Tempat Makan Yang Best Di Johor Yang Wajib Di Singgah & Santai Di Johor. Part1

12:13 pm

Assalamualaikum...

Punya lah lama nak update pasal tempat makan yang best dekat Johor ni. Bukan apa, sebab mood tuh tak datang. Sama macam nak update travel ke Hong Kong pon mood tak mari lagi. So, dari mana nak cerita ye? Ok. Recall semula. Pegi Johor ni bulan Febuari yang lepas. Kita mulakan perjalanan awal pagi dari Kajang ke Johor terus lah ye. Disebabkan aku memang dah plan nak join Butet pegi jumpa Fareh, so haruslah aku plan nak pegi tempat makan yang best-best sikit kan.

On the road again
Perjalanan diteruskan dari Kajang ke Johor. Aku bagitau mana semua tempat makan yang aku teringin nak pegi, so Mudme dan Butet yang plan perjalanan hasil dari tempat-tempat yang aku sebut. Nak suruh aku rancang memang tidak lah. Aku ni buta map. Selalu je kena maki dengan Mudme tak reti tengok map. Hahaha. Ah lantak, janji aku dah bagi tau ke mana tempat yang aku nak pegi makan. Nasib lah diorang ni jenis simple je orang nye. Kita bagi idea, yang mana rasa tak sesuai diorang bagitau, kalau yang ok diaorang terus plan kan arah tuju mana yang perlu singgah dulu.

Disebabkan Fareh tinggal dekat UTM Skudai, so kami plan singgah dulu di Johor Premium Outlet (JPO). Wahhh.. alahai bukan nak beli apa-apa2 pon. Saja nak jalan-jalan je katanya. Butet pon dah cakap, aku setakat jalan-jalan je boleh la. Hahaha. Marilah kita jalan-jalan di JPO. Cuci mata sana sini. Dah sampai dekat JPO bukan main lagi payah nak carik parking. Payah nye nak carik yang dekat2 je. Yang jauh memang la banyak sangat. Dah dapat parking marilah kita tawaf JPO sebelum meneruskan perjalanan ke Skudai. Tapi tuh la. tahap panas merelit dekat JPO memang tak boleh nak dinafikan. Rasa macam nak nangis keluar dari kereta yang berekon ke tempat parking yang agak panas tuh. Bertabah je la demi nak jalan-jalan cuci mata di JPO.

Johor Premium Outlet (JPO)
Mari beli chocolate. Sangat tak boleh tahan
Oh pepero. How are you? Hahaha
Butet pon tetiba dah tak keruan
Upin ipin pon pandai tarik peminat chocolate macam hakak ni ke dalam chocolate factory ni ye
Bayangkan, ayat nak jalan-jalan je dekat JPO ni memang tak menjadi kenyataan. Butet yang dari awal-awal dari KL cakap takde apa nak beli pon jadi tak keruan juga pusing-pusing dalam kedai coklat ni. Ada jugak menyambar coklat dalam ni. Hahaha. Mana lah pegi ayat tak nak beli apa-apa just nak jalan-jalan tengok barang aje tuh kami ni kan. Baru kedai no satu dah tewas. Huiii.. Sabaq bebanyak. kepit wallet ketat-ketat takut surut. Jauh lagi nak jalan ni.
Salvatore Ferragamo - Incanto Shine
Kalau pegi JPO memang tak sah kalau aku tak singgah kedai perfume
Oh my... aku memang dah lama berkenan dengan Salvatore Ferragamo perfume yang Incanto Shine ni. Geram je, tapi ku tahan jugak dekat JPO tak beli. Sebab baru balik dari Hong Kong dah borong berbotol perfume dekat sana. Nanti habis baru kita sambar Incanto Shine sebotol.

Jalan-jalan memang sakit mata bila sampai hanya boleh cuci mata sahaja. Lagi pulak bila nak masuk satu-satu butik tuh kau kena beratur. Adoi. Biasanya kalau sampai sini aku memang malas nak masuk dekat butik yang paksa aku beratur panjang-panjang ni. Tapi sebab haritu mood aku sangat baik, Terus ajak Butet dengan Mudme jalan masuk jugak butik yang kena beratur ni. Tapi pilih yang tak panjang sangat je lah. Saja nak tengok-tengok.
Kate Spade. First kedai yang kena beratur dan aku pon salah satu daripadanya. Pot pet pot pet mulut Mudme & Butet sebab kena beratur. Hahaha
Berjemaah beratur dekat luar. Setiap 3-4 orang keluar, baru dia benarkan yang dekat luar pulak masuk. Tak nak ramai-ramai dalam butik, supaya kita pon senang nak tengok-tengok  handbag dan lain-lain aksesori dalam butik kan.
Walaupon mulut pot pet pot pet kena beratur, tapi tetap happy. Hahaha
Masa aku tengah sebok tengok-tengok dekat bahagian handbag, diorang dua ni pon sebok jugak mengutuk design-design yang ada dekat dalam butik Kate Spade ni. Ade je yang tak kena lah. Ini lah hasilnya kalau dah lelaki masuk dalam butik - butik handbang ni.
Dekat JPO memang tak boleh nak berlama. Kalau masuk semua kedai, memang akan habis lah kopak duit korang dalam ni. Aku pon tak terlepas dari gangguan mental ketika berada dalam JPO ni. Kalau boleh semua nak beli. Yang buat jadi tak boleh tuh sebab duit tak banyak. Hahaha.
Perasaan berbelah bahagi. Jiwa meronta -ronta cakap nak. Siap suruh Mudme ambil gambar beg ni nak beli dekat KL kalau tak dapat beli dekat JPO.
Aku paling suka barangan Fossil. Memang dari dulu suka tengok, tapi tak mampu nak beli. Masa takde berduit sangat, memang boleh tengok je. Tapi bila dah berduit, sikit - sikit jugak barangan Fossil aku beli buat koleksi. Paling lama aku duduk dalam kedai Fossil ni lah. Nak puaskan hati sendiri, tengok - tengok bag yang memang aku berkenan hampir kesemua design. Cuma nya agak mahal lah. Kalau nak kena simpan duit then baru boleh beli. Haaa gituuu. Pendek kata, dah keluar kedai pon masuk lagi lah semula kedai Fossil ni. Eh tapi kenapa masuk balik? Sebab...
Tawa dalam tangisan
Sebabbb.. nak jugak beg tuh, lepas keluar dari Fossil terus terkena penyakit moral down. Hahaha. Masuk semua kedai semua nampak beg Fossil je. Acaner tu? Last - last aku ajak jugak Mudme teman aku sekali lagi masuk dalam kedai Fossil. Nak tengok, beg tuh ditakdirkan untuk aku ke tidak. Hahaha. Padahal beg tuh ada je dekat situ, ditakdirkan konon. Lalu dengan senang hati aku pon terus rentap beg dari pembeli lain (ayat tipu) dan terus beli je tanpa menoleh ke belakang lagi. Baru lah boleh senyum sorang - sorang bila berjalan kan. Lepas tuh jiwa kembali normal. Hahaha.
Wajah penuh kepuasan
Lepas dah keluar dari butik Fossil, terus terjah butik Victoria Secret pulak. Eh, dekat dalam tuh Butet pon sama naik. Belikan Fareh perfume. Aku beli yang Seduction, Butet beli apa ntah aku pon dah tak ingat. Lepas keluar je dari Victoria Secret terus ajak Mudme & Butet balik. Tak sanggup menangung derita mata dekat JPO ni lagi dah. Hahaha. Badan pon dah penat dan sangat lah lapar.
Marilah kita pulang. Puas hati apa yang nak dah dapat. Terus ajak balik
Keluar aje dari JPO, kitorang terus shoot ke Skudai. Fareh pon busy nak settle kan hal - hal lab dia. Maklum lah dah nak beranak. Kena la sudahkan segala kerja - kerja lab sebelum melahirkan baby. Kami book hotel dekat jugak dengan UTM, Skudai. Ok lah. Walaupon hotel bajet, tapi still ok lah untuk tidor. Malam pertama RM70 sebab hari tuh memang peak. Hari kedua RM60. Kira murah lah untuk yang memang setakat nak lepak - lepak jalan - jalan carik makan macam kitorang ni.

Sampai je hotel, terus baring - baring rehatkan badan sekejap. Mandi solat. Sebelah malam memang ada plan nak pegi makan dekat satu tempat yang menjadi kegilaan aku masa first time sampai dulu dekat restoran tuh. Kat mana? Jom tengok.

Restoran ZZ Sup Tulang - Johor Bahru

Siapa suka makan sup tulang? Mesti ramai suka makan sup tulang kan. Macam aku, kalau dapat sup tulang ni, memang tak ingat pada laki dah. Hahaha. Tapi tuh la, benda-benda macam ni sekali sekala je. Bukan selalu nak travel ke sini kan. Jadi bila dah dapat tuh baiklah pekena betul-betul.

Tempat ni sentiasa penuh dengan orang. Tak kira waktu. Kebetulan masa kami pegi ni pon hari minggu. Memang masak lah nak menunggu makan dekat sini kan. Dah la masa sampai lepas parking ada satu keluarga tuh cakap dekat kami, takde tempat kosong dik, lama dah tunggu. Dekat sejam. Adoiii terus rasa frust sangat. Tapi pegi jugak lah masuk ke dalam nak try naasib lah konon kan.

Nasib la masa sampai tuh terus atur strategi. Cari customer yang duduk tak ramai dalam 2-3 orang dan dah ready nak balik dah. Nasib memang baik malam tuh sebab dapat jugak makan dekat situ. Elok je tunggu dalam 2-3 minit ada satu couple tuh pon bangun. Kami terus duduk tanpa menoleh lagi. Hahaha.
Yeay! Berjaya dapat tempat duduk pon happy sangat. Tak sabar nak makan sup tulang
Jenuh menunggu. Orang ramai gila. Nasib dapat seat masa sampai
Butet pon turut gembira dapat merasa sup tulang untuk pertama kali
Orang ramai sangat, boleh nampak dekat belakang tu orang still beratur menunggu seat. Kalau yang datang sekapal memang masak nak menunggu seat kosong
Walaupon kena siapkan kerja bagai nak gila, tapi abang Butet mari Johor sengih sampai ke telinga. Hahaha
Melaporkan aktiviti terus ke bilik berita. Ada je kerja ambik video lah, ape lah
Tetap macam tuh, Peneman sejati. Makan rasa apa ada aku kesah. Hahaha 
Menunggu makanan order lama sangat. Marilah bantai main game
Terasa bila datang dekat tempat makan ni, macam hadiri kenduri pulak. Orang punya lah ramai. Satu keluarga tuh ada yang sampai 20 orang satu pondok diaorang duduk
Seronok tengok kemeriahan kaum keluarga yang berkumpul dekat sini. Yang tak seronok bila datang takde tempat nak duduk. Itu je. Hahaha
Cuma tuh la. Bila dah datang tempat yang orang penuh ramai gile, Kena datang awal, kalau tidak nanti makanan habis, takut menangis sambil lari tutup muka sebab tak dapat makan sup tulang dekat sini. Lama wei menunggu makanan. Akhirnya ketibaan jugak makanan kami.
Sampai jugak sup tulang dan nasi goreng kampung ni ha
Mudme dengan Butet makan Nasi Goreng Kampung je. Adoi... rugi lah dah datang tak makan sup tulang wei. Tapi aku order jugak untuk Mudme Sup tulang untuk dia makan dengan nasi goreng kampung ni ha.
Perghhh.. mengoda sangat sup tulang dia ni. Tapi geram tetiba bagi straw kecik, mana puas
Wow! ni yang paling aku nanti-nantikan. Mee rebus Tulang. Memang sedap. Tapi tak puas hati kenapa sikit sangat. Dulu masa datang bukan main banyak lagi dia letak mee. Ini dia bagi dalam pinggan leper je. Tak logik pulak aku rasa. Tapi sebab sedap bedal jugak la
Haaa.. itu aje lah yang kami makan dekat sini. Kalau dulu datang ramai-ramai memang penuh la meja. Dengan gado-gadonya, dengan ayam penyet nye. Tapi ni empat orang je memang lah sikit aje makanan atas meja. Tak macam orang pondok sebelah tak berhenti-henti makanan sampai dekat diorang. Maklum lah ramai.

So kepada korang yang nak datang Johor dan tak tau nak makan dekat mana, baik lah pegi cuba dekat ZZ Sup Tulang ni. Sebab segala masakan tulang dia memang lah sedap. Atleast mesti sekali cuba ye korang. Terus terang cakap, dekat sini makanan memang sedap-sedap belaka. Ada Sup Tulang, Sup Torpedo, Laksa Johor, Mee Rebus Tulang, Roti Jala, Lontong Kering, Briyani Kambing Manid. Segala jenis masakan Johor lah ada dekat sini. Jadi jangan tak cuba ye.

Tak tau kat mana ZZ Sup Tulang? Mari aku share alamat restoran ni ye:

ZZ Sup Tulang, Johor Bahru

Alamat:
Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru
80100 Johor Bahru

Contact No:
012-722 7209

p/s: Teringat Mee Rebus Tulang terus tak keruan. Rasa nak pegi JB sekarang jugak.

You Might Also Like

4 comments

  1. salam. hee sedap sup tulang johor ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a memang sedap. saya pon suka sangat

      Delete
  2. Hi Kaka, salam kenal...
    Makasih postingannya jadi tau nak makan apa di Johor ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Desy,

      Salam kenal. pastikan enjoy di johor. :D

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook