Hard Rock Cafe @ Melaka

7:19 pm

Assalamualaikum...

Monday blues dah berlalu? Huhuhu.. Semoga Isnin korang semua penuh semangat ye. Maklum la hujung minggu baru berlalu, macam-macam aktiviti bersama keluarga dan orang tersayang kan. Apa-apa pon selamat mengharungi minggu baru ini dengan senyuman ok. Chewaaahhh!

Ok, hari ni aku nak share sikit cerita semalam iaitu 22 Jan 2017 bersamaan dengan hari Ahad, aku berkesempatan merasa sendiri makanan yang aku dah lama teringin nak cuba. Makanan apa tu? Haaa.. let's go! Baca story di bawah ok.

Dalam pkl 9.45am,  aku dengan Mudme dah settle semua urusan dekat rumah, terus kitorang gerak ke Nilai. Kenapa ke Nilai? Sebab nak pegi ambil Zahid dekat rumah dia. Actually memang dah janji dengan dia nak pegi sini dari trip Sabah haritu. Sampai rumah Zahid dalam pukul 10.45am macam tu, tunggu sekejap dia siap-siap, then terus kami menuju ke Melaka.

Perjalanan dari rumah Zahid ke Melaka ambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit macam tu. Alhamdulillah tak jam, so perjalanan pon smooth je. Sepanjang dalam kereta, borak-borak and chill je dengar lagu Madonna - Express Yourself. Zahid lah yang introduce lagu ni. Hahaha. Lyrics "Don't go for second best baby!" itu yang aku paling suka. Siap streaming lagi dari tepon dia. You make my day Zahid. Hahaha.

Sedar tak sedar, kami pon dah sampai dekat exit Ayer Keroh, then terus menuju ke tengah bandaraya kota Melaka. Dah sampai area bandar tu memang jam sikit lah dan yang pasti susah sikit nak carik parking dan yang suit dengan terms and conditions Mudme. Dia awal-awal dah pesan tak nak parking dekat bawah pokok sebab nanti kena berak burung. Abis ye satu kereta kalau terkena berak burung ni. Hahaha. Itupon kami hampir-hampir parking dekat situ.

Tapi disebabkan aku dah buat research awal pasal tempat parking ni, so aku terus buat keputusan untuk parking dekat bawah bangunan tempat yang aku nak makan tu. Alhamdulillah, masuk je terus ada last spot parking. Parking situ very limited ye. Adalah dalam 20 parking lot je macam tu kot. Ngam-ngam sampai dalam pukul 12.45pm. Sesuai sangat untuk lunch terus kan. Perut pon dah rasa lapar-lapar sikit walaupon pagi dah sebat nasi lemak sotong. Hahaha.
Rock Shop Melaka & Hard Rock Cafe Melaka
View dari seberang jalan
Tadaaa... Hard Rock Cafe Melaka di depan mata. Memang tak sabar nak masuk dalam nak tengok apa yang best sangat dekat dalam Hard Rock Cafe Melaka ni kan.
Credit Photo: Hard Rock Cafe Melaka Website
 Tapi, kami tak masuk terus ke cafe, kami cuci mata dulu dekat Hard Rock Shop Melaka yang terletak bersebelahan dengan cafe. Actually, pintu je yang lain, tapi dia link jugak dengan tempat makan. Boleh nampak sebelah kanan tu, pintu Rock Shop boleh terus ke ruangan Cafe tu. Dah settle cuci mata, kami pon terus masuk dekat ruangan cafe di Hard Rock Cafe Melaka tu.

Sedikit information kepada yang tak tau, dan yang baru tau macam aku ni, Hard Rock Cafe Melaka ni adalah salah satu daripada restoran rangkaian yang bertema dan  diasaskan pada tahun 1971 oleh Isaac Tigrett dan Peter Morton dekat London. Lepas tu pada tahun 1979, diorang dah start gantung dekat dinding rock & roll punya kenangan-kenangan manis macam gambar, guitar, dan collection-collection lain, lepas tu rangkaian-rangkaian lain pon dah start buat benda yang sama macam yang founder berdua tu buat.

Itu yang kita tengok sampai sekarang, setiap Hard Rock Cafe dalam dunia, mostly diorang akan gantung dekat wall-wall dengan collection daripada artis-artis rock & roll yang terkenal seluruh dunia. Aku pon kagum dengan konsep macam ni. Sampai ke hari ini, Hard Rock Cafe dah ada 168 seluruh dunia, 23 hotel, ada 191 lokasi Hard Rock dalam 59 negara dan ada juga 11 casino. Fuhhh. hebat-hebat. Just Abaikan je casino tu. Huhuhu.
All Is One
View dari ruangan yang kami duduk
Seat untuk orang yang nak chill minum-minum and relax
View dari bar
Seat kami dekat bawah ruangan tulisan "Love All Serve All" tu. Dekat situ sepanjang area tu semua seat sofa, sangat selesa dan luas. Pandai Zahid & Mudme pilih seat yang selesa.
View dari meja kami
Pilihan yang tepat sangat seat dekat sini. Enjoy dengan background music yang Hard Rock Cafe Melaka pasang, Lagu-lagu yang Hard Rock Cafe Melaka mainkan mostly kita biasa dengar lagu dulu-dulu. Memang best sangat. Lagu punk rock pon ada ye. Huhuhu. Mudme pon enjoy dekat sini. Projector tu sentiasa pasang music video yang best-best.

So sambil-sambil tunggu order dan borak dengan kawan tu, sekali sekala boleh tengok projector tu kalau lagu favorite korang dimainkan. Very nice. I loikkkeeee. Dekat belakang projector tu stage untuk live band, start malam live band dia. Sekarang ni  yang perform live band tu dari Bali, Indonesia. So Atai cakap, kalau yang datang dari Indonesia memang ramai gila orang datang sini. Full house.

Atai the waiter cakap, dekat sini kalau nak tengok live band, digalakkan datang awal, or else tak dapat seat. Lepas tu dia bagi tips, kalau hari minggu memang full house lah. Sebab semua orang nak tengok live band kan, kalau nak dinner tu, agak mencabar sikit nak dapat seat.

So dia cakap, datang hari Selasa malam, dan Rabu malam. Sebab mostly hari Rabu tu ladies night kan. Semua orang sibuk ke disco sekitar Melaka tu. So lenggang la sikit Hard Rock Cafe Melaka time tu, dan chance nak dapat seat untuk dinner besar la sikit. So, kepada yang teringin nak datang sini time dinner, boleh refer jadual yang aku dah bagitau dekat sini ye.

Zahid dengan contact lens green color
Yang lagi best dekat dalam Hard Rock Cafe Melaka ni, terdapat banyak giler kot collection artis-artis satu dunia. Contoh dekat belakang Zahid tu, jacket The Beatles. Mostly iconic wardrobes dari artis-artis popular la yang berada dalam cafe ni. Sangat teruja aku tengok. Terkelip-kelip mata tengok satu-satu. Gitar-gitar pon yang display dekat sini ada yang dari greatest venue yang artis-artis tu main masa favorite tours dunia. Haaa gitu.

Dapatlah aku merasa tengok satu-satu collection dekat sini. Dan belajar serba sedikit pasal rockers dan artis seluruh dunia kan. Memang banyak sangat information dekat dalam cafe ni. Setiap satu collection dengan cerita masing-masing.
Ruangan makan yang lain
Kalau nak buat gathering dekat sini pon tiada masalah dan jangan pening-pening. Dekat area sini ada meja panjang untuk keluarga besar atau lunch meeting. Dan celebration pon amat lah selesa sekali. Masa kami lunch dekat sini, beberapa minit lepas tu ada dua keluarga chinese dan melayu datang sini makan dan duduk di meja yang panjang tu.

Setiap family members memang selesa dan happy dengan anak-anak kecil berlari-lari main sesama sendiri. Parents pon happy tak risau nak kepung anak-anak. Walaupon budak ramai, tapi tenang je dalam tu sebab suasana dalam tu yang ber air cond dan luas. Anak-anak selesa, mak ayah pon tenang nak borak-borak kan. Huhuhu.
Ruang bar & smoking area

Untuk yang merokok, jangan risau, korang boleh duduk dekat luar sana tuh. ramai je yang santai-santai dekat luar sana sambil borak-borak dan hisap rokok. Dan mostly yang dekat luar lebih selesa dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan view dari luar pon cantik. Ada sungai dan sekali sekala bot lalu menyusuri sungai dekat tepi Hard Rock Cafe Melaka ni.

Memang nice view sangat lah. Zahid pon mula-mula sampai terus tanya dekat Atai waiter dekat Hard Rock Cafe Melaka tu, "you smoking tak?" Atai pon cakap lah smoking. "Dekat mana you smoking?" aku pon macam pelik apahal si Zahid ni beria tanya budak tu hisap rokok ke tidak, rupanya dekat Melaka ni tak boleh hisap rokok. Hahaha. Kelakar sangat si Zahid ni. Tapi Atai cakap, dekat seat area luar tu smoking area. Boleh smoking dekat situ je, sebab still dalam Hard Rock Cafe Melaka. Keluar dari situ, saman terus. Huhuhu. Lega si Zahid dapat smoking di situ.

Bar area tu pulak, mostly foreigner yang nak minum minuman keras dan enjoy food dengan family members, diorang selesa duduk dekat sini lagi. Memang masa kami sampai ada beberapa meja yang dipenuhi dengan foreigner uncle dan aunty, diorang pon  enjoy music dan gelak ketawa sesama diorang. Cute je tengok diorang tu. Dah tua-tua macam tu just hangout dan lepak je setelah penat bekerja semasa muda kan.
Suasana tenang dan masing-masing enjoy their food and chit chat
Uncle dengan Aunty yang duduk di meja depan tu pon enjoy their food. Relax je layan makanan. Anak-anak muda dari Jepun yang selang satu meja dengan kami tu pon datang order dessert dan share ramai-ramai sambil borak-borak. Everybody can enjoy their self kan. Macam mana tu kita yang tentukan. I like it too.
Love All Serve All
View dari depan counter. Dekat Hard Rock Cafe  Melaka ni, cafe dia panjang ke belakang. Tapi luas sangat-sangat ok. Dekat tepi sebelah kiri tu lah pintu yang bersambung antara Rock Shop Melaka dengan Hard Rock Cafe Melaka ni.
Sabar... sabar.. korang mesti dah tak sabar nak tengok gambar makanan kan, tapi aku terpaksa share dulu dengan korang gambar-gambar dalam Hard Rock Cafe Melaka ni. Hahaha. Kami pon dah ready dah nak order. Masa diorang tengok-tengok menu nak order apa, aku sebok pusing keliling ambil gambar nak share dengan korang semua. Atleast dapat lah korang tau serba sedikit apa yang ada dekat dalam Hard Rock Cafe Melaka ni kan.

Tapi sebelum aku share gambar makanan, marilah aku share dulu menu-menu yang ada dekat Hard Rock Cafe Melaka ni untuk tatapan korang dan untuk korang buat budgeting sebelum sampai dekat sini nanti ok. Mariii tengok Hard Rock Cafe Melaka Menu sekarang.
Starters

Starters

Salads & Rock The Wok
Entrees
Smokehouse
Burgers & Sandwiches
Desserts
Alternative Rock & Spiked Coffees
Spiked Coffees & Liqueurs
Haaa... dah puas tengok menu-menu yang ada dekat Hard Rock Cafe Melaka ni? Memang banyak sungguh pilihan makanan dekat sini. Kalau boleh semua aku nak try, tapi memandangkan dekat Hard Rock Cafe Melaka ni harga dia amatlah mencekik tengkuk aku ni, jadi harus lah pilih mengikut apa yang kau termampu pada masa itu. Hahaha.

Kalau nak cerita dari segi harga, memang tak dinafikan lah harga dekat sini memang agak mahal, tapi memandangkan ini kali pertama untuk aku try makan di sini, aku pon memang dah tau harga dekat Hard Rock Melaka ni AGAK mahal, so aku pon memang dah sediakan bajet awal-awal untuk ke sini. Dan satu lagi, dengan harga yang sangat mahal di sini, portion dia pon aku percaya amatlah besar juga kan. Sama macam konsep western food dekat tempat lain yang kita pernah makan. Setuju?

Masa Zahid dan Mudme order food, aku masih sebuk-sebuk lagi ambil gambar, dan Zahid dengan laju dah pon order apa yang dia nak minum. Hahaha. Laju sungguh diaorang ni. Inilah saat dan ketika untuk aku share kan gambar-gambar makanan yang kami order untuk tatapan uolss semua. Enjoy!
Berrilicious (RM29++)
Wow! wow! wow! Berrilicious ni sangat lah mantap rasanya. Bukan main-main rasanya. Siap hiasan hirisan buah orange dengan buah strawberry lagi. Berrilicious ni rasanya sangat smooth dan manis buah dan kita memang boleh rasa tahap pure dia tu. Berrilicous ni sangat delicious hasil dari gabungan sirap Monin Wildberry dengan fresh cut strawberry dan juga fresh orange juice. Di blend semua sekali terhasil lah Berrilicious yang super sedap ni. Korang patut try ye kalau datang ke Hard Rock Cafe Melaka ni. Rekemen sangat-sangat. Love it.
Iced Lemon Tea (RM14++)

Bottle Water (RM6++)
Iced Lemon Tea rasa dia pon ok jugak. Mostly air ni sama je rasa dia kan. Samada terlebih manis, terkurang manis. Hahaha. But yang ni just nice. Dekat Hard Rock Cafe Melaka ni, drink macam ni takde konsep bottomless macam dekat tempat-tempat lain tu. Kalau habis, sila lah order baru ye. Huhuhu. Mineral water kami order 2 botol.
My Super Hero
Mudme selalu menjadi mangsa aku setiap kai kami try new place, nanti asik suruh dia ambil gambar je. Huhuhu. Nasib lah Mudme very understanding dan supportive. Dia layankan aje perangai wife dia tu. Zahid pon sama memahami. Thank you, thank you!
Zahid menikmati Berrilicious. Kesian dia sakit kepala. 
Lunch buddy. Thank you uolss teman I review food dekat sini
Suka sangat dengan dinding background tu. Dia guna velvet sebagai wall tu. So nampak mewah dan bersih je. Tak nampak lusuh dan oldskool. Susunan collection dekat belakang tu pon cantik. Kemas dan teliti.
Jumbo Combo (RM88++)
Tadaaa... ini lah pembuka selera kami. Starter yang awesome. The most popular appetizers they say. Yang ni sumpah tak tipu. Sudah la portion dia sangat besar, rasa nya tak payah cakap la. Tolong lah.. sedap nyaaa... Syahdu je makan.

Untuk pilihan starter ni, dalam Jumbo Combo ni dah siap terhidang beberapa menu dekat dalam tu. Ini memang sharing platters lah ye. Tengok je lah ada  6 jenis appetizer dalam satu pinggan.

Antaranya adalah:

1.) Signature Wings - Yang ni kita boleh pilih nak dimasak cara apa. Ada pedas, sweet sour atau sour and all. So kami pilih yang sweet sour, semua orang boleh makan. Makan dengan hickory barbecue sauce memang padu.

2). Onion Rings - Sangat crunchy dan banyak. Besar-besar dia hidangkan. Puas makan dan cukup rasa. Yang ni aku makan dengan tartar sauce dia. Terangkat oiii.

3). Tupelo Chicken Tenders - Serious sedap ngat-ngat yang ni. Hahaha. Ayam bahagian breast ni sangat lembut ok. Memang tender habis lah. Masuk mulut terus melt je. Dengan ranggup batter dia lagi. Cicah pulah dengan honey mustard sauce tu, Aduihaiii.. cair aku dengan Tupelo Chicken Tenders nih. Slurpss! Teringat-ingat.

4). Spinach Artichoke Dip - Perghhh... yang ni terpaling win sekali. Sedapnya ya ampunnn kau... tak puas makan yang ni. Dah la sedap, nasib baik lah banyak. Puas makan. Spinach dengan artichoke dia banyak sangat dan terasa betul cream cheese dia. Makan time panas-panas, nikmat sangat. Zahid pon suka yang ni.

Mudme ada tanya ni apa inti dalam dia. Aku cakap nanti aku bagitau. Hahaha. Kalau cakap ada artichoke, mau sampai ke sudah tak hingin dia nak rasa. Huhuhu.

5). Parmesan Flatbread - Flatbread ni dimakan bersama dengan Spinach Artichoke Dip tadi tu lah. Flatbread ni dia crunchy dan memang snack yang paling sesuai lah bagi aku. So memang kena sangat la makan cracker ni dengan dip tadi tu. Cracker ni pon dia ada cheesy sikit rasa dia. Menangis makan. Dah la sedap, banyak, puas kami makan. Sorry Zahid, I pon suka makan yang ini. Hahaha.

6). Potato Skins - Antara yang terpaling sedap jugak. Ehhh... semua lah sedap. Potato Skins ni full of cheddar cheese ok dekat tengah-tengah dia. Siap melting lagi. Lepas tu ada taburan beef sliced, sour cream dan juga taburan daun bawang. Fuhhh.. penuh mulut makan Potato Skins ni. Portion dia besar, memang puas, dan makan pon panas-panas lagi, hampir-hampir melecur mulut akibat lelehan cheddar cheese tu.

Zahid siap tanya pada aku reti tak buat benda alah ni. Hahaha. I mana reti, makan reti lah. Huhuhu. Tapi boleh je belajar buat. Sebab simple je resepi dia tu.

Hidangan ni didatangkan sekali dengan sauce yang super banyak. Ada honey mustard sauce, hickory barbecue sauce,  blue cheese dressing dengan tartar sauce. Tak lebih tak kurang portion dia. Just nice.
Parmesan Flatbread dicicah ke dalam Spinach Artichoke Dip
Haaa.. tengok bukan main lagi mencicah Parmesan Flatbread tu. Sukaaa sangat, sampai tak berhenti-henti mencicah nye.
Nah. Close up sikit bagi yang teringin nak cuba nanti. Huhuhu.
We enjoying our Starters - Jumbo Combo
Hickory BBQ Trio Combo (RM120++)
OMG! Hickory BBQ Trio Combo ni super delicious. Bukan acah-acah tapi betul-betul sedap. Portions dia Ya Allah besar gedabak. Nampak je dekat sini macam kecik, tapi percaya lah, tengok depan mata sendiri baru tau besar ke idokkk... Hahaha.

Hickory BBQ Trio Combo ni, kalau dalam menu dia dalam kategori Smokehouse. Menu ni memang specialties lah dekat Hard Rock Cafe ni. Signature Smokehouse Specialties lah gitu. Dalam menu ni semua nya berasaskan daging-daging. Dimasak secara special iatu dengan cara diaorang akan marinate dulu daging tu lepas tu diorang mengunakan teknik slow-cooked. Haaa... terliur aku bila membacanya di dalam menu tu.

Rasa dia superb, tak liat, cair di mulut bila kita makan daging dia. Mesti cuba yang ni ye.. wajib. Dari tadi aku dok cakap daging je kan? Daging apa ye dak?

Hickory BBQ Tri Combo ni terdiri daripada:

1). BBQ Chicken -  Half Chicken ok yang ni. Rasa daging ayam dia memang lembut habis. Ayam ni dicurahkan dengan Hickory Barbecue Sauce yang super awesome tadi tu. Penuh pinggan ok. Sauce dia dah lah sedap. Banyak pulak tu. Puas makan. Tak berhenti mencicah wei.

2). Beef Ribs - Tak payah nak terus terang lagi, semua orang tau Beef Ribs memang sedap. Lagi-lagi makan dekat Hard Rock Cafe Melaka ni, memang menangis dengan kesedapan dia. Dah lah lembut, juicy pulak tu, paling tak kalah portions yang sangat besar gedabak. Rempah ratus rahsia yang digunakan tu lah aku rasa yang membuatkan kesedapan sehingga menjilat jari tu. Tetap dicurahkan Hickory Barbecue Sauce ke atas Beef Ribs ni, penuh pinggan sampai melimpah-limpah. Memang tak kedekut. Dimasak dengan sempurna sekali.

3). Pulled Lamb - Daging kambing yang dicarik-carik dan dicurahkan juga dengan Hickory Barbecue Sauce, lepas tu diletakkan di atas toasted bun. Sedap dia pon sampai tak terkata juga. Huhuhu. Takde bau- bauan yang kurang menyenangkan, bau wangi kambing dengan sauce yang sedap je menambah selera makan lagi adalah.

Menu Hickory BBQ Tri Combo ni memang didatangkan sekali dengan fries, cowboy beans dan citrus coleslaw. Penuh pinggan dengan ayam, ribs, lamb, dengan sauce nya, dengan side dish nye. Memang patut lah harga dia pon expensive kan.

Kalau tengok makanan ni memang boleh terus lupa diri yang bahawasanya anda sedang berdiet. Huhuhu. Tapi sebabkan teringin, ku bedal jua. Esok pulak kita diet ok! Kalau tak cuba yang ni memang rugi yang amat.
Wajah kesayangan Mudme. Muahaha. Matiklah nakkkk!

Nampak tak big portions makanan ni. Beef Ribs tu lebih besar dari tapak tangan aku yang besar tu tau. Sumpah tak tipu.
Original Legendary Burger (RM56++)
10 OZ Burger
Original Legendary Burger ni seberat 10 oz ok. Mak datuk besar gedabak burger ni, Sebesar muka orang. Hahaha. Kalau tak puas makan memang tak tau lah jenis badang ke atau apa. Daging patty yang digunakan di Hard Rock Cafe Melaka ni adalah dari daging yang berkualiti tinggi ya. Premium grade beef gitu katanya.

Daging sentiasa dimasak medium well. Ini yang paling terbaik lah, melainkan kalau ada request dari customer kata nak well done ke, raw ke, baru lah kitchen buatkan mengikut citarasa kita. Tapi, apa yang dia dah suggest ni memang dah tebaik sangat-sangat dah. Marvellous! Daging patty dia yang dah cukup besar tu, ditambah pulak dengan toasted bun yang super besar jugak, memang lah tak sebesar muka manusia? Hahaha.

Lapisan demi lapisan Original Legendary Burger ni, disusun bermula dengan toasted bun, lettuce, tomato, 10 oz patty, cheddar cheese, smoked turkey sliced, ditambah pulak dengan golden onion rings... aduihai, mana lah aku tak kecur air liur melihatnya. Memang tak boleh tunggu lama-lama. Rasa nak terus aummmm nom.. nom..nom... Ingat dah cukup banyak, jangan tak tau, siap sekali dengan fries penuh satu bucket bersama tartar sauce. Ohhh.. mana tak nangesss.
Nampak tak portions yang besar tu. 
Mudme dah siap potong dua burger tu, sebab besar sangat, tak muat nak masuk dalam mulut terus seketul macam tuh. Itu pon dah cukup besar dah separuh burger yang sebelah tuh. Memang lazat, juicy, medium well memang terbaik lah bagi aku. Selama ni, Mudme kalau dia order burger, dia mesti akan order yang well done. Sebab dah biasa kan makan yang well done. Tapi masa order burger ni, orang tu rekemen makan yang medium well, and Mudme pon dengan senang hati nak mencuba medium well. Suprisingly dia pon suka juga. Dan aku pon teramat suka daging patty dia yang lembut dan juicy itu. Yang ni pon tak rugi kalau nak try, boleh makan berdua, atau bertiga. Tetap kenyang juga.
Cik Ja pon suka sangat Original Legendary Burger ni.

Semangat dapat makan burger 10 oz tu. Bukan selalu. Setahun sekali je. Huhuhu. Terima kasih Ya Allah atas limpah rezeki Mu kepada kami semua.
1st Half
Tersandar masing-masing mintak nyawa. Hahaha. Belum apa-apa diorang dah tewas. Sebab portions yang besar gedabak, makanan banyak pilihan, 1st half dorang dah tersandar. Hakak pon hampir-hampir tewas tertidor dekat sofa tu. Hahaha.

Zahid terus keluar carik ketenangan sebab kekenyangan yang teruk dan sakit kepala anje-anje dia tu. Mudme macam biasa dia kalau makan, terasa kenyang, dan food banyak lagi, dia akan relax dulu, tarik nafas dulu, dan sambung makan.

Nampak tak burger tu ada separuh lagi dalam plate tu. Serius nak bagitau kat hampa, memang big portions sangat. Sampai kena rehat sekejap. Huhuhu. Time ni waiter dah angkat pinggan Starter Jumbo Combo tu, sebab tak muat ruang dekat atas meja tu, dia kasik clear, and transfer je mana yang tak abis tu ke dalam pinggan kecik keliling tu. Huhuhu.
Dah sambung makan pon, masih banyak lagi. Rasa dah makan banyak dah ni
Masih bisa tersenyum
Walaupon dah kekenyangan, Mudme masih bisa tersenyum, tengah nak bagi makanan turun sikit dan sambung makan. Zahid dah hilang dah time ni, keluar pergi carik angin sepoi-sepoi bahasa di smoking area. Hahaha.

Masa kami mula-mula nak order, Atai si waiter tu dah cakap, ini big portion, aku macam oh. ok takpe nak order jugak. Then lama sikit lepas order Starter Jumbo Combo tu, aku dah ready lah nak order main dish. Kami pon panggil waiter yang terdekat nak order, so tambah order, Hickory BBQ Tri Combo, Classic Club Sandwich, dan Original Legendary Burger tu. Sekali out of nowhere, si Atai tu muncul terus dia cakap, "betul ke nak order semua ni, sebab semua yang order ni big portions, saya risau tak habis" pastu kami macam ye ke? then fikir punya fikir, cancel lah Classic Club Sandwich tu.

Nasib kau, kalau tidak, memang tido situ sampai malam nak perabis semua makanan tuh. Hahaha. Tetiba sampai terkejut tengok portions dia macam nak bagi 5 - 6 orang makan. Thank you Atai sebab rekemen tak order banyak-banyak. Huhuhu.

Sementara nak tunggu makanan turun ke perut, aku pon pegi toilet, membuang apa yang patut. Toilet dia pon bersih, not bad jugak. Dekat laluan masuk ke toilet, penuh dengan gambar-gambar artis terkenal disangkutkan di wall laluan tu. Sukaaa.
Kawasan sinki. Cantik dengan cermin ukiran
Dinding di dalam toilet. Cantik dengan susunan batu-batuan kecil. Penuh dekat wall dengan gambar- gambar artis terkenal dunia
So? Boleh habis ke tidak makanan tadi? Hahaha. Memang tak bisa kami nak perabis, sebab banyak kan. Zahid tapau je bawak balik yang mana tak habis tadi tu. Next time boleh ke Hard Rock Cafe Melaka lagi. Tapi cuba dekat tempat lain pulak ke kan. Dalam Malaysia ni kan ada 4 Hard Rock Cafe Melaka. Yang ni sudah ku cuba, dan ku sangat menyukainya. Terima kasih kepada Zahid sebab teman I review food di Hard Rock Cafe Melaka ni dan of course la Hubby I sekali. Kihkihkih. So, bagi aku, sini jugaklah antara tempat yang best wajib di singgah di Melaka.

Kami lunch di sini lebih kurang 3 jam macam tu. Dalam pukul 3ptg kami dah keluar dari Hard Rock Cafe Melaka ni. Dah tak larat dah nak sambung makan, takut sampai ke malam. Hahaha.

Masa mintak bill, tengok harga tak sama dengan price list dalam Menu. Maksudnya, price murah sikit. Sebab nya adalah kerana kami datang time happy hour. So memang dapat diskaun. Diskaun berapa? Anggap je total kos kami order semua tu, tak perlu bayar 16% service charge dan tax. Kalau lepas tambah 16%  tu mahal lah sikit. Macam tu lah lebih kurang kira-kira nya. Kalau tak paham sudah. Hahaha.

Kepada Mudme my hubby, my cinta hati terima kasih yang tidak terhingga juga sebab sudi belanja isteri cute dia ni makan di Hard Rock Cafe Melaka ni, dan sanggup ambikkan gambar-gambar yang aku mintak dia tolong ambilkan. Walaupon mulut mengomel sikit-sikit time nak ambil, but I still love you. Tanpa mu, tak dapatlah aku makan di Hard Rock Cafe Melaka ini. Hahaha.

Tahniah juga dengan rezeki di awal tahun baru ini, Im so happy for you, dasar Senior Designer. Hahaha. Semoga Allah terus murahkan rezeki kita berdua. Cheeewaaahhh! Terima kasih juga pada tahun-tahun yang lepas, dan hope for another happy life togehter di tahun yang akan datang. Biar apa pon Allah aturkan kita akan terus happy. Yeay!
 L: Help, Manage, Love
R: Love, Lead, Provide
Good times. Crazy friend. Amazing memories
Thank you Hard Rock Cafe Melaka for the superb food
Zahid cakap gambar ni wajib letak dalam blog ni. Oh okay! Brader belakang lagi pandai posing kot. Hahaha
H&M
Turun je dari Hard Rock Cafe Melaka, kami terus singgah H&M yang betul-betul bertentangan dengan Hard Rock Cafe Melaka ni. Saje cuci mata, bakar kalori yang dah input terlalu banyak dekat HRC tadi. Hahaha. Memang look see - look see je. Tiada apa yang dibeli.
Hard Rock Cafe Melaka dari seberang sungai
Dekat verandah tu lah Zahid melepaskan asap-asap yang tak boleh dilepaskan di dalam tempat kami makan. Nice view kan kalau yang pilih seat smoking area tu. Dapat tengok bot lalu sambil melambai-lambai tangan kepada orang yang tak dikenali dalam bot tu. Hahaha.
Agaknya dekat Hard Rock Cafe Melaka tadi diorang ni acah-acah kenyang kot. Hahaha
Sekali boleh sambung sini daaa... makan pulak tu Ais Kacang, Cendol Durian dan juga Cendol Pulut Durian. Masakkk lah kalori bertambah-tambah. Hahaha. Terima kasih teman makan tadi, I belanja cuollss makan Cendol dan Ais Kacang. Hahaha.

Duduk sini, borak-borak, sambil tengok bot lalu dekat sungai tu, sambil tangan melambai-lambai kepada penumpang bot yang tidak dikenali. Kahkahkah.

Kami chill je dekat sini, just kill the time sambil borak-borak. Sebab plan awal, memang nak datang Melaka, just nak pegi makan dekat Hard Rock Cafe Melaka sahaja. Tapi tu lah orang cakap kan, kalau datang dekat sini memang tak sah nak makan benda-benda lain yang orang cakap terkenal tu. Ada je idea nak tambah beban kalori masuk dalam badan ni ha.

Kami lepak sini dari pkl 3ptg - 5ptg macam tu. Then, terus gerak. Since parking pon dekat bawah bangunan Hard Rock Cafe Melaka tu je, so takde la masalah penat nak berjalan menapak mencari kereta. just seberang sungai tu balik je dan turun ke bawah bangunan. Harga tiket parking dekat bawah tu dari pkl 12.30tgh - 5ptg lebih macam tuh kena RM25. Hahaha. Matiklah nak. takpelah nak senang punya pasal kan. Hadap je lah.

Keluar terus dari situ, terus pergi ke Kuih Keria Antarabangsa - Haji Jalil. Sampai sana orang dah beratur macam nak gila. Hahaha. Demi kuih keria, beratur lah jugak. Tapi tuh la, kalau takde rezeki tu, dah beratur pon tak dapat jugak. Sebab kuih dah tinggal sikit. Orang beratur belakang memang tak dapat. Aku la antara orang nye tu. Hahaha. Sementara aku beratur Mudme solat dulu dekat masjid sebelah.

Bila dah tak dapat tu, Zahid ajak Mudme jalan kaki ke Kuih Keria Hajjah Rahmah pulak. Tak jauh pon, jalan kaki je dari Haji Jalil ni punya kuih keria. Elok je dua orang tu hilang. Aku carik-carik tak jumpa, sebab diorang dah pegi time aku beratur dekat Haji Jalil tu tadi. I pon tunggu je dalam kereta.

Zahid bawak balik 30 biji kuih keria. Hahaha. Merasa lah jugak I makan kuih keria tu. Walaupon rasa tak sama, tapi sedap je. Kuih keria jugak. Dah dapat tu terus shoot balik ke KL. Zahid belanja 10 ketul. Bawak balik ke rumah, bagi Mak rasa. Malam tak berani dah nak makan apa-apa since siang dah makan macam orang hilang akal. Just masakkan makan malam untuk Mak je. Huhuhu.

p/s: Bangun pagi ni, naik penimbang, terus tengok ada kenaikan +0.7kg. Terus tersengih-sengih teringat segala makanan yang masuk dalam perut semalam. Jangan nak merungut. Hahaha.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook