Straits Food Company @ Bangsar, Kuala Lumpur

10:16 am

Assalamualaikum...

Ada siapa dekat sini peminat makan makanan peranakan? nyonya? atau kopitiam? Kalau ada macam biasa kita geng. Sekali sekala pekena makanan nyonya  atau peranakan ni memang terbaik lah orang kata.

So, Sabtu lepas ni sempat la  aku pergi cuba satu kopitiam dekat area Bangsar ni. Tempat dia memang senang je nak carik. Satu jalan je macam nak ke Mid Valley, BSC dan lain2. Memang dah lama dah aku teringin nak pegi sarapan pagi dekat kedai kopitiam Straits Food Company ni. Cumanya memang susah sikit konon-konon nak pegi time breakfast. Tido selalunya lambat je. So after subuh memang nak golek-golek je la lagi.

Takde maknanya janji nak breakfast dekat sini berdua dengan Mudme. Tapi, kali ni aku tekad juga nak pegi makan dekat kopitiam ni. Tak dapat pegi time breakfast, akan aku usaha pegi time lunch. Hahaha.

View dari luar restoran Straits Food Company
Kalau korang nak tau, dekat view belakang tu adalah view dari lrt bangsar tu. Boleh nampak je landasan lrt tu. Memang tak susah langsung nak carik tempat makan ni. Restoran ni dekat corner, Dan agak sedikit membukit dan berada di lereng. Jadi kalau datang dekat sini agak susah nak dapat parking. Kalau dapat parking depan resoran tu memang rezeki korang lah tuh.
Kita kawan, mari makan
Restoran Straits Food Company ni lebih macam kopitiam yang berkonsepkan  makanan nyona / peranakan / baba. Jadi untuk hantu makanan peranakan tu, silalah buat trip dekat sini atleast sekali ye.

Style kopitiam jenis lama, memang cosy, dan tingkap dia style besar, so cahaya masuk memang just nice, tak terlalu panas. Jadi bila nak menikmati makanan tu memang sangat selesa dengan angin dari luar sekali sekala menyapa.
Catchy words
Tagline yang sangat catchy "kita kawan, mari makan" & "eat first, talk later" memang membuatkan orang yang datang sini boleh tersenyum sendiri. Basically kita ni kalau pegi makan dekat mana-mana mesti nak pegi ramai-ramai dengan kawan cuba tempat baru dan kalau dah jumpa tu sure macam setahun tak jumpa dan asik lah tak abis-abis nak borak. Jadi nya tagline dekat atas tu memang lah terkena kadang-kadang dengan diri kita tanpa sedar atau dengan sedar. Hehehe.
The Menu
Terus terang cakap, dekat Straits Food Company teramatlah murah sangatnya. Paling mahal pon RM16. Pilihan dia pon memang banyak, ada snacks, all day breakfast, meals, dishes, seafood, veggies, drinks dan juga desserts.

Makanan macam biasa, semua yang biasa kita makan dekat kopitiam lebih kurang sama, cuma dia lebih kepada baba / nyona style.
Plihan makanan during this visit
Tudiaaa... masa sampai tu memang sangat lapar gila. Aku memang sampai-sampai terus scan menu. Tertelan-telan airlio tengok nama-nama menu dengan gambar. Dengan pantas aku order seperti apa yang korang nampak dekat atas ni. Aku ada order kaya butter bun, tapi time ni tak sampai lagi.

Untuk snacks, aku order Pai Tee (RM5.50). Penuh "TopHat" dengan sayur-sayuran, racikan telur dadar dan bawang goreng. Sedap dimakan dengan cili pencicah nyonya style. Dalam botol tu cili sos khas untuk Pai Tee tu.


Kaya Butter Bun (RM2.10) untuk satu. Yang tu aku makan last sekali. Suprisingly, stil ranggup dan sedap. Selalu roti ni kalau kita makan lewat-lewat dia akan lemau kan, tapi tidak dekat sini ye. Still ranggup lagi roti dia. Dan butter dan kaya pon sedap je.

Lagi satu snacks yang buat aku tertelan airlio lebih banyak adalah Popiah Peranakan (RM4.50). Yang macam dalam gambar tu kalau korang tengok, sangatlah besar ye. Dah la besar, lepas tu mampat penuh dengan segala isi-isi campuran sayur dan lain-lain. Popiah ni akan dibuat setiap kali kita order ye. Memang takde yan ready made. Jadi memang segar dan ranggup inti dia bila kita nak makan. Setiap satu potongan memang besar. Jenuh la korang nak makan. Tak payah order banyak. Satu je pon dah cukup untuk share ye.

Untuk main dish, aku order Nyonya Laksa (RM7.00). Ya ampunnnn.. sedap gila nyonya laksa dia ni. Kuah pekat sangat dan cukup rasa semua. Jadi bila makan, kau takkan merungut-rungut kata ini tak sedap, itu tak sedap. Sebab kuah dia tak terlalu pedas dan tidak berminyak sangat.  Kau makan je lah sampai habis sambil tak pandang kiri kanan. Untuk nyonya laksa ni boleh pilih samada nak kuey teow, mee atau bihun. Fish ball , udang dan kerang seimbang, tak terlalu banyak, dan tak terasa macam tak cukup.

Mudme punya main dish aku paksa dia makan Nasi Lemak + Ayam Goreng Kunyit (RM12.50). Hahaha. Mengapa aku paksa? Sebab dekat sini mostly makanan ringan, dan main dish dia mostly kari, kuah-kuah dengan kuih. Jadi kau ingat dia kenyang nak makan semua tu. Aku berdoa lah makanan di sini ada yang sesuai untuk mengenyangkan laki aku itu. Haaaa... nasib ada nasi lemak dengan ayam goreng ni. Selamat aku makan dengan happy tanpa mendengar ayat-ayat pedas, lapar tak kenyang dan sebagainya. Nasi lemak dia portion normal. Kalau jenis yang makan banyak, silalah minta extra  nasi ye. Tapi ayam dia memang banyak, lepas tu panas-panas baru masak, tak liat dan segar.

Untuk minuman Mudme order Kopi Ais (RM2.50) dan aku order desserts terus iaitu Cendol (RM4.50). Cendol dia memang tak sama dengan kedai-kedai lain yang kita biasa pegi. Yang ni unik dengan rasa dia tersendiri. Boleh datang sini dan cuba sendiri ye. Pastikan perut kosong ye datang dekat sini, jadi boleh la try macam-macam jenis makanan dekat sini. Highly recommended.

Nak pegi Straits Food Company tapi tak tau dekat mana?

STRAITS FOOD COMPANY
2, Jalan Abdullah, Bangsar Utama, 
59000 Kuala Lumpur.

Phone: +603 - 2202 0038
Hours: Monday - Sunday (10am - 10pm)

p/s: Teringat dekat kopi KLUANG. Oohoiii...rindu!

You Might Also Like

1 comments

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    ReplyDelete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook