The Cabin @ Taman Melawati, Kuala Lumpur

2:20 pm

* Kedai ini tidak beroperasi lagi di tapak yamg lama. untuk mengetahui lokasi yang baru, boleh lihat di ruang komen. Pihak kabin telah update lokasi baru*

Assalamualaikum...

Bila bercerita pasal makanan western, mesti aku ada perasaan ingin tahu. Dekat tempat makan tuh ada tak dia buat lamb chop or lamb grill. Pastu mesti tertanya-tanya, sedap ke tidak lamb dekat kedai makan tu sediakan. Tapi, tak semua tempat ada menawarkan hidangan yang berasaskan lamb. Mungkin kos yang tinggi atau permintaan yang tak banyak?

Jumaat lepas aku berkesempatan makan di The Cabin. Kedai makanan ni terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Dah beberapa kali untuk cuba datang makan dekat sini, tapi tak berkesempatan. Disebabkan takde tempat lain dalam fikiran aku waktu itu, terus ajak Mudme datang ke The Cabin ni untuk cuba makanan yang diorang tawarkan.

Menu @ The Cabin. Harga dia boleh dikategorikan sebagai mampu bayar
View sekitar The Cabin
Meja di bawah canopy
Bagi aku, susun atur meja dekat sini agak menyakitkan mata sikit. Macam bersepah-sepah pulak. Lepas tuh dia ada letak jugak meja jenis dekat medan selera. Rasa macam tak sesuai sangat. Kedai ni concept dia open space. So kelebihan dia boleh lah korang makan sambil rasa angin sepoi-sepoi. Masa aku sampai meja boleh dikatakan almost full. Mula-mula aku duduk dekat area yang lantai dia berbatu kerikil tuh. Tapi sayang nye agak gelap keadaan dekat area situ. Terus ajak Mudme tukar duduk dekat bawah canopy. Baru lah terang nak tengok makanan dan nak makan. Kalau tengok dekat atas kitchen, ada tempat makan jugak. Sangat sesuai kalau nak buat party dan sebagainya. Cuma kalau duduk atas, kompom orang tengok korang macam atas pentas lah. Hahaha.

Masa aku tengok menu, ada lah senarai nasi lemak, tapi takde harga. So aku tanya la abang yang ambik order tuh nasi lemak harga berapa. Dia cakap tak tau. Sebab maybe bukan dia owner sebab tuh tak tau kot. Maybe nasi lemak tuh owner tumpang dekat The Cabin. Cuma bagi aku macam tak logik pulak takde harga dalam menu. Aku pon terus malas nak tanya orang yang jual nasi lemak tuh berapa harga.

Burittos. Beef Tortilla Bread (RM6)
Yang ni aku kurang berkenan sikit. Rasa dia agak kering. Takde mood nak makan yang ni. Hahaha.

Teh O Ais Limau & Teh O Ais
Chicken Chop Black Pepper Sauce (RM14)
Nasi Goreng The Cabin (RM7.50)
Masa Chicken Chop aku sampai, aku rasa oh chicken chop dia pon sama macam kedai-kedai lain juga. Mostly sama lah kan, jenis deep fried. Bagi aku dengan harga dia tuh kira ok lah. Boleh la makan. Ada sekali dia bagi half baked potato dengan seketul brokoli dan dua sudu jagung. Boleh lah.


Suddenly Nasi Goreng The Cabin yang Mudme order pon sampai. Aku macam, what??? Apakah? Kenapa nasi goreng tuh nampak mewah? Dan lagi ayam dia sama banyak portion dengan chicken chop aku, ada pulak telur mata, dan nasi selambak. Terus aku sakit hati tengok chicken chop aku time tuh. Terus aku cakap dengan Mudme, lebih baik aku makan macam dia order je. Sama je portion dia. Harga pon separuh dari aku punya.

Tapi nasi goreng memang sedap. Kalau siapa nak datang sini dan teringin nak makan chicken chop, lebih baik lah makan je nasi goreng the cabin ni. Kenyang, dan jauh lebih murah.

Nak tau dekat mana tempat makan ni? Nah details untuk korang:
The Cabin | Map from google
The Cabin

Address:
Pusat Bandar 2,
Lorong Selangor, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Hours Open:
6.00pm - 2.00am

Phone:012-383 6434

p/s: Teringat dulu dapat makan chicken chop RM5 pon dah happy.

You Might Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. heheh.. selamat mencuba. jangan lupa makan Nasi Goreng The Cabin.

      Delete
  2. yg lain mcm xnak rasa..tp hasmi nye nasi grg burrppp...terus angin teringin dtg..perlu rasa..hahahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti cuba. yang tuh memang sedap tak tipu. portion dia pon banyak. cakap ngan fadly baby yang mintak... hahahaha

      Delete
  3. Assalam isma,
    apa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    tukor plate he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. nak tukar tapi husband tak bagi punye. heheh. next time memang kena jugak pegi sekali lagi makan nasi goreng the cabin ni.

      Delete
  4. salam. tq kpd puan yg review kedai kami dulu. kami kini dah berpindah xjauh dr tapak lama. berapa langkah shj. di dalam bangunan depan tapak lama kami shj. tiada lagi kontena. makanan pon dah byk yg kami improve. jemputlah dtg nanti. alamat baru kami no.306 lorong selangor,taman melawati,53100 kl. no. utk dihubungi 018-3843995/03-41613869.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya akan datang ke kedai baru. Saya dah tau kedai dah tukar di sana, cuma tak berkesempatan untuk pergi merasa lagi menu2 baru di sana. Dan saya selalu lalu di belakang kedai nak pergi Melawati Mall dari Office suami saya. IsyaAllah saya akan pegi ke Cabin yang baru. Terima kasih sebab inform di sini.

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook