Resepi Simple Dan Mesti Jadi #4: Roast Chicken And Vegetables

11:23 am

Assalamualaikum...

Lama jugak aku tak share kan resepi masakan dekat sini. Boleh dikira dengan jari tangan kanan je. Jadi memandangkan semalam aku ada buat roast chicken untuk lunch, marilah aku share sikit cara nak buat nya. Rata-rata memang ramai sangat orang suka makan roast chicken ni. Tak kisah la dekat restoran western ke, atau beli dekat pasar raya ke kan, yang pasti memang kalau tengok je whole roast chicken tu mesti buat air liur korang meleleh je. Nak pulak bila time duit tak banyak, tekak pulak teringin yang amak nak makan roast chicken tuh kan. Terpaksa lah korang pendam kan perasaan nak makan chicken tuh untuk gaji yang seterusnya. Melainkan kalau gaji korang 3-4K dan bonus 5-6 bulan gaji. Sehari makan 7-8 kali pon takde hal. Hahaha.

Jangan risau. Kalau korang nak makan, boleh je buat sendiri. Resepi dia simple je dan tak renyah pon. Kalau korang dah cuba sekali mesti rasa alamak, senang je rupanya nak buat roast chicken ni. Haaa gituuu. Kos untuk buat nye pon tak berapa mahal. Kalau setakat nak makan sekeluarga 4 orang kos dia baru RM20 aje. Cuba bayangkan harga yang korang beli dekat supermarket atau makan dekat restoran untuk sorang makan? Tak ke lebih kurang sama je kan harga nya? Jimat tak kalau buat sendiri dekat rumah?


Aku rasa ini lah resepi yang paling aku master buat kot. Hahaha. Sebab resepi hebat lain aku belum try lagi sebenarnya. Dan hanya yang ni ajelah aku suka makan over and over again. Satu lagi aku rasa sebab resepi roast chicken ni sangat lah simple. Preparation dia tak sampai 15 minit pon. Kalau setakat family aku cakap teringin nak makan roast chicken ni, aku tak payah fikir banyak kali nak sediakan resepi ni. Jadi aku nak share dengan korang sekarang resepi roast chicken with vegetables ni atau orang melayu kita panggil ayam panggang. Dah jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan step by step cara nak masak roast chicken and vegetables di Isma's Kitchen.

Untuk vegetables, tak payah kupas kulit bawang-bawang, kentang dan jugak carrot. Terus je basuh bersih-bersih dan toskan. Lepas tu terus je potong.
Carrot dipotong besar-besar tanpa dibuang kulitnya
Bawang besar dipotong empat
Kentang dipotong chunky. Ikut saiz yang korang suka. Aku suka saiz sederhana besar supaya dapat kentang banyak
Pecahkan labu bawang puting kepada sebiji- sebiji. Kalau suka sebiji tak perlu potong dua bawang putih ini
Inilah hasil kesemua vegetables yang sudah siap dipotong. Ketepikan dulu, sebab kita nak guna masa last sekali nanti
Ayam. Terpulang pada korang nak saiz yang macam mana
Black pepper, Mixed herbs dan Bay leaves. 
Biasanya kalau nak buat roast chicken ni, aku suka pakai fresh thyme dan fresh bay leaves. Tapi disebabkan bahan-bahan tuh kalau nak beli kena pegi ke cold storage, jadi aku just guna apa yang ada dekat rumah je. Kalau yang rajin nak jalan pegi carik thyme dan bay leaves yang fresh silakan ye. Sangat bagus. Ketiga-tiga bahan ni nanti akan digunakan sebagai seasoning ke atas ayam.
Butter dan Garam
Lemon, Ubi kentang, Bawang putih, Bawang merah dan Carrot
Untuk vegetables, aku memang suka bahan-bahan yang atas ni je. ada orang dia suka letak capsicum dan bahan yang lain. Pernah jugak bubuh capsicum sebelum ni, tapi aku rasa macam tak kena je dengan tekak aku.
Kesemua bahan yang diperlukan
Simple je kan? Ada orang rasa stress nak buat roast chicken ni sebab dok fikir susah nak dapat kan bahan seasoning dan tak pakai selalu dan terasa mahal. Bahan ni semua beli sekali je. Lepas tuh boleh simpan dalam fridge. Next time kalau nak guna lagi tak yah dah beli kan. Tapi make sure tengok dulu tarikh luput nye. Macam black pepper tuh aku selalu guna untuk buat roti telur untuk Mudme breakfast. Selalu lah habis gitu kan. Hahaha. So jangan risau ye. Yang penting kena kreatif guna bahan-bahan seasoning ni.

Ok semua bahan dah ready? So sekarang jom kita mulakan proses membuat roast chicken ni. Sementara korang nak sediakan seasoning untuk ayam tuh, boleh lah preheat oven dalam 210 degrees. Settle bab tuh. Dah boleh seasoning ayam pulak.

Tips untuk ayam, basuh ayam bersih-bersih lepas tuh toskan ayam biar dia kering betul-betul. Atau pon ambik kain bersih lap pada ayam. Kalau ayam betul-betul kering, bila sudah masak nanti ayam akan lebih crispy.
Drizzle minyak olive ke atas ayam
Minyak olive ni bagus. So kalau terlebih sikit takpe lah. Cuma jangan letak banyak sangat. Sapu rata minyak olive keseluruh ayam.
Ambil garam dan ratakan di dalam perut ayam untuk perasa. Masuk kan juga black pepper untuk membangkitkan bau dalam ayam
Ratakan garam di seluruh badan ayam
Lepas tuh boleh ratakan black pepper pula keseluruh badan ayam. Kalau yang suka rasa black pepper tuh boleh la letak lebih sikit. Terpulang pada rasa masing-masing
Last sekali untuk seasoning, aku letak mix herbs. Ratakan juga keseluruh ayam. Aku memang suka bau mix herbs ni. Bau dia kuat dan rasa pon lebih sedap
Terbalik kan ayam. Dada menghadap ke atas. Pisahkan antara kulit dengan isi ayam. Masukkan jari di antara kulit dan isi ayam dan buatkan laluan
Potong butter saiz kiub, dan sumbat kan ke dalam laluan yang terlah di buat tadi
Ratakan butter ke dalam dada ayam. Lakukan langkah yang sama di sebelah kiri ayam juga dan ratakan. Kalau yang suka lebih butter tu, sila lah tambah mengikut citarasa korang ye
Bila ayam dah cukup seasoning, masukkan daun bay leaves yang fresh atau dried macam aku ni ke dalam perut ayam. Tak kisah yang mana-mana pon rasa nye tetap sedap bagi aku. Kalau nak lebih rasa herbs boleh letak 2-3 helai
Ambil lemon tekan dan roll kan. Cara ni adalah untuk mengeluarkan jus - jus dalam lemon itu
Akhir sekali sumbat kan lemon ke dalam perut ayam
Dah siap. Simple dan cepat
Masuk kan kesemua vegetables yang dah siap dipotong mula-mula tadi ke sekeliling ayam
Kaki ayam boleh diikat mengunakan tali masakan atau pon kalau takde just pakai je pencongkel gigi yang macam aku buat ni. Just cucuk di bahagian isi kedua-dua kaki ayam tu. Mesti boleh punya. Pastikan jenis pencongkel gigi yang tahan sikit. Kalau yang jenis murah tuh dia akan patah.
Inilah hasil roast chicken yang telah siap disediakan. Hanya tunggu nak masuk dalam oven sahaja
Bila ayam korang dah ready macam dekat atas ni, terus je masukkan dalam oven. Masak kan selama 1 jam 20 minit. Lepas tuh korang dah boleh la releks nak mandi ke atau nak main game ke kan. Nak berenang pon sempat lagi. Hahaha

After 45 minit keluarkan ayam dan terbalik kan ayam untuk mendapatkan hasil crispy yang sekata. Masuk kan semula dan tunggu lah sampai balance minit korang habis. Cuma nak diingatkan, setiap oven kita ni tak sama. Ada yang jenis dia suhu lain macam. Baru masuk je dah naik rentung ayam kan. So sambil-sambil buat tekan tubi tuh intai-intai lah ayam korang mana tau kot rentung ke kan. Hahaha. Tapi selalu nya elok je takde masalah. So macam mana rupanya ayam korang bila dah masak tuh? Jom kita tengok sekaranggg!
Roast Chicken and Vegetables
Inilah hasil selepas 1 jam 20 minit. Roast chicken and vegetables pon dah siap. Satu tips macam mana nak tau ayam korang betul-betul dah masak adalah, bila korang potong sikit ayam tuh dekat bahagian bawah ayam sekitar area peha, kalau air yang keluar dari ayam tuh kaler duit putih jernih, tandanya ayam tu perfect masak. Tapi kalau masa pontong tuh air yang keluar tu color pink, tandanya belom masak lagi. Masuk kan semula dan masak lagi dalam beberapa minit. Roast chicken ni memang sesuai kalau makan time berkumpul dengan family or ada gathering dengan kawan-kawan. Memang sesuai kalau makan bersama nasi goreng cina, coleslaw, dengan kentang goreng. Amboiii terangkat lah sangat.

So, lepas ni korang boleh makan roast chicken puas-puas dekat rumah. Tak payah lagi fikir nak keluar belanja banyak-banyak kan. Kalau buat 2-3 ekor macam ni memang puas hati makan ramai-ramai. Kalau ada lebihan ayam, esok nye boleh lah korang buat bekalan sarapan untuk suami dan anak-anak korang. Boleh je nak buat chicken wraps pon kan. Jimat tak? Jimattt! Next time kalau ada resepi yang best-best aku akan share lagi dengan korang ye. Tataaa.

p/s: Bila lah nak try buat ribs pulak.

Resepi simple dan mesti jadi:
#1-Ikan Talapia Merah Masak Stim Limau Asam
#2-Sandwich Monte Cristo
#3-Stew Ayam

You Might Also Like

6 comments

  1. Assalam isma,
    iols pun teringin nak bakor ayam sekor2 lagu ni
    tapi tiap kali nak buat mesti my mom n hubby bisin kata nanti TAK ABEH
    ater weols 4beranak ja dalam rumah tu he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak nak membazir, beli yang ayam giant, dia kecik sikit. lagipon boleh makan sampai malam. lepas tuh kalau tak habis boleh masuk peti esok buat breakfast sandwich. heheheh

      Delete
  2. Tq yea isma good job...😊😊😊

    ReplyDelete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook