Restoran Selera Tambun @ Penang
1:52 pmAssalamualaikum...
Kali ni nak cerita pasal tempat makan satu lagi. Yang ni aku pergi time bercuti ke Cameron Higlands dan masa on the way ke Kulim.
Perut dah lapar. Tak makan apa2 dari turun Cameron. So last2 kitorang decide nak pegi Bukit Tambun, Penang. Pegi makan dekat situ je lah. Actually tempat ni Wan yang pegi dengan kawan2 kerja TNB dia. Masa dia ada kursus dekat Penang tuh dia try. Nampak macam menarik. So aku pon call dia mintak location tempat makan tu and so on. Dah dapat location terus shoot ke sana.
Nak pegi sana kitorang ikut jambatan baru. Rupanya jalan nak ke kedai makan tuh jalan sama yang kitorang penah lalu masa first time nak try guna jambatan tuh. Masuk sampai ke dalam laluan yang sama. Cuma tak masuk sampai area kedai makan ni. Nasib baik bukak. Kalau tak memang aku sound Mudme sambil cakap "Ini last aku travel dengan kau". Hahaha. Kididing je. Just teringat je ayat tuh ada orang kena. Tuh pasal saja guna balik.
Dah tu terus duduk. And order je terus. Actually aku memang order sebijik dengan apa yang Wan order before. Tau kenapa? Sebab langkah selamat. Kitorang tengah lapar time tu. So terasa nak makan sedap2 skit. Since Wan dia dah pernah makan dekat situ, and dia rekemen all the food yang dia makan sedap2 belaka, so marilah kita cuba sama jugak dengan apa yang dia order ok.
Mee Udang |
Sotong Goreng Tepung |
Nasi Goreng Udang |
Ketam Goreng Tepung |
Tengok tu. Isi dalam ketam tebal ok. Siap dengan telur ketam pon ada sekali. Perghh lap air lior |
Burrrp! Opss "akusme" terlajak sudah. Aku siap tapaukan mak mertua aku Nasi Goreng Udang lagi. Nak bagi dia rasa. And since kitorang sampai situ petang. So dah kenyang malas dah nak makan malam. Tuh pasal aku tapau siap2 untuk MIL. Jom aku share korang tempat makan ni. Mana tau satu hari nanti korang nak pegi Penang and dah bosan nak makan makanan yang sama je, boleh la try makanan kat kedai makan ni pulak kan.
Restoran Selera Tambun, Penang |
Menu makanan di Selera Tambun, Penang |
Coordinate untuk ke Restoran Selera Tambun, Penang |
p/s: Banyak lagi tempat menarik yang aku pegi.. nanti aku cerita dekat next entry ok.
2 comments
Assalam isma,
ReplyDeletetambun tu kat belah mainland kan3????he3
Salam Sha,
Deletebetol.. betol.. betol.. hehehe
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..