberapa keping gambar yang ada dalam simpanan aku selama dah berkali-kali datang makan dekat sini. Samada dengan Mudme atau dengan kawan-kawan yang lain.

Sedikit info tentang Restoran Ayam Penyet Nusantara ni, diorang menyajikan makanan yang berasal dari Padang & Jawa, Indonesia. Jadi secara tak langsung korang pon tau kan yang diorang ni memang makan makan yang pedas-pedas. Kalau cili dia tak berapi bukan masakan diorang lah kan. Masa kedai ni baru bukak dulu, aku pon was-was nak makan dekat sini. Sebab apa? Sebab aku dah banyak kali terkena kalau pegi je dekat mana-mana ayam penyet punya kedai, sure frust dengan beberapa faktor. Antaranya adalah portion yang sikit dan kadang tuh langsung tak sedap. Harap pedas je berapi. Sememangnya bikin hati aku panas je kalau terkena dekat kedai-kedai makan yang macam tuh. Tapi dekat sini dia lain sangat ye. Jom sekarang kita tengok sikit makanan apa yang ada dekat Restoran Ayam Penyet Nusantara nih.

Menu yang tersedia di Restoran Ayam Penyet Nusantara
Haaa.. kat situ korang boleh tengok senarai yang ada disediakan di Ayam Penyet Nusantara ni. Ada masak berlado masakan padang, ada ayam dan ikan bakar, yang pasti ayam penyet harus ada ye. Dekat kedai makan ni, masakan jawa dengan masakan padang dia sangat tak sama. Kalau masakan jawa tuh sambal dia merah-merah menyala. Pedih mulut kau nak telan. Terpaksa kemam ais batu lah last sekali finishing dia. Hahaha.Tapi kalau masakan padang, semua sambal dia guna cili masak hijau dengan merah je. Pedas dia jauh lagi ok dari pedas membara masakan jawa tuh.
Table for 2
Selera makan tak hingat sangat!
Yang ni paling latest aku pegi makan dekat Ayam Penyet Nusantara ni. Baru minggu lepas. Tapi biasanya kalau aku teringin nak makan dekat sini pon. aku suka tahan teringin aku tuh sampai ke hari minggu. Time tuh baru seronok nak makan pelan-pelan sambil menikmati ayam dan sambal penyet tuh. Aku bile sampai je sini, selalu suka macam-macam nak order. Maksudnya nak lauk banyak-banyak. Tapi sebabkan Mudme bukan jenis macam tuh, so aku pon tidak lah mengikut nafsu sangat. Tapi yang ni aku tetiba naik hantu nak try macam-macam. Time tu Mudme pon ok je. So aku pon order lah ye mengikut tekak aku nih ha.

Yang aku order belah kiri sekali tuh pucuk paku masak gulai cili api (selera tekak aku). Lepas tuh tepi dia pulak sotong penyet (aku gak yang teringin). Lagi order terung berlado (memang tekak aku je makan ni). Yang kanan tuh barulah Khas untuk Mudme (tapi tetap share). Hahaha. Mudme ni makan nye simple. Dia makan Ayam dengan kicap je. So far yang aku order ni semua nye sedap belaka. Portion dia pon besar ye. Ayam dia potong 4 untuk setiap seekor. Setakat sampai kali terakhir aku pergi, belom lagi mengecewakan.
Dua orang ni kesayangan sangat! Sholehah & Mudme
Yang ni dua orang I sayang sangat. Selalu je keluar hang out. Orang kerja jauh payah nak jumpa selalu. Tapi kalau datang sini akan aku ajak jugak orang busy ni makan dengan aku dekat Ayam Penyet Nusantara ni.
Yang ni lunch dengan Zahid, Sholehah, Ijan & Mudme
Zahid yang jauh duduk dekat nilai pon dah datang cuba makan dekat sini. Dan dia suka sangat. Tuh yang dekat tengah-tengah tuh dia yang order. Nama nye gado-gado. Serius yang ni pon sedap jugak. Ada keropok binjai kan? Yang pahit tuh. Aku rasa lah. Time ni #gengvantomyam yang lain agak busy dengan aktiviti masing-masing. Jadi tak dapat menjoinkan diri makan di Ayam Penyet Nusantara ni. Ijan datang lewat, tapi datang bawak makanan korea pulak. Apa barang datang sini makan makanan kpop. Hahaha.
Nampak tuh Gado-gado yang sarat dilitupi keropok binjai yang pahit sikit
Ayam Penyet masakan Jawa
Terong Berlado masakan Padang
Pinggan Mudme. Dia makan macam ni je. Lepas tu dengan Ayam Penyet. 
Kalau orang sebelah menyebelah tengok mesti diorang akan cakap aku seorang pelahap makan semua-semua yang berada di atas meja, walhal husband dia makan nasi dengan kicap bersama ayam dan kerak. Hahaha.
Wife yang disangka pelahap. Hahaha
Suasana di waktu malam di dalam Restoran Ayam Penyet Nusantara
Bila malam, after Maghrib, orang tak ramai sangat. Tapi kalau datang lepas Isya' agak ramai jugak. Time ni kalau tak silap lepas Maghrib aku datang. Nampak meja belakang sana tu. Aku kalau datang sini aku suka duduk dekat situ. Sebab boleh tengok luar, tapi time datang ni tepi tuh semua penuh. I pon duduk lah belakang sekali sini ha. Pon ok. Takde masalah. Janji dapat makan.
Dengan geng Cert Sdn Bhd
Lagi bersama geng Cert Sdn Bhd
Masa nak KLIFF tahun lepas, bila kena stay back dekat office je, kitorang akan pegi makan dekat sini ramai-ramai. Sambil makan sambil release tension dengan kerja yang berbakul-bakul yang rasa tak surut tuh. Nampak sangat kat sini boleh hilang kan stress. Hahaha. So kalau korang rasa nak makan ayam penyet tapi tak tau dekat mana, silalah datang ke sini.

Kalau ditanya pasal harga, terus terang aku cakap, ini adalah kedai ayam penyet yang paling berbaloi pernah aku makan. Korang boleh tengok sendiri menu dekat atas yang aku sharu tuh dan nilaikan lah sendiri. Bahagian depan semua makanan dan bahagian belakang semua minuman. Air pon tak lebih dari RM6. Tempat ni memang aku rekemen sangat-sangat. Just carik je Wangsa Walk, Wangsa Maju atau Cafe lapis dekat google, sure korang tau macam mana nak datang dekat sini nanti. Kepada yang dah bercadang nak try makan kat sini, selamat membengkak kan bibir yang tak tahan pedas sangat tuh. Hahaha. Gurau jeee...

p/s: Nanti aku share kan satu lagi tempat menarik yang aku suka jugak ye. Tunggu next entry pulak aku share.

You Might Also Like

4 comments

  1. Saya suka ayam penyet. Tapi kedai kat sini dah tutup la, maybe orang-orang kat sini tak bape nak makan kut..sebab memang lengang jer kedainya. Tapi ikutkan tekak saya memang sedap pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ye ke... takpe sekali sekala turun KL boleh la try makan dekat Ayam Penyet Nusantara ni. masuk siap2 dalam list. hehehe

      Delete
    2. bukak. sila pegi cuba cepat2. pkl 10 mlm dia tutup. Hari2 bukak.

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook