Hari Raya Aidiladha Disambut Dengan Sederhana

4:33 pm

Assalamualaikum...

Hari raya Aidiladha memang dah berlalu tapi aku nak share lah sikit pasal raya aku dekat korang. Macam biasa kalau raya dekat KL memang simple je. Dari dulu lagi masa kecik-kecik aku dah biasa beraya berdua je dengan Mak. Yang lain-lain semua balik kampung. So bile beraya berdua memang lah takde apa yang nak dibuat kan. Mak aku yang beria dekat dapur masak pung pang pung pang. Aku duduk rileks2 just watching tv. Tapiii... tu duluuu... time tu aku sekolah rendah kot. Tapi sekarang semua benda aku buat lah. Cuma mintak mak tolong sikit2 je potong bahan-bahan.

Cerita aidiladha aku start dari sehari sebelum lagi. Sebelum raya aku ada tanya Mak nak makan apa time raya ni. Since giliran aku raya dengan Mak dekat KL kan. Mak cakap nak makan laksa. Huh? Laksa? Apa tuh? Hahaha. Takde lah. Tak kan lah aku sampai ngok sangat kan tak tau apa itu laksa. Cuma nye aku tak pernah buat sendiri lah laksa. Selalu makan dekat rumah orang. Dan biasanya laksa adalah benda terakhir aku nak tengok atas meja makan. Tak kira la dekat rumah aku atau dekat rumah orang. Hahaha. Tapi takde lah dekat rumah orang aku nak demand tak nak makan laksa suruh masak benda lain pulak kan. Just not me!

Petang sabtu tu aku dah pegi carik semua bahan-bahan yang aku nak masak. Memang aku masak laksa untuk Mak. Tapi aku masak jugak nasi untuk aku dan Mudme. Aku dah plan nak masak Penang asam laksa untuk Mak, nasi planta dan rendang daging untuk aku dan Mudme. Serta family kakak aku yang raya dekat KL. Style semua tak makan laksa ni payah skit. So kena la masak nasi jugak kekdahnyee. Untuk dessert aku pilih bread butter pudding. Aku beli barang basah dekat NSK Sri Rampai je. Malas nak pegi yang jauh-jauh. Siap beli barang dekat NSK, terus singgah kedai belakang rumah carik yang balance barang-barang yang tak dapat lagi.


Sampai rumah aku terus masak kuah laksa dulu. Sebab malam nanti nye pulak baru aku nak start masak rendang ayam. Dah siap pacak kuah laksa atas dapur terus  rebus nasi himpit segera. Nasi himpit ni saja aku rebus untuk makan dengan rendang ayam. Tapi tuh la. bila raya ni rasa nak makan sedap-sedap je kan. Aku pon tetiba suruh hati aku cakap aku teringin nak makan rendang tok. Hahaha. Pastu hati sampai kan pada otak, lalu otak sampai kan pada mulut. Terus aku cakap pada Mudme yang aku nak makan rendang daging masak tok. Hahaha. Siap je rebus nasi himpit terus aku rebus laksa pulak. Aku memang suka buat kerja terus menerus kalau sorang-sorang ni. Sebab aku malas nanti kelam kabut. Yang aku tau malam nanti aku nak tidur dengan nyenyak dan aman.

Sabtu tu Mudme puasa, so mana ada aku masak untuk makan berbuka. Dah kecoh dekat dapur dok masak masakan raya kan, memang takde la makanan untuk berbuka ye. Sorry! So marilah kita pegi makan dekat luar. Before pegi makan kami singgah lagi NSK pegi beli daging pulak. Aku suruh mamat tuh potong kiub siap-siap supaya balik nanti aku terus mintak Mak potong dengan saiz yang sesuai. Hahaha. Mak jugak yang kena potong daging. Kalau Mak tak tolong memang aku sampai subuh lah tak siap masak lagi nok.

Siap beli daging terus pegi makan dekat lombong area Sri Rampai. Kami memang selalu makan dekat situ. Nama gerai dia Nurima. Nasi goreng thai dia siap wehhh.. Nyum... nyum... nyum. Kenyang malam tuh makan dekat kedai je. Balik terus sambung masak rendang pulak. Aku masak serentak kot. Sebelah masak rendang daging, sebelah lagi aku masak rendang ayam. Perghhh... kalau mak mertua aku tengok mesti tak percaya. Kalau dekat kampung aku memang tak reti nak kacau mak mertua aku masak. Biasak lah otai masak tak sama dengan aku yang chef picisan ni. Hahaha. Jom lah aku tunjuk skit gambar time masak.
Rendang Ayam
Rendang Tok
Aku nasib lah pernah masak dua-dua jenis masakan raya ni. Kalau tak memang takde lah makanan di pagi hari raya ye. Lagipon dah kawin ni kena la belajar sikit pasal masak before kawin. Nasib la aku dah biasa berdikari dari kecik lagi. Kalau aku ni jenis anak manja memang sampai sekarang aku rasa kopak la Mudme hari-hari kena makan dekat luar time lunch. Hahaha. Time masak rendang dedua ni lah baru ada masa nak rileks sikit. Tapi time ni pon still aku siapkan bahan-bahan untuk masak nasi planta esok nye. aku potong siap-siap bahan untuk masak esok. Senang bangun pagi terus masak time subuh tuh. Campak je bahan yang dah siap potong tuh kan. Siap je aku masak dua rendang ni terus aku booom! Tido. ZzzZZZzzzZZ.

Esoknya bangun aku just transfer je semua lauk-lauk semua dalam container. Since raya haji aku memang tak beria nak berhidang bagai. Aku masuk semua dalam container plastik je. Mudah. Cepat. Aku bangun awal pagi tuh nak masak nasik planta, buat bread butter pudding lagi kan. Siap je masuk dalam oven pudding, aku terus gosok baju raya Mak, Mudme dan aku. Fuhhh! Penat jugak aku rasa masak sorang-sorang ni. Aku actually suka masak sorang-sorang sebab aku tau je apa aku nak buat, bila aku nak rehat. Hahaha.Tapo ofkos lah kalau ada orang tolong lebih lancar dan lebih sedikit masa nak prepare kan. Dah jom lah aku tunjuk gambar lauk-lauk raya aku yang tak berapa nak meriah sangat tapi sedap giler. Hahaha. *Nak jugak*

Makanan sudah sedia terhidang di pagi hari raya Aidiladha
Nasi Himpit segera
Rendang Ayam makan bersama Nasi Planta
Rendang Tok
Laksa
Kuah Asam Laksa
Nasi Planta makan dengan Rendang Ayam
Perencah untuk Penang Asam Laksa
Bread Butter Pudding. Yang ni aku buat sekejap je family aku makan dah habis. Lepas tu buat lagi seketul
Itu lah saja makanan yang ada time raya aidiladha harituh. Abis makan-makan kitorang terus ambil gambar family pulak. Maklum lah keluarga kecik. So takde lah banyak sangat gambar nye. Jom tengok sikit gambar posing raya pulak.

Keluarga yang beraya dengan Mak tahun ni
Keluarga Cik Lin
Keluarga Cik Lin dengan Mak
Kami dengan Mak
Selfie dulu seround
Qhah pon nak selfie dengan Mama dan Papa
Selamat Hari Raya Aidiladha 2014
Haaa... abis dah cerita pasal raya aidiladha kami. Lepas tuh masing-masing sila terbongkang sambil buat hal masing-masing. Walaupon sederhana still meriah sebab dapat masak kan untuk mak laksa. Walaupon aku pandai-pandai buat asam laksa. Hahaha. Mak mintak laksa biasa je. Still dapat jugak buat laksa.

p/s: Raya haji tahun depan raya kulim. Dapatlah kot merasa makan ketupat palas.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook