Chili's Grill & Bar @ Bangsar Shopping Centre (BSC), Kuala Lumpur
9:13 amSiapa dekat sini suka makan Chili's? Kalau suka kita boleh jadi geng. Malam kelmarin (Selasa) aku dengan Mudme berkesempatan makan Chili's dekat Bangsar Shopping Centre (BSC). Kami pilih cawangan BSC sebab dekat sini senang nak parking berbanding dengan Chili's Mid Valley dan yang lain-lain. Lebih kurang pukul 8mlm kami keluar rumah menuju ke area bangsar untuk makan Chili's ni. Trafik dari Wangsa Maju ke Bangsar lancar. Sampai je ke BSC, carik parking terus pegi Chili's. Sebab dah lapar sangat.
Menu book at Chili's |
Teman tapi mesra |
Go through menu. Banyak sangat pilihan |
Banyak pilihan. Tak tau nak order yang mana |
Ice lemon Tea (RM 9++) & Mango Juice (RM 10++) |
Dekat Chili's ni aku suka datang makan sebab portion dia sangat banyak. So kalau korang order satu jenis makanan still boleh share dengan pasangan or family korang. Dekat bahagian starter je pon dah boleh buat korang kenyang.
Bottomless Tostada Chips (RM 15.95++) |
Tips kalau nak makan pilihan yang di bahagian starter / appertizer, aku sarankan ambil menu Tripple Dipper. Sebab apa? Untuk menu yang ni, dia mix dengan beberapa menu yang lain di dalam satu dish yang ada di menu starter tu. So kalau yang jenis tengok dekat menu starter tu semua nya kalau boleh nak makan, baik order menu ini.
Tripple Dipper (RM 32.95++) |
Sedapnya Wings Over Buffalo yang dicicah bersama tartar sos. Nyummm! |
Big Mouth Bites (RM 27.95++) |
Ini lah dinner kami. Jemput Makan semua |
Muka happy makanan dah depan mata |
Teman bicara. Kongsi isu semasa dan bertukar-tukar idea dan pendapat untuk majukan diri dan juga maju dalam bidang perniagaan |
Sebab portion yang besar dan banyak, yang mana tak dapat habiskan haruslah tapau bawak balik. Sila jangan membazir ye |
Adress:
Chili's Grill & Bar
Bangsar Shopping Centre,
285, Jalan Maarof, Bangsar,
59000, Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur
Phone: +603-2092 2023
Map Bangsar Shopping Centre |
p/s: Lepas makan dekat Chili's kena excercise banyak-banyak lah nampak nya.
2 comments
Assalam isma,
ReplyDeletebetapa besor nyer each serving tu kan3
he3
Salam...
DeleteHa ah.. besar sangat sampai boleh tapau lagi bawak balik walaupon dah makan berjam-jam. huhuhu
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..