Whimsical Gelateria & Caffe by Cielo Dolci @ Solaris Dutamas
3:49 pmAssalamualaikum...
Pernah dengar nama Cielo Dolci tak? Kalau tak tau Cielo Dolci ni aiskrim gelato. Ada satu dekat Paradigm Mall. Dan satu lagi askrim gelato yang sangat sedap dari Cielo Dolci ni adalah Whimsical Gelataria & Caffe. Whimsical ni terletak di Solaris Dutamas. Dekat sangat dengan Publika. Whimsical ni terletak di blok D.
Gelato @ Whimsical |
Nampak tak banyak jenis perasa gelato dekat situ. Actually gelato ni dia berubah-ubah. So kalau datang harini, mungkin next time dah takde lagi perasa yang korang suka tuh. But still, semua perasa gelato dekat Whimsical ni semua nye sedap-sedap belaka. Cuma yang aku perasan, perasa durian memang selalu je ada. Dekat Whimsical, diorang tak display pon ice cream macam kita selalu tengok dekat tempat-tempat lain kan, konsep ice cream di simpan sama macam style itali. dalam tab yang tertutup.
Last time sempat merasa gelato perasa nasi lemak. Haaa. Pelik kan, tapi memang betul aiskrim tuh rasa nasi lemak. Hahaha. Memang unik gelato yang Whimsical sediakan. Penuh dengan kejutan. Dan antara perasa lain yang sempat rasa last time adalah Pumpkin & Grean Tea. Dua-dua perasa memang superb sedap.
Ini lah senarai ice cream yang available buat masa sekarang. Jadi bila datang sini, boleh tengok dekat sini semua menu ice cream yang ada dan order lah yang mana korang suka. Perlu diingatkan, kalau order satu scoop memang tak cukup. Mesti nak order lagi atau nak try perasa yang lain pulak.
Dekat sini bukan semata-mata ice cream gelato sahaja, ada juga disediakan menu seperti savoury seperti breakfast dan juga sweet seperti pancake waffle dan lain-lain.
Hari minggu biasanya dekat Whimsical ni mesti penuh. So kalau fefiling yang rasa nak melepak lama-lama dekat sini ni macam tak berapa nak sesuai lah.
Tthis time nak rasa menu yang lain pulak. Apa dia? Waffle with ice cream lah.
Terus terang cakap, waffle dia sangat lembut. Dan portion dia pon sangat besar. Actually kalau just nak share waffle, boleh mintak je satu waffle dan choose lah ice cream gelato berapa yang korang nak di atas satu waffle ni. Peanut butter gelato dengan Strawberry balsamic memang sedap, smooth sangat. Standard Baskin robin lah, tapi yang ini lebih sedap gelato nya.
Tak cukup satu? Tambah je lah lagi perasa apa yang korang suka. Tak rasa ralat sangat sebab semua ice cream gelato dekat Whimsical memang sedap. Kalau tak percaya sila lah pergi ye korang.
Kalau nak tau, cake dekat sini pon sedap-sedap belaka. Sebab cake ni semua hasil dari air tangan bakers yang terkenal jugak sekitar KL/Selangor. So marilah datang sini dan cuba sendiri ok. Mesti cuba atleast sekali. Lepas tu baru tahu kena datang berkali-kali ke tidak.
Macam mana nak pegi ke sini nih? Jom aku share details untuk korang.
Address:
Whimsical Gelateria & Caffe
(Belakang main buliding Publika dan berhadapan Namoo Cafe)
D2-G3-05, Solaris Dutamas,
Kuala Lumpur.
Open Hours: 9am to 11pm
Tel: 03-6419-0966
p/s: Teringin makan cheese cake.
Harga untuk gelato @ Whimsical |
Pick your flavour here |
Menu @ Whimsical |
Full house |
Teman tapi mesra |
Masih lagi mood CNY @ Whimsical |
My favorite place for gelato |
No picture please! |
Ok Fine! Tak interested lah tuh nak ambik gambar |
Latte (RM10++) |
Why everybody is so busy with their gadgets |
See. See. |
Waffle with choice of Gelato - Strawberry Balsamic (RM14.90++) |
Waffle with choice of Gelato - Peanut Butter (RM14.90++) |
Tak sabar dah nak makan |
Sedap wehhh |
More ice cream gelato. Coconut Gula Melaka (RM7.90++) |
Gelato made in heaven - moto di Whimsical |
Macam mana nak pegi ke sini nih? Jom aku share details untuk korang.
Address:
Whimsical Gelateria & Caffe
(Belakang main buliding Publika dan berhadapan Namoo Cafe)
D2-G3-05, Solaris Dutamas,
Kuala Lumpur.
Open Hours: 9am to 11pm
Tel: 03-6419-0966
p/s: Teringin makan cheese cake.
0 comments
Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..