Outing & Dating Di KLCC

10:21 am

Assalamualaikum...

Hari Sabtu, 28 Februari 2015 baru ni, aku dengan Mudme pegi ke KLCC untuk buat gambar dan shoot timelapse untuk submit ke Shutterstock yang aku ceritakan dulu masa mula-mula aku buat blog tuh kan. Untuk pengetahuan korang yang masih belum tau, walaupon aku seorang suri rumah yang menjaga Ibu dan kebajikan Mudme, aku ada jugak mendapat income sampingan iaitu Shutterstock nih lah.

So kitorang memang set dari hari weekday yang kami nak keluar buat gambar dan timelapse. Jadi charge lah battery segala the night before tuh. Actually, kadang-kadang kita yang duduk dekat Malaysia atau khususnya dekat KL ni memang tak nampak sangat keindahan atau tempat-tempat yang boleh kita lawati di dalam negara kita kan. Bila orang luar datang tengok KLCC contohnya, beria ambil gambar berselfie bagai. Macam ada satu minah ni. Aku bagi contoh.


Aku tak tau lah dia dari mana kan. Tapi dia sorang-sorang pon jadik tengah panas berselfie dengan menara kembar KLCC. Berjam-jam cuba selfie dengan menara kembar tuh. Semua angle tak kena lah. Aku dengan Mudme perati je dia sambil duduk dekat kerusi menunggu buat timelapse time tuh. Dia pusing kiri, kanan, atas, bawah, muncung, serius, sengih. Tak jugak dapat puaskan hati dia. Korang tengok punyalah dia nak jugak berselfie kenang-kenangan dengan twin towers tuh. Hahahah. Yang kita ni tengok dekat KLCC tuh macam takde mende pon.

Padahal bila dipikirkan balik, engkau bila dekat negara orang pon bukan main sama lagi nak berselfie dengan candi borobudur dekat Indonesia. Setiap sudut candi kalau boleh kau nak berselfie. Duck face dan sebagainye. Ye tak?  betul kan? Hahaha. Itulah gelagat yang aku nampak dekat KLCC time buat gambar dengan Mudme. Seronok. Walaupon hangat matahari dah nak meninggi, tapi disebabkan telatah diorang ni buat kau rileks je.

Kitorang pusing dekat luar KLCC je kali ni. Memang dah plan nak duduk dari pagi sampai petang je dekat situ. Sebab by the time pukul 6.30pm aku nak balik siapkan makan untuk mak aku pulak. Dapatlah 2-3 spot kami shoot. Tapi tak ramai lah hari Sabtu hari tuh. Deka taman, kurang bebenor orang beriadah. Selalu dekat kolam renang pon dah penuh anak-anak orang berlari main air. Tapi tengok macam tenang je pagi tuh. Disebabkan itulah rasa rileks jugak tak kelam kabut nak carik angle yang ok. Jom cuci mata pemandangan sekitar KLCC.

Petronas Twin Towers, KL
Sampai je waktu lunch kitorang terus masuk KLCC. Amboi nyaman rasanya dapat aircond KLCC ni. Terus rasa macam tak nak keluar dah ambik gambar dekat panas terik tuh. Apa-apa solat dulu. Kalau tak sembahyang apa gunanya. Orang ramai dekat tempat solat seperti biasa lah. Mudme tunggu barang dulu, lepas aku solat baru giliran dia pulak. Settle solat kami pegi makan dekat KFC. Teringin nokkk. Pastu sambung shoot lagi dekat luar.

Sayang air pancut tak pasang. Kalau tak sure cantik
Gambar kenang-kenangan aku di depan KLCC - Febuari 2015
Hahahaha. Caption tourist sangat. Kat sini ramai giler kot tourist. Macam-macam lagi ragam dia dari dalam taman KLCC tuh. Serius yang dekat sini lagi lawak-lawak belaka. Ada yang panjat batu tinggi semata-mata nak berselfie dengan twin towers. Aku pon nak juga berangan ala-ala tourist. Aku suruh Mudme ambil sekeping lagi gambar aku ala-ala tourist. Nak tengok? Marilah ke bawah.
Gambar kenangan aku di KLCC - Febuari 2015. Tema Picit
Kah kah kah! Haaa kauuuu! Mampus gelak terguling-guling time ni. Aku ngan Mudme perati ramai orang dok selfie dekat depan ni. Serius lain macam cara selfie diaorang. Aku terus cakap dengan Mudme. Cepat-cepat ambik gambar aku selfie depan KLCC ni. Aku nak picit KLCC jugak. Hahahah. nampak tak aku picit KLCC tuh?  "quit" (cute) kan... Hahahah. Bodoh gile rasa time ni. Tergelak-gelak aku dengan Mudme fefiling tourist dekat depan KLCC dengan tourist-tourist yang lain. Aku perati tourist dari India yang paling lama sekali berselfie depan KLCC ni. Asik tak jadi je gamak nye kot. Maybe gambar gelap ke apa ke ntah aku pon tak pasti. Memang best sekali-sekala outing & dating macam ni dekat KLCC. Chill sikit jiwa kan.

Disebabkan panas yang amat. Tak banyak pulak dekat area ni nak berteduh. Kepala dah rasa panas sangat. Selesai je shoot dekat sini terus aku ajak Mudme balik. Tak tahan dah tahap kepanasan yang dah melemaukan tenaga. Masuk dalam ambik angin aircond semula. Matik lah demam pulak nanti. Asik panas sejuk, panas sejuk aje kan. Mudme tuh bukan boleh. Badan dia manja sikit. Kang mulalah rasa nak demam lah apa lah.
Garrett Popcorn. Tambah gula dalam badan
Sempat lah singgah beli Garrett Popcorn sebelum turun ke parking. Nak datang KLCC ni memang lah payah. Biasa nye tempat last sekali kitorang akan pilih untuk tengok wayang, jalan atau makan. Kecuali kalau datang nak beli barang. Aku rasa last datang sini masa Mudme nak beli lens kamera Sony dekat tingkat 4 tuh je kot. Lepas tuh mana ada datang lagi dah dekat sini. Settle sini keluar terus lah pegi bayar paking. Sekali senak perut tengok harga nak kena bayar parking.
Sila bayar parking dengan harga makan dua orang ni ye
Tapi agak berbaloi lah jugak duduk sampai 5 jam 39 minit dekat sekitar KLCC ni. Apa apa pon diharap gambar dan timelapse dapat pulangkan balik duit saya RM22 ni ye. Hahaha. Oklah. Dah habis cerita untuk aktiviti hujung minggu. Nanti kita sambung lagi ye.

P/s:Kalau dapat pegi sawah padi pon best jugak.

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalam isma,
    he3
    picit bebenor dah gambor tu :P
    YaAllah charge parking tu boleh bayor lunch iols seminggu tau he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... kelakar betul time tuh. sambil tunggu buat gambar buat kerja gila macam ni.

      parking klcc memang mahal ler. stresss. nasib dah makan time tuh. kalau tak mesti makan mesin tuh. hehehe

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook