Kulcats Barrio @ TTDI, Kuala Lumpur

4:19 pm

Assalamualaikum...

Malam tadi tak pasal-pasal dah sampai ke salah satu cafe yang terletak di TTDI. Ini adalah kerana kereta Sholehah yang perlu di jumper dan perlu dibawa bersiar-siar. Manja sangat kereta dia tuh. So ke mana aku malam tadi? Jom tengok.

Kulcats Barrio
Menu @ Kulcats Barrio
Ramai giler orang masa sampai. Nasib ada satu meja yang kosong. So marilah kita tengok apa yang ada di Kulcats Barrio ni.
Full house walaupon dah pukul 11pm
Balance. Semua jenis manusia datang dekat sini. Tak havoc sangat dengan budak-budak muda
Barrio Mud Pie (RM13)
Kalau tak silap, Kulcats Barrio buat sendiri semua dessert dia. Barrio Mud Pie ni sedap bila dihidang waktu panas. Ditambah pula dengan aiskrim vanila dekat atas tuh. Perghhh. Lap air liur lah korang.
Red Velvet Cake (RM12)
Yang ni Mudme punya. Sekarang kalau pergi mana-mana cafe, and bila nak makan cake, dia akan order red velvet. So semalam order lah kek ni. Nyum-nyum. Sedap ke nih?
Apa rasa dia?
Lepas Mudme try secubit, dia tolak bagi aku rasa kek ni. Aku pon excited nak rasa. Masuk je mulut terus aku macam rasa sesuatu. Damnn. Kenapa rasa dia pelik. Terus terang aku tersentap lepas makan cake red velvet ni. Terus aku pandang Mudme. "Eh kek ni rasa macam susu basi lah". Itu yang terkeluar dari mulut aku. Bila suruh Sholehah rasa, dia cakap maybe colouring yang dia guna. Tapi aku sure rasa dia macam dekat cream cheese dia yang something. Bukan masam, tapi rasa macam susu basi.


Mudme kalau tak sedap macam mana pon sesuatu makanan yang dia order, dia akan cuba habiskan jugak, kecuali kalau terlalu pedas. Tapi kek ni, macam mana dia cuba pon nak habiskan, tertewas jugak sebab memang tak boleh nak masuk ke tekak. Serius fail giler cake ni. Rasa geli aku nak telan. Sorry to say.
Club Sandwich (RM18)
Club Sandwich ni portion dia just nice dengan harga dia. Presentation dia out sikit lah. But still sedap. Yang ni budak kecik memang tak sesuai makan sebab rasa dia pedas.
Meatball Spaghetti (RM23)
Spaghetti dia sedap, cukup rasa. Cuma kalau korang rasa dia punya meatball ada rasa terlebih rempah sikit. Memang aku dapat rasa macam terlebih jintan pulak dalam meatball tuh. Kalau yang suka rasa spice tuh memang sesuai makan spaghetti meatball dekat Kulcats Barrio ni.
Caramel Macchiato - Cold (RM11)
Tak sempat nak rasa yang ni. Tapi rasanya sedap yang ni kalau ambil yang sejuk. Sebab Sholehah cakap dia prefer yang cold dari yang hot.
Cappucino - Hot (RM10)
Bagi aku Cappucino dekat Kulcats Barrio sama je dengan one of the cafe yang aku suka dekat area Wangsa Maju. So yang ni kira sedap untuk aku. Tapi art dia memang kelakar. Siap tumpah lagi masa hantar dekat meja. Hahaha.
Desserts Bar. Just pilih je yang mana yang paling sedap di mata korang ye
Yang best dekat Kulcats Barrio ni adalah sebab tiada tax yang dikenakan. So just pay apa yang korang makan or minum je dekat sini ye. Kalau yang suka makan western boleh datang sini. Ada ribs ok dekat Kulcats Barrio ni. Maybe apa pengalaman aku dekat sini tak sama dengan orang lain. Tapi atleast mesti pergi sekali untuk try sendiri food diorang ok.

p/s: Teringat red velvet yang tersedap di wangsa melawati.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook