IKEA FAMILY 1-day Sale Preview

10:22 am

Assalamualaikum...

Petang semalam, aku sempat pegi ke IKEA. Nak pegi ni pon memang dah rancang lama. Sebab semalam 25 Februari 2015 adalah hari untuk IKEA member. So banyak lah benda yang murah dari harga biasa. IKEA family day ni satu hari je. Jadi memandangkan semalam hari Rabu dan Mudme kerja, jadi harus lah pergi after office hour.

Masa email IKEA sampai je, memang takde nak interested ke ape. Just tengok-tengok je lah. Tapi tetiba dah seminggu lepas tuh datang pulak kerajinan nak mengemas rumah, tetiba nampak semua yang IKEA tawarkan harga murah tuh macam semua perlu je aku beli. Hahaha. Sesuatu sangat.


So bile dah ada perasaan beria-ria nak mengemas dan menukar barang-barang yang dah bertahun-tahun tuh, dah la jadi satu kerja pulak. Sekejap-sekejap dok belek catalog IKEA. Konon-konon tengok macam nak pindah masuk rumah baru la kekdahnya. Teliti menengoknya.

Tapi target memang nak beli storage dengan barang-barang untuk dapur. Dan bantal tidor untuk bilik aku dan sarung bantal yang kecik. Dan terpaling penting memang nak makan sangat lah ribs dekat IKEA tu hah. jom aku share apa barang yang aku target nak beli sebelum pegi ke IKEA.
















Haaa! ambik kau. Senarai bukan main lagi nak membeli nye. Ni semua yang antara aku target nak beli dekat ikea lah konon-konon nye.

Sampai je IKEA aku terus masuk dan carik barang-barang yang aku nak. Selalu kalau sampai memang akan pegi makan dulu. Sebab orang ramai sangat kan. Tempat yang aku tuju dulu adalah cushion cover. Sekali sampai-sampai semua design yang aku nak langsung takde. Satu pon takde dorang tinggalkan untuk aku. Licin. Frust mak nak!. Padan lah dengan muka. Siapa lah suruh pegi lambat-lambat. Design cantik-cantik memang lah abis orang rembat kalau dah pegi pon lambat kan. Sedey aku terus berlalu pegi. Mudme siap cakap ada lagi tuh dekat bawah nanti tengok. Hahaha.

Ada dalam senarai yang aku nak still ada, dan ada yang dah lesap habis disapu pengila IKEA. Bila dah habis pusing jalan yang belah atas, terus sampai ke tempat makan. Sekali tengok semalam takde ribs. Takde ye. Takde. Hampa lagi aku untuk kesekian kalinya. Hahaha. Terus turun tak pegi makan langsung. Habis pusing bahagian bawah, terus bayar dan terasa dah bunga-bunga lapar. Dah tak makan dekat atas tu, kami beli lah karipap 6 ketul dengan set hot dog + air request dari Mudme lah tuh.
Selamat membeli di IKEA family 1 day sale preview
Walaupon preview sales dah berakhir semalam iaitu 25 Februari 2015, tapi korang masih lagi boleh mendapatkan harga yang murah sebab harini bermula sales di IKEA iaitu 26 Februari -  Mac 2015. Harga still murah dari hari biasa punya price. Jangan lepaskan peluang kepada yang nak carik barang IKEA yang murah dan tengah ada duit tuh.

Kepada yang tak tau IKEA Damansara dekat mana, mari sini aku tunjuk kan sikit map yang aku print screen dari google maps ni hah.
IKEA Damansara, Malaysia
Adress:
Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya, Selangor.

Hours Open: 9:30 am – 10:00 pm

Phone: +603 - 7726 7777

Next time kalau ada sales lagi, memang kena pegi awal-awal lah kan. Jangan berangan dan berharap barang yang kau nak tuh ada kalau datang pon dah lewat. Hahaha. Ok lah. See you later alligator.

p/s: Lama dah aim katil IKEA. Ntah bila lah nak dapat.

You Might Also Like

4 comments

  1. huyooo . murah . shoping sakan la yee . jeles nyee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat semua baru shopping sakan. tapi banyak yang isma nak tak dapat. huhuhu. kena cuba lagi next time. hehe

      Delete
    2. Berhimpit x org waktu preview sale?

      Delete
    3. waktu awal pagi memang orang tunggu serbu. kalau dah beberapa jam lepas tu pegi dia suasana macam biasa je, tapi barang banyak habis

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook