Penaaattt

9:35 am

Assalamualaikum...

Tahap penat yang melampau aku rasa sekarang ni. Mana tak nye, lepas habis KLIFF 2014 terus kena buat preparation pulak. Eh... eh... preparation amende pulak kan? Beria-ria je bunyi nye tuh pulak.

Actually lepas je habis KLIFF 2014 aku terus pegi bercuti. Tapi tuh la. Percutian yang agak tidak dirancang. Maksud tidak dirancang tuh adalah dari segi tempat yang aku dah pegi minggu lepas tuh. Memang aku dengan Mudme ada plan nak bercuti sempena birthday aku. Mudme nak belanja katanya. Dan pilihan tempat nya sama ada di dalam atau di luar negeri. Tapi dekat-dekat aje lah. takde lah terpikir tempat yang jauh-jauh. Alih-alih masa tengok-tengok tiket flight dekat Air Asia tuh ada pulak tiket murah ke tempat lain.

Nak tau aku ke mana? Kami telah pilih untuk ke negara CHINA! Huaaa... betul ke nih weh? Iye aku dengan Mudme pon macam tak percaya. Actually tiket ni kami beli bukan seperti selalu kami buat. Biasa nya kalau nak travel ke mana-mana kami akan beli setahun awal sebab dapat tiket murah dari Air Asia kan. Kami beli tiket ni masa tengah sebok-sebok nak KLIFF tempoh hari. Tiket di beli pada 28 Oktober 2014. Padahal time tuh tengah busy giler nak menguruskan KLIFF 2014.

Tapi tuh lah maybe dah rezeki lah tuh. Hahaha. Elok je beli tiket confirm, terus terdiam kami berdua. Macam tak percaya. Beli tiket pulak untuk bulan December. Macam mana nak buat preparation semua kan. Aku jenis kalau nak travel atleast 6 bulan awal akan buat segala preparation dari segi hotel, research segala jenis info untuk tempat yang aku nak pegi travel tuh. Kali  ni memang takde maknanye aku sempat nak buat secara teliti. Yang aku fikir untuk kali ni asal duit cukup sudah. Hahaha.


Lepas je dah beli tiket ke China, terus share dekat group whats app #gengvantomyam kami. And suddenly Wan dan Butet pon berminat nak join trip ini. Oklah kalau nak travel, 4 orang tuh sedang elok je. Tapi kalau lebih tu kira bonus lah. Lebih meriah.

Memang seronok, dan tak sabar nak update pasal travel aku ke negara CHINA tuh. Tapi tuh la kan, gambar semua belum transfer dalam notebook lagi. Dah siap transfer semua nanti aku akan ceritakan secara details pasal percutian aku dari awal sehingga lah habis.

Mesti korang tertanya-tanya, beria-ria cerita pasal pegi China ni, which part of China yang aku pegi kan? Ok. Mari aku share... route yang telah kami pilih adalah KL-MACAU-HONG KONG-SHENZHEN-GUANGZHOU-MACAU-KL. Journey kami bermula dari 7 Dec -14 Dec 2014. So sebenarnya aku baru je balik dari china 2 hari yang lepas iaitu hari Ahad.

So harap-harap dapatlah aku energy nak share dengan korang pasal travel aku ke CHINA nanti ye. Sekarang nak rest dulu nak kemas-kemas bilik. Tapi rasa ngantuk lebih kuat dari rasa nak mengemas. Hahaha.

Where our journey begins
p/s: Habis bibir pecah-pecah akibat kesejukan di China. Tuh la akibatnya tak sempat beli Vaseline.


You Might Also Like

2 comments

  1. Seronok bercuti memang berbaloi walau penat cemana pun... teruskan jalan2... nak berehat nanti bila balik ke rumah... rehat lah pepuas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh. selalu kalau pegi trip mana2 pon memang akan berjalan puas2balik nanti baru rehat... :D

      Delete

Salam.. jangan segan-segan ye... sila comment.. nanti aku akan jalan2 ke blog korang pulak ye..

Like us on Facebook