Bahang KLIFF 2014 kian terasa
10:59 amBaru lepas settle kerja pagi ni. Mudme dah pegi kerja Mak dah sarapan. Aku baru dapat duduk ni hah depan notebook. Sejak 2 hari lepas aku asik tido awal je. Nak tau kenapa? Sebab aku dah start part time dekat ofis Mudme. Actually every year pon aku akan buat part time bile KLIFF tiba. KLIFF tu apa? KLIFF ni Kuala Lumpur Islamic Finance Forum. Haaa... jangan ingat yang fashion show tuh ye. Bukan.. bukan.
So hari isnin lepas aku dah pegi siap-siap dekat opis Mudme just nak cek kerja apa yang aku nak kena buat untuk this year. Actually setiap tahun pon aku buat kerja yang sama jugak. Cuma kadang-kadang kalau perlukan bantuan je aku akan buat kerja yang lain sikit dari biasa. But still tak lari dari kerja yang aku selalu buat.
Fuhhh... malam tadi pon aku tido awal. 9.30pm aku dah tido. Kelakar sebab aku memang tak pernah lah tido seawal 9.30pm kan. Kali ni bebetul dapat feeling Mudme balik penat rasa tak nak pegi mana-mana just nak tido je. Hahaha. Semalam aku kerja full day sebab partner aku dia kena balik awal petang nye. So since first day nak bekerja sama aku terpaksa datang dari pagi sampai ke petang. Sebab kena buat surat, sediakan brochure dan yang paling penting nak kena ada computer. Dapat pulak komputer stok nak hantar dekat muzium, jadi aku pon sedikit sebanyak ter stress di situ beberapa ketika.
Kena settle kan hal komputer ni awal-awal. Selagi aku tak start, selagi tuh masalah tak boleh nak selesai. Contoh, kalau aku tak cek komputer tuh slow tak boleh nak fax banyak page, so selagi tuh tiada penyelesaian masalah akan terjadi. Sebab tuh aku semalam duduk dekat ofis seharian sebab nak settlekan segala problem yang berkaitan dengan kerja aku. Bila dah selesai baru lah lega. Sebab kerja nanti akan smooth. Alhamdulillah semalam dah dapat selesai.
Since aku jaga Mak dekat rumah, aku tak boleh la nak pegi dari pagi. Sebab aku kena masak Mak makan. Semalam je aku pegi dari pagi sebab macam aku cakap tadi partner aku ada hal waktu petang. So mulai hari ini aku akan pegi sebelah petang. Lepas settle Mak makan lunch, baru aku pegi ofis. Sebab Mudme pon akan balik makan lunch jugak nanti. Unless kalau ada kerja-kerja yang kritikal je baru lah aku akan decide samada kena pegi sebelah pagi atau full day.
This time aku ditugaskan untuk menjemput participant untuk menghadiri KLIFF dan juga Muzakarah yang bakal berlangsung nanti, Kiranya job scope bertambah lah. So kalau ada suami atau isteri korang serta ahli keluarga yang memang dalam bidang ini boleh lah korang tolong war-warkan pada mereka untuk join this event dan boleh lah pegi ke laman web CERT Events Sdn Bhd dan KLIFF untuk register. Dalam web tuh pon dah ada contact person if nak terus call ofis dan tanya. Segala brochure tentang event KLIFF 2014 ni pon korang boleh tengok dekat sana ok.
Welcome to 11th KLIFF 2014! |
Main Forum |
Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak merasmikan KLIFF kali ke 5 |
Ni masa registration. Aku bertugas dekat bahagian ni |
Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin during Opening KLIFF |
Big boss CERT (kiri) mengiringi Hon. Greg Clark MP Minister and Financial Secretary to the Treasury, United Kingdom |
Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dalam holding room sebelum merasmikan KLIFF kali ke-8 |
Ni time registration KLIFF 2013 |
Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Amanie Advisors |
Tun Dr. Mahathir Mohamad |
KLIFF Awards Dinner Presentation 2013 |
Y.B. Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar. Minister, Prime Minister’s Department |
Ni time dalam holding room |
KLIFF Award Dinner |
Suasana dekat luar before start dinner |
Y.B. Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar & Tan Sri Dato’ Nor Mohamed Yakcop |
During workshop |
During workshop. Session En. Megat Hizaini |
During workshop |
Aku & Kak Azie (Cert Advisors). Hahaha |
Pekerja berdedikasi |
Boleh releks sikit lepas semua delegates dah masuk dalam |
Beria je Mudme tuh |
Ni lah keadaan malam sebelum KLIFF bermula. Banyak kerja kena siapkan tau |
Pagi-pagi nak register semua pekerja kena lah senyum manis-manis. Walaupun ada masalah kena senyum jugak ye |
Nampak tak? Nampak? Banyak kerja bertimbun tuh dekat belakang tu. |
Nuzull. My crime partner setiap tahun. Hahaha |
Mudme. Mana ada orang nak ambik gambar photographer kan. Sila selfie sendiri ye |
Pekerja yang ni pon berdedikasi jugak |
Mencabar ye kerja. Kena cek dulu setiap satu award. Ni persediaan sebelum malam dinner |
Group photo. CERT & all the part timer |
p/s: Nak kumpul duit lepas je KLIFF 2014 nak pegi cuti rehatkan minda. Dekat mana tempat yang best nak rileks and chill ye?
2 comments
Assalam Isma,
ReplyDeleteChaiyok3
Go Girl Power..
Cecewah he3
tq sha. hahaha... lagi berapa hari je nak KLIFF. tak sempat nak update blog. kerja banyak sangattt. huhu.
DeleteSalam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..