Persediaan yang perlu diuruskan untuk ke Macau-Hong Kong-Shenzhen-Guangzhou-Macau - Part 1 (Booking Hotel)

11:07 am

Assalamualaikum...

Mood dah ada sikit nak start cerita pasal percutian aku ke China. Jadi tanpa membuang masa lagi mari aku start cerita tentang persediaan yang aku lakukan sebelum pergi ke China. Persediaan yang pertama sekali aku uruskan adalah, booking hotel untuk penginapan aku selama berada di China nanti.

Masa nak booking hotel penginapan agak kelam kabut sikit. Sebab time nak book tu aku still lagi dalam melaksanakan tugas2 KLIFF 2014. So aku memang tak cukup tangan nak uruskan pasal booking hotel. Pada masa yang sama aku rasa tak tenang sebab hotel masih lagi belum carik. So hati di dalam bagai nak meletup bila teringat banyak benda nak kena buat tapi aku macam takde masa.

Ye lah, setahun sekali je buat KLIFF pon dah terasa tak cukup tangan, alih-alih nak kena settle kan pasal pegi ke China pulak. Tak ke cuak aku di buatnya. Memang terasa macam orang yang tak sempat nak habiskan tugas yang multiple pada waktu yang sepatutnya. Hahaha. Beria. Macam lah kerja sepanjang tahun tahap kecemasan nye kan. Padahal setahun sekali je pon.

Nasib lah dapat travel buddy yang memahami. Sanggup Wan & Buttet datang ke office Mudme malam-maam untuk bincang pasal itinerary untuk ke China ni. Diorang pon buat jugak research pasal tempat-tempat menarik yang boleh kitaorang lawati dekat sana, hotel mana yang sesuai dan dekat dengan tempat-tempat yang menarik untuk kami pegi nanti, dan juga perihal transportation sepanjang berada di sana nanti. Memang senang berurusan. Sebab keadaan time tu tak berapa nak mengizinkan untuk kami selalu berjumpa sebab aku kena stay dekat office Mudme nak siapkan kerja, adakala sampai 3am.

Malam tuh diorang datang office terus carik hotel untuk booking sambil aku dengan Mudme buat kerja KLIFF. Kami start booking untuk hotel di Hong Kong dulu. Biasanya aku akan beli dari Asiarooms.com je. Tapi kadang-kadang kalau ada tawaran dari website lain yang ada beza sikit murah tuh baru aku beli. if not memang aku akan beli dari asiarooms sahaja. Sebab dah biasa dengan web tu sebab semua hotel tak perlu bayar dulu. Cuma bayar masa dah sampai hotel tuh je nanti. Untuk penginapan di Hong Kong kami pilih mengunakan Expedia.com.my sebab beza harga dia agak murah la jugak. Jom aku share serba sedikit pasal booking hotel ni.

Sebelum tu aku nak bagi tau, kos sara diri di Hong Kong agak mahal juga. Untuk makan 1 meal seorang je boleh cecah RM50 ye. So kena pandai-pandai lah kira bajet. Tapi macam kami ni dah biasa style backpackers, so kami pilih penginapan yang antara paling murah jugak lah. Takde lah sentap dapat hotel kecik ke, yang penting dapat tido je sudahh. Jadi oleh sebab faktor itu lah, kami telah pilih motel sahaja sebagai penginapan kami sepanjang berada di Hong Kong. Save bajet sikit. Duit lebih boleh buat ke benda lain. Hahaha.

Motel Double Yield, Kowloon
Haaa... nampak tuh? Ini lah penginapan kami selama berada di Hong Kong. Korang boleh pilih mengikut keselesaan diri masing-masing untuk book hotel. Tengok jugak faktor keluarga kalau berfamily tuh, pilih mengikut keselesaan masing-masing ye. Memandang kan kami 4 orang, so kami booking 2 bilik. Satu bilik untuk aku dengan Mudme, dan satu lagi untuk Wan & Butet.

Penginapan yang sudah di booked di Motel Double Yield, Kowloon
Ni lah hasil pencarian kami setelah mebandingkan harga setiap penginapan. Akhirnya kami sepakat nak booking motel double yield ni sahaja. Penginapan kami untuk 2 bilik adalah RM486.28. Kalau dibahagikan kepada 2 bilik baru total RM243.14 je kan. So harga untuk satu malam bilik kami di Hong Kong adalah RM121.57 sahaja. Ini antara yang termurah ye yang kami dapat. Dan tempat agak strategik jugak. Boleh access ke banyak tempat. Legaaa! Dapat jugak settle kan penginapan untuk Hong Kong. Atleast satu beban dah tak payah nak fikir-fikir lagi dah. Yahooo!

Kalau berurusan dengan Expedia ni, mostly memang kena bayar dulu lah ye. So nanti kita just print out je lah dia punya details itinerary tuh dan bawak ke sana je nanti. Cuma satu aku tak suka Expedia ni, time kita nak proceed untuk pembelian tu, dia takde buat confirmation dengan kita dulu ke atau biasanya akan tanya dulu kan, ini tidak, elok kita tekan next je terus dia charge. Gila betul Expedia ni. Dah dua kali terkena sebenarnya. Sekali tuh masa nak book hotel untuk Bali. Jadi sebelum nak proceed tuh, silalah cek dulu betul-betul tarikh, bilangan bilik dan orang tuh elok-elok ye. Takut nanti ada masalah, dah satu hal nak menyelesaikan bahagian itu pulak kan.


Dah settle je urusan untuk penginapan di Hong Kong, aku dengan Mudme tumpu dekat kerja-kerja KLIFF dulu. Walaupun kerja KLIFF banyak, tetap lah hati aku ni tak tenang memikirkan hotel untuk Shenzhen & Guangzhou belum booking lagi. Aku bukan apa risau nanti takut hotel penuh, atau jadi mahal bila last minute baru nak booking. Masa memang dah suntuk untuk selesaikan kerja KLIFF. Esok nya dah kena pegi Hotel Istana sebab KLIFF 2014 start Isnin 10 November 2014.Tak ke kelam kabut semua tuh. Seminggu lah jugak berkampung dekat Hotel Istana tuh.

Pejam celik KLIFF 2014 pon berakhir. Legaaa! Hahaha. Ye lah kan, baru lah aku selesa sikit nak buat booking segala bagai kan. Tanpa fikirkan masalah lain. Habis KLIFF kami jumpa lagi. This time lepak dekat rumah aku je untuk booking hotel yang tertunggak tuh. Kalau boleh settle cepat urusan penginapan, boleh dah terus buat urusan lain yang agak penting jugak.

Shenzhen Muslim Hotel
Hotel ni lah yang kami pilih untuk menginap sepanjang di Shenzhen. Hotel ni kami pilih sebab hotel muslim kan. Dekat sekeliling hotel pon ada makanan halal. Itu yang paling penting sekali. Sebab dekat negara China bukan semua tempat yang ada makanan halal. Jadi kalau dah duduk dekat hotel muslim ni pasti terjamin halal nye. Dan hotel ni pon dah ramai yang rekemen jugak.

Shenzhen Muslim Hotel pon dah booked jugak
Untuk Penginapan dekat Shenzhen, kami booking guna booking.com. Satu yang aku suka dekat booking.com ni, dia akan terus bagtau harga after dah kira tax. So kita dengan mudah boleh terus compare dengan mana-mana website yang lain. Dan secara tak langsung kita akan tau nak bajet untuk penginapan kita dengan bajet yang ada. Macam biasa kami booked 2 bilik sama macam di Hong Kong jugak.

Tapi untuk hotel di Shenzhen, kami tak perlu bayar lagi. Nampak tak dalam gambar tuh dia ada mention yang kita akan bayar bila sampai di hotel nanti. Haaa.. kalau macam ni aku suka. Sebab kalau kita sampai nak cek dulu hotel ke apa ke, then kalau kita nak cancel pon takde masalah kan. So, bila sampai dekat hotel baru bayar CNY544. Itu harga untuk 2 bilik. Total 1 bilik untuk 2 malam adalah CNY272. Satu malam baru CNY136. Kalau di convert ke duit kita satu malam baru RM75 macam tuh. Haaa.. nampak tak perbezaan dengan harga bilik dekat Hong Kong di atas tadi? Jauh lebih murah kan? Bilik ni pon lebih luas berbanding dengan bilik di Hong Kong. Selesai hotel di Shenzhen, jom booking pulak hotel penginapan di Guangzhou pulak.

Xi Di Wan Hotel, Guangzhou
Untuk penginapan di Guangzhou pulak, kami pilih hotel yang dekat atas ni. Kami pilih tempat ni sebab dekat dengan tempat-tempat shopping. Dan ada access jugak dengan train. Kalau dah dekat dengan tempat shopping memang happy lah aku kan. Hahaha. Tapi tak semua tempat dekat lah. Memang lah kena naik train jugak untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.

Xi Di Wan Hotel, Guangzhou hotel terakhir yang kami booked
Hotel Xi Di Wan ni kami booked guna Expedia.com.my jugak. Seperti biasa memang kena bayar terus lah kan. Tapi bagus jugak kalau dah kena bayar terus dari Malaysia, atleast tak payah dah nak pikir pasal duit nak sediakan khas untuk hotel tuh. Boleh sediakan duit untuk shopping je lah kan. Hahaha. Selesailah kerja booking hotel.

 p/s: Tapi persediaan tak berakhir dekat situ sahaja. Ada lagi benda penting yang aku kena uruskan untuk ke China ni. Nak tau apa dia? Kena la tunggu next entry ok.

You Might Also Like

0 comments

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook