Resepi Simple Dan Mesti Jadi #5: Apple Crumble
10:46 amKali ni aku nak share dengan korang resepi Apple Crumble. Kalau yang suka makan buah apple tuh, mesti suka dengan apple crumble ni. Masa dulu-dulu, kalau nampak je dekat mana-mana cafe atau restoran dessert ni, mesti aku tak tertahan nak makan time tu jugak. Tapi tuh la harga dekat luar sana tuh bukan nye murah sangat kan. Satu slice pon dekat RM10. Tapi sekarang kalau aku teringin je nak makan, aku boleh buat sendiri je. Sebab resepi dia pada aku sangat lah mudah. Jom aku share dengan korang cara-cara nak buat apple crumble ni.
Perkara pertama sekali adalah korang kena panaskan oven pada suhu 190c. Jadi sementara oven baru nak panas tuh, marilah kita sediakan bahan-bahan untuk buat apple crumble pulak.
Apple. Ambil dalam 5-6 biji apple dan basuh bersih-bersih |
Kupas apple yang telah dibasuh tadi |
Lepas tuh boleh lah dipotong apple. Apple harus dipotong tebal sedikit. Jangan nipis sangat ye |
Selepas apple siap dipotong, timbang apple. Sebanyak 400g apple yang siap dikupas dan dipotong diperlukan. Kalau masih kurang, sila kupas lagi apple ye |
Castor Sugar Sebanyak 20g sahaja digunakan |
1 sudu besar air putih |
Masukkan apple di dalam periuk dan campurkan gula serta air bersama |
Siap untuk dimasak |
Letakkan apple yang sudah di campur air dan gula tadi di atas api dapur. Gunakan api perlahan dan kacau selama 5 minit. Setelah siap dimasak, ketepikan |
Selepas itu, sukat tepung wholemeal sebanyak 35g |
Wholemeal flour yang siap disukat |
Kemudian sukatkan rolled oats sebanyak 35g |
rolled oats |
Campurkan wholemeal flour bersama dengan rolled oats tadi di dalam satu bekas yg lain. Gaul sebati |
Potong butter kepada kiub-kiub kecil |
Sukat butter sebanyak 35g |
Campurkan butter ke dalam rolled oats dan wholemeal flour tadi. Gaul tiga bahan ini dengan mengunakan jari sehingga menjadi crumb texture. Selepas itu baru masukkan gula dan gaul sekali lagi. |
Adunan yang telah siap |
Masukkan apple tadi ke dalam mangkuk pembakar |
Susun cantik-cantik dalam mangkuk pembakar |
Letakkan campuran oats tadi ke atas lapisan apple |
Ratakan campuran oats ke atas apple sehingga menutupi kesemua sekali apple tadi |
Ini lah hasil selepas di campurkan apple bersama dengan campuran oats tadi. Nampak tak jus apple hasil daripada panaskan tadi di atas api dapur bersama gula dan air |
Texture yang sangat rich. Tak sabar nak makan dah time ni |
Akhir sekali masuk kan apple crumble ke dalam oven dan bakar selama 20 minit atau sehingga crumble oats tu sudah bertukar kepada warna coklat keemasan dan apple telah panas |
Tadaaa. Dah siap. Nampak menarik kan warna dia. Serius tak sabar nak makan dah time ni |
Nampak tak perubahan color dari tadi. Selepas masak apple pon berwarna coklat keemasan. Dengan sira gula tadi lagi. Nampak super sedap |
Jom kita hidangkan apple crumble ni |
Ditambah pula dengan aiskrim vanila. Aduiii... tak sabar dah nak makan ni |
Letakkan aiskrim vanila di atas apple crumble |
Dua kombinasi yang memang menyelerakan |
Apple yang lembab hasil dari caramelised gula |
Penuh dengan bijirin. Sesuai dibuat ketika majlis hari lahir anak-anak korang |
Sedap sangat kalau dimakan waktu apple crumble masih panas |
p/s: Dah terpikir dalam otak nak buat apple crumble lagi.
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..